Followers

Wednesday 12 November 2014

Apa Jadi Dengan Perundangan SYARIAH Malaysia ?


Persoalan yang dah lama bermain di fikiran MMI , apa jadi dengan undang-undang SYARIAH di Malaysia ? Bukan mahu mengherdik mana-mana pihak tetapi kewujudan undang-undang itu seolah-olah tidak punya kekuatan.Banyak lagi ruang dan kekosongan yang perlu diisi dan ditutup dengan SEGERA !

Sedarkah kita apa yang sedang berlaku hari ini ? Kewujudan begitu banyak pihak-pihak yang pada pandangan MMI sedang berusaha untuk menekan perundangan ini dengan menjadikan perundangan sivil sebagai lebih berkuasa jelas adalah satu agenda yang WAJIB kita perhatikan.

Jangan nafikan kedudukan politik juga memainkan peranan penting dalam usaha kita untuk melihat perundangan Syariah lebih utuh sebagai satu undang-undang yang MAMPU memelihara kedudukan agama Islam itu sendiri.

Dengan kepelbagaian desakan dari kuasa politik PELBAGAI IDEOLOGI kita tidak boleh lagi berdiam diri , SESUATU harus segera dilakukan bagi memastikan apa yang telah kita bina ini KEKAL menjadi TEMBOK PERTAHANAN khususnya kepada umat Islam dan Malaysia secara amnya. 

Dalam artikel sebelum ini , MMI dah sebut bahawa Kita semakin PARAH sebenarnya dan sebahagian besar ianya disumbangkan oleh kita sendiri.Perbalahan dua kumpulan terbesar umat Melayu yang punya kiblat yang sama sudah terlalu merosakkan.

Sudah tiba masanya kita membuang jauh-jauh ideologi politik yang tidak menguntungkan ini kerana kedudukan agama Islam itu sendiri sedikit demi sedikit semakin terhakis.

Tak guna kita mewujudkan sejuta undang-undang sekiranya kita sendiri GAGAL untuk mengangkat undang-undang itu sebagai sesuatu yang boleh mempertahankan kesucian agama Islam dan umatnya.Baca Seterusnya 

Keputusan mahkamah dalam isu lelaki berpakaian wanita baru-baru ini adalah BUKTI betapa kita sedang di himpit oleh sesuatu yang amat berbahaya.Malah pada pandangan MMI ianya menolak terus kuasa perundangan syariah yang kita sendiri tubuhkan.

Apabila Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 diputuskan sebagai melanggar Perlembagaan oleh Mahkamah Rayuan, pelbagai pihak tampil memberikan pandangan dan pendapat masing-masing.

Dari Timbalan Perdana Menteri, Mufti, Menteri Kabinet, Parti-Parti Politik Melayu dan Islam, NGI-NGI (Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam) semuanya menyatakan perasaan tidak senang dengan keputusan yang dilihat membelakangkan status Islam sebagai Agama Negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Beberapa perkara pokok mengenai Agama, Hak Kebebasan, Nilai Moral dan Sistem Perundangan yang selama ini termaktub di dalam Perlembagaan dilihat seperti diketepikan daripada menjadi sandaran untuk menentukan hala tuju kes ini.

Apa yang di khuatirkan di sini ialah , niat yang pernah dinyatakan dengan jelas oleh SiS Forum Sdn. Bhd. untuk memastikan sistem perundangan syariah berkubur di dalam negara ini sedang dijalankan secara terancang.Baca Selanjutnya 

Kita mungkin sedang berjuang untuk beberapa isu utama melibatkan kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya tetapi kita mungkin alpa tentang kedudukan Islam itu sendiri.

MMI tak nafi bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan ianya kekal di kedudukannya namun dengan pelbagai insiden demi insiden yang semakin kerap berlaku MMI bimbang kita akan hanya menjadi PAK ANGGUK !



2 wakil negara MALAYSIA sudah pun mengisi tempat dan berentap di Thailand dalam pertandingan Miss International Queen 2014 atau Pertandingan Ratu Pondan 2014.

Perkara pokoknya mereka mewakili MALAYSIA dan kita seharusnya berasa malu kerana tindakan ini bakal menyebabkan banyak pihak akan keliru.

Keliru tentang bagaimana sebuah negara seperti Malaysia yang mengaku ISLAM tetapi masih lagi membenarkan hal-hal seperti ini berlaku ?

Apakah kita tidak punya kuasa untuk menghalang perkara sebegini daripada terus berlaku ?

Berbalik kepada isu keputusan mahkamah rayuan berkaitan kes lelaki transgender ,

Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad mempertahankan undang-undang yang digunakan Mahkamah Syariah Negeri yang disifatkannya berlandaskan al-Quran dan hadis, lapor Sinar Harian.

Mohd Yusof mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan tiga lelaki transgender untuk berpakaian dan berkelakuan seperti wanita.

Beliau dilaporkan menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan terhadap tiga golongan transgender itu sebagai tidak berasaskan ajaran agama Islam.

"Saya berdiri di atas Mahkamah Syariah Negeri. Undang-undang yang digubal menjunjung tinggi agama Islam melebihi segala-galanya.

"Jadi undang-undang di negeri ini digubal berasaskan agama Islam, al-Quran dan hadis.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan itu kerana tidak mahu menghina mahkamah," Mohd Yusof dipetik sebagai berkata oleh Sinar Harian.

BAHAYA !!!!

"Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang keputusan itu kerana tidak mahu menghina mahkamah,"

Sedarkah kita apa maksud tersirat daripada kenyataan diatas ? 

Jujurnya dari pengamatan MMI sendiri kita sudah hilang KUASA kerana undang-undang makkamah rayuan lebih tinggi dari undang-undang SYARIAH !!

MMI

2 comments:

  1. Salam Pak,
    Dari mula lagi kes ini tidak boleh dibicarakan oleh Mahkamah Sivil. Kes ini melibatkan soal agama dan akidah. Hakim patut sedar bahawa beliau tidak layak kerana ini bukan bidang dia.
    Bila dah sampai peringkat Mahkamah Rayuan baru masing masing kelang kabut tahap kronik. Cuma yang Wak tak faham adakah kuasa Mahkamah Sivil boleh atasi jurisdiction Mahkamah Syariah? Tidak kah ini ultra vires and give no legal consequence ? Persoalannya sebelum membuat keputusan ini adakah pihak Mahkamah Rayuan merujuk dan berbincang dahulu dengan pihak berkaitan?. Repercussion dari keputusan ini amat meluas dan cathastropic . Buat le se suatu..

    ReplyDelete
  2. Esok esok nikah cerai umat Islampun, final decision kat mahkamah sivil ?

    ReplyDelete

Labels