Followers

Wednesday, 1 October 2014

RON95 & Diesel Naik 20Sen Seliter


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 pagi, 2 Okt 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Kali terakhir harga RON95 disemak adalah pada September 2013.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

Apa pun kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih dari RM21 billion bagi subsidi petrol RON95 , diesel dan LPG untuk tahun 2014.

Secara peribadi MMI kurang bersetuju harga petrol dinaikkan pada ketika ini namun berdasarkan langkah rasionalisasi subsidi kerajaan untuk mengurangkan ketirisan dan aktiviti penyeludupan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab selain dari pemberian subsidi yang tersasar di mana bukan warganegara Malaysia termasuk pelancong asing turut menikmati subsidi yang diberikan maka MMI putuskan untuk melihat sejauh mana kaedah pengawalan subsidi selepas ini akan dilakukan.

MMI

2 comments:

  1. berapakah baki subsidi yang tinggal untuk petrol dan disel ?
    :) http://padijantan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. AKIBAT BRIM...

    ReplyDelete

Labels