Followers

Wednesday 12 November 2014

A Good Lesson For MCA & GERAKAN Bertanding Di Kawasan Majoriti Kaum Cina


Satu cadangan yang MMI rasa WAJAR sekali untuk dilakukan bagi mengembalikan maruah MCA dan GERAKAN yang telah terjejas teruk sejak PRU13 yang lalu.Bukan menghukum tetapi memberikan peluang untuk kedua-dua parti membuktikan komitmen mereka agar kembali mendapat kepercayaan kaum Cina seterusnya memantapkan Barisan Nasional.

Kesemua UMNO Negeri didesak untuk membuat satu ketetapan bahawa mana-mana kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mempunyai majoriti Melayu hanya ditandingi parti itu pada pilihan raya umum akan datang.


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ketetapan itu boleh dibuat dalam Konvensyen UMNO yang akan bermula pada minggu depan yang diharap akan turut membangkitkan agar MCA dan Gerakan ditandingi hanya di kawasan majoriti kaum Cina.

Kata beliau, perkara tersebut perlu dibincangkan secara serius sebagai mengambil kira sokongan Cina yang semakin luntur dan tidak lagi hormat kepada kedua-dua parti itu kerana mereka hanya mengharapkan kawasan majoriti dan sokongan Melayu untuk menang.

Walau bagaimanapun, kata beliau, ketetapan itu tidak terpakai kepada MIC memandangkan parti itu tidak mempunyai kawasan majoriti India.

“Sebagai contoh di Johor, kawasan Ayer Hitam ditandingi MCA manakala Simpang Renggam ditandingi Gerakan sedangkan kedua-dua kawasan tersebut adalah majoriti Melayu.

“Kedua-dua parti ini akan dilihat tiada keyakinan diri jika mereka hanya bertanding di kawasan majoriti Melayu, maka kali ini kita mahu konvensyen negeri akan membuat ketetapan dan seterusnya dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO hujung bulan ini bahawa kali ini kita mahu kawasan majoriti Melayu diserah kepada UMNO bertanding,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Puad berkata, jika keadaan tradisi seumpama itu dibiarkan terus berlaku, MCA dan Gerakan dikhuatiri akan pupus di negara ini.

Maka, kata beliau, kedua-dua parti itu wajar membuktikan bahwa mereka masih relevan dan mempunyai peranan dalam Barisan Nasional (BN).

“Jika gagal, maka tidak ada makna mereka menerima balik jawatan dalam Kabinet. Apa guna terima jawatan sekiranya masih tidak mendapat sokongan Cina dan hanya akan ditertawakan DAP,’’ katanya. - UM 

Satu saja pesanan MMI , jika ini berjaya dilakukan jangan pula ada mana-mana pihak yang demand itu ini !! Berpegang kepada prinsip Barisan Nasional adalah lebih baik ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels