Followers

Tuesday 21 October 2014

Ustaz "I Want To Touch a Dog" Tampil Jelaskan Kedudukan Sebenar


Isu berkaitan program pegang anjing ramai-ramai yang kini menjadi isu paling panas bukan sahaja telah menyebabkan orang Melayu kecoh tetapi turut menyebabkan imej dan reputasi ustaz Iqbal terjejas.

Beliau yang turut terlibat dalam program tersebut kini bukan sahaja perlu berdepan dengan cacian orang ramai tetapi turut terkesan apabila dianggap sebagai sebahagian daripada mereka yang mahu menyongsangkan akidah orang Islam.

Ekoran daripada itu , beliau kini tampil menjelaskan kedudukan sebenar dan apa yang sebenarnya berlaku sebelum dan pada hari kejadian.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dan segala syukur untuk Allah SWT.

Cuaca sosial media pada ketika ini agak panas berhubung program "I Want To Touch a Dog", yang saya terlibat secara langsung di dalamnya untuk memberi perkongsian ilmu, setelah mendapat tahu program ini telah mendapat izin dari pihak MAIS.

Pada awalnya, penganjur program, Syed Azmi, menjemput saya untuk mengisi slot ilmu. Saya merasakan ini adalah peluang yang baik untuk menyampaikan mesej Islam kepada Muslim dan non-Muslim, dan alhamdulillah sehingga kini mereka masih menghubungi saya untuk bertanyakan perihal Islam dengan lebih lanjut.

Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab. Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya.

Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum - hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM.

Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.

Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu. Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya yang seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media .
Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku. Saya mengharapkan program ini pada masa hadapan dapat dilakukan dalam suasana yang lebih menghormati sensitiviti masyarakat setempat.

Terima kasih di atas segala kritikan dan teguran yang membina. Saya yakin segalanya ada hikmah dari Allah. Semoga dengan pengalaman ini mematangkan lagi diri saya dalam liku-liku perjuangan dakwah.

Mudah2 ust ustzh tlg sebarkn.. syukran.

Baca juga artikel berkaitan di SINI & SINI 

MMI

4 comments:

  1. Dah terlewat..apa pun penjelasan ustaz ni menunjukkan kelemahan tafsiran dan daya pemikiran beliau..kenapa tak fikir dulu , apa yang akan bakal terjadi ( situasi) jika khalayak Islam yang cuma suam2 kuku pengetahuan mereka mengambil bahagian dlm acara bodoh ini....berapa orangkah yang ditugaskan utk memantau acara ini yang dikatakan mendapat sambutan hangat ???

    Memang terdapat pelbagai cerita dlm sirah para nabi dan rasul ttg makhluk Allah ini, tetapi belum pernah berlaku dlm tamadun Islam, penganutnya saja2 nak menyentuh anjing!!!!...banyak lagi perkara yang lebih baik contohnya mengumpulkan para belia di masjid2 utk berjemaah dan menimba ilmu.

    Seperkara lagi yang amat dikesali, adakah benar MAINS juga bersetuju utk meluluskan program ini...jika benar amat malang sekali perkara ini berlaku ketika umat Islam di negara ini dihimpit dgn pelbagai isu dan hinaan puak kafir harbi tetapi MAINS sendiri seolah2 merelakan satu lagi tragedi pedih bagi umat Islam.

    ReplyDelete
  2. Betul ...ingat bila konon ustad anda betul belaka...

    ReplyDelete
  3. Mustahil benda yang berlaku didepan mata tetapi tidak dapat melakukan immediate respons iaitu tahu apa yang perlu dibuat sebagai seorang ustaz bagi menghalang orang melayu Islam daripada terus menyentuh anjing sebagai menyokong program 'i want to touch a dog'.... tanpa sebab munasabah.

    ReplyDelete
  4. Diluar jangkaan....mungkin dia pun tak sangka benda macam ni akan terjadi

    ReplyDelete

Labels