Followers

Thursday 16 October 2014

Penjelasan Tentang PPS Sebabkan Ng Wei Aik TERKEDU Di Dewan Rakyat ??


Sampai begitu sekali keadaannya ? Memang terbaiklah DAP Pulau Pinang ni , POLIS pun tak efektif sebab tu tubuh PPS ! Walaupun semua pihak sedia maklum pasukan tersebut bukan sahaja menjadi jentera parti DAP tetapi sudah berlebih sampai ada yang nak jadi YAKUZA !!

Isu tentang PPS ni dah sampai ke peringkat Dewan Rakyat dan Menteri yang terlibat dah pun menguraikannya panjang lebar.Sila rujuk kat bawah ni...

Pasukan Peronda Sukarela (PPS) yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan pertubuhan yang bukan hanya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) malah tidak termasuk di bawah mana-mana akta yang diluluskan Dewan Rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan penubuhan PPS namun ia tidak dibawa ke persidangan Dun Pulau Pinang sebagai sebuah enakmen atau undang-undang.

Beliau menjelaskan bahawa Skim Rondaan Sukarela (SRS) diwujudkan di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 manakala Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) pula
ditubuhkan di bawah Akta Pasukan Sukarelawan 2012, dua akta yang diluluskan Dewan Rakyat.

"Maka SRS dan Rela tidak perlu didaftarkan dengan ROS kerana ia ditubuhkan di bawah akta yang telah diluluskan," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika menjawab soalan tambahan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) mengapa PPS perlu didaftarkan dengan ROS.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu tertakluk kepada soal perundangan di bawah kuasa kerajaan pusat yang berhubung kait dengan aspek keselamatan serta pertahanan.

"PPS mahu bertindak sebagai pasukan keselamatan namun terdapat 11 laporan polis dibuat mengenai PPS berkaitan kes pukul, tampar dan sembur gas pemedih mata kepada orang awam," katanya.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang mendakwa keselamatan negeri adalah tanggungjawab menteri besar dan ketua  menteri, Ahmad Zahid berkata, soal keselamatan dan pertahanan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan pusat.

"Kita tahu bahawa dalam negara, soal keselamatan dan pertahanan adalah bidang kuasa kerajaan pusat, jadi jika ada mana-mana pihak kerajaan negeri mahu ambil alih kuasa yang dipunyai kerajaan pusat, maka ia adalah di luar undang-undang," tegasnya. - Bernama

Ng Wei Aik balaci DAP di Pulau Pinang ni bukan dia reti apa .. Lagak mengalahkan mafia , mungkin dia tak jumpa ruas dia lagi kot !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels