Followers

Tuesday 11 November 2014

CERMIN GELAP JPJ Buat Apa ??


Kalau MMI sebut BANGSAT nanti akan ada pihak-pihak tertentu yang kata MMI ni menghina pihak berkuasa pula.Sebenarnya MMI malas nak layan benda ni sebab budak-budak yang tingkatan 5 pun boleh bagi kaedah yang lebih baik dari JPJ untuk mengatasi masalah cermin gelap ni.

Tengok gambar kat atas tu ? Apa ampa rasa ? Kot ya pun nak tunjuk buat kerja agak-agaklah sama , janganlah sampai kenderaan yang membawa pesakit pun ampa nak pi periksa ! SENGAL betullah ...

Ada lagi gambar lain kereta polis dan kenderaan agensi-agensi kerajaan lain pun puak JPJ ni pi periksa.Alahai nak berlakon pun janganlah melebih-lebih sangat !

Semua orang sedar bahawa ada had-had tertentu bagi pemilik kenderaan memasang tinted cermin gelap di kenderaan masing-masing.Dan MMI tak nafi pun memang ada mereka yang memasang melebihi had yang dibenarkan.

Maka sudah pastilah apabila ianya melebihi had yang dibenarkan ia menjadi satu kesalahan dan JPJ berhak untuk menyaman.SAMAN ! SAMAN jangan tak SAMAN tak ada sapa pun yang marah kalau dah benda tu SALAH !!!!

Tapi kenapa jadi DUNGU sangat ???

Dari mana pemilik kenderaan memasang tinted yang melebihi had ?

Di JPJ ka ? Bukan beb .. di kedai-kedai aksesori kenderaan !!! 

Semua orang tau benda ni dan MMI nak tanya kenapa tak buat undang-undang dan penguatkuasaan terhadap kedai-kedai aksesori ini terlebih dahulu ? Bukankah cermin gelap ini hadir dari kedai-kedai aksesori tersebut ?

Bila dah JPJ saman kenderaan yang pasang tinted gelap tu , ada depa tanya pasang di kedai mana ? Alo brader ambik taulah kedai mana dia pasang !! Boleh la lepas tu pi buat operasi banteras !!!

Lagi satu , siapa benarkan kedai-kedai terbabit menjual tinted yang melebihi had ? Dari mana tinted sedemikian boleh sampai ke kedai-kedai aksesori tu ?

Alooo sebab tu MMI kata budak form 5 pun tau , siap kata adalah lebih baik kalau JPJ cari jalan dan buat pengutkuasaan di kedai-kedai aksesori kenderaan ini terlebih dahulu bagi memastikan hanya tinted yang dibenarkan sahaja boleh dijual.

Malah JPJ harus berbincang dengan agensi dan pihak Kementerian terlibat supaya menghalang sama sekali kemasukan bahan-bahan yang dilarang ni kan ka mudah ???

Ini tidak ! Nak duduk di rumah tanpa kena air hujan tapi bumbung tak mau buat ?? Apa cer bro ???

MMI

1 comment:

  1. halooo....
    "Alo brader ambik taulah kedai mana dia pasang !! Boleh la lepas tu pi buat operasi banteras !!!...

    buat operasi banteras ke..
    pegi nak mintak pasang free...?

    ReplyDelete

Labels