Followers

Monday 3 November 2014

DAP Tak Takut Berjuang Sendiri ... Tafsirkan STATEMENT Ini Baik-Baik !!!


Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan Pakatan Haprak pastinya dapat merasai bahawa apa yang sedang berlaku hari ini merupakan satu episod duka bagi seluruh penyokongnya apabila masing-masing mula hilang rasa hormat sesama sendiri.

Pakatan yang dibina daripada 3 ideologi berbeza jelas semakin rapuh kerana masing-masing tidak lagi mampu mendiamkan diri.Lakonan selama ini atau mungkin kenyataan penyedap hati bukan sahaja sudah memusnahkan integriti Pakatan Haprak tetapi turut mengheret parti-parti di dalamnya menjadi caca marba.

Kemelut dalaman yang membuka ego masing-masing akhirnya telah memuncak sehingga berlakunya apa yang ramai pihak sebut sebagai protes.

PAS sememangnya sejak dulu menjadi gurkha belaan Pakatan Haprak namun kerana terlalu percayakan kata-kata bekas seorang banduan akhirnya PAS menjadi balaci paling tidak bermaruah.Mereka bukan sahaja diherdik tetapi diberi kata dua sama ada menyokong atau segera meninggalkan Pakatan Haprak.

Siapa yang bermulut longkang ini ? Siapa lagi kalau bukan pimpinan DAP !

Kini dalam kedudukan Anwar Ibrahim yang masih terawang-awangan , sekutu paling baiknya sudah membuka mulut.Dan suara kali ini bukan seperti kebiasaannya kerana jika kita terjemahkan sudah barang pasti ianya punya maksud tersirat yang seharusnya cepat-cepat disedari oleh para pimpinan PAS yang masih setia dengan prinsip perjuangan parti mereka.

Berdasarkan kronologi peristiwa demi peristiwa yang berlaku dalam Pakatan Haprak , semakin ramai yang mula membicarakan tentang kedudukan Pakatan Haprak itu sendiri.Malahan penyokong Pakatan Haprak juga kini sudah mula berpecah dan mereka juga beranggapan Pakatan Haprak tidak akan mampu bertahan lama.

Sesuatu yang amat ditakuti oleh DAP memandangkan Pakatan Hapraklah yang selama ini memberikan ruang dan peluang untuk mereka memiliki kuasa khususnya di Pulau Pinang.

Kerana itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menolak pandangan sesetengah pihak yang mengatakan Pakatan Rakyat (PR) akan berkubur tanpa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata Lim, perkara yang penting dalam menggerakkan PR adalah ketiga-tiga komponen parti di bawahnya iaitu DAP, PKR dan PAS.

“Kita tolak sama sekali pandangan sesetengah pihak bahawa tanpa Anwar, PR akan habis. Sebenarnya PR hidup atau  mati bukan kerana Anwar, tetapi bergantung kepada ketiga-tiga parti dalam berpegang kepada janji dan komitmen,” kata Lim di Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan pada Ahad.

Kata Lim, sama ada Anwar ada atau tidak bukan persoalannya jika parti tidak dapat melaksanakan tanggungjawab dan tidak menunaikan janji.

“DAP berpegang kepada  prinsip yang diperjuangkan sejak tahun 1966 dan DAP tidak takut berjuang bersendirian jika perlu untuk prinsip,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa apa yang penting adalah persetujuan yang dicapai parti perlu dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan PR.

“Apa yang penting, bila kita bercakap perlu ‘cakap serupa bikin’ dan semua parti perlu ada amalan yang sama,” katanya.astroawani

DAP sudah menunjukkan komitmennya bahawa tanpa Pakatan Haprak mereka tidak akan takut untuk terus berjuang.Sesuatu yang MMI dah sebut lama sebelum ini , hakikat yang harus para penyokong Pakatan Haprak tahu adalah DAP dah lama menjadi Raja.

Pulau Pinang mungkin akan terus menjadi kubu kuat DAP tetapi mereka juga bimbang kerana tanpa sokongan gurkha PAS kedudukan mereka dalam arena politik tanahair tidak akan mampu  ke mana.Kerana itu mereka dah lama bersiap sedia.

Siap sedia untuk apa ??? BACA SINI 

MMI

1 comment:

Labels