Followers

Wednesday 8 October 2014

PILIH BERSAMA PR Atau TIDAK !! Guan Eng LUDAH PAS


Well lagi sekali MMI nak ingatkan kepada mereka yang mengaku pejuang PAS atau MMI lebih suka menyebut puak ortodoks dalam parti berlambang bulan putih ini supaya segera SEDAR dan bangkit dari mimpi.

Kehadiran dan JASA ampa semua kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Warlord Pakatan Haprak memandangkan terlalu banyak mengamalkan sikap acuh tak acuh terhadap dasar Pakatan Haprak yang kamu sendiri persetujui satu ketika dulu.

Walaupun banyak pihak sedar bahawa bangsa dan puak kamulah yang sering kali memenuhi tapak-tapak ceramah DAP dan PKR , Guan Eng nampaknya tidak kisah lagi kerana beliau tahu GURKHA belaan Pakatan Haprak ini tidak akan berani untuk bersuara kerana maruah kendiri telah hilang.

Malahan beliau juga tahu bahawa bangsa dan puak kamulah yang telah bertungkus-lumus mengusung kotak-kotak pelbagai rupa untuk mengutip segala harta mereka yang hadir ke tapak ceramah untuk dikongsikan bersama atas nama Pakatan Haprak.

Kini puak pencacai yang selama ini tunduk dengan penuh rasa hormat terhadap Guan Eng bukan sahaja diludah tetapi turut mahu dibuang jauh-jauh oleh Guan Eng anak kepada bangsa pendatang yang kamu agung-agungkan selama ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi kata dua kepada PAS agar membuat keputusan memilih untuk bersama DAP dan PKR atau keluar daripada Pakatan Rakyat.

“Ada dalam PAS yang mahu bersatu bersama PR. Ada yang tidak mahu.

“Kita hanya boleh bekerja dengan mereka yang mahu bersatu dengan PR.

“Saya rasa kita perlu ada pencerahan ini. Mereka perlu jelas pendirian mereka,” katanya dalam satu temubual bersama The Malaysian Insider di pejabatnya di George Town. 

Guan Eng mendesak supaya PAS tidak perlu menjadi ‘talam dua muka,’ dan menunjukkan kesetiaan terhadap PR jika mahu terus bersama pakatan pembangkang.

“Tetapi jangan jadi talam dua muka. Anda mahu bekerja dengan UMNO, anda pergi dan kerja dengan UMNO. Anda mahu kerja dengan PR, sila keluar dan tunjukkan keikhlasan anda mahu bekerja dengan PR,” katanya.

Beliau memberi amaran, alternatif kepada PR yang kukuh ialah kerajaan BN yang akan terus mendominasi.

“Saya bukan bercakap sebagai setiausaha agung. Ini adalah keputusan parti,” katanya.

Guan Eng berkata ada elemen dalam PAS Pulau Pinang yang menunjukkan mereka tidak berminat bekerjasama dengan PR.

“Kita tidak boleh bekerja dengan mereka di dalam PAS yang menipu mengenai kerajaan negeri. Kita ada bukti hitam putih menunjukkan mereka menipu,” katanya.

Beliau berkata Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS negeri yang terlibat dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), menipu tentang kerajaan negeri dan menyebabkan beliau ditolak dalam semua jawatankuasa ahli majlis.

“Dia menipu mengenai kerajaan negeri PR. Dia buat serangan dan dia menipu,” katanya.

Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS pada 19 September telah membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk pembangunan baru yang banyak berlaku di negeri itu.

Dua hari lepas, Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat tergempar untuk mengetahui sama ada pakatan itu “masih relevan sebagai harapan dan jangkaan rakyat Malaysia”.

Kit Siang mencadangkan mesyuarat itu boleh diadakan semasa waktu rehat pada sesi parlimen yang bermula pada 7 Oktober.

Namun, difahamkan saranan Kit Siang itu tidak dapat dilaksanakan sebagaimana yang dipinta.aidc

Tahniah PAS sebab setia sebagai GURKHA !

MMI

1 comment:

  1. APA MACAM WAHAI ORANG 2 PAS, GUAT ENG DAH KASI KATA DUA. TEBALKANLAH MUKA TU SIKIT PERGI MINTA MAAF KAT DAP DAN PKR. PERJUANGAN ISLAM LETAK TEPI, NAFSU NAK KEPUTRAJAYA LEBIH PENTING.

    ReplyDelete

Labels