Followers

Wednesday 12 November 2014

Hadi Awang LETAK JAWATAN & BERSARA ??


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui keadaan kesihatan beliau kurang baik sejak kebelakangan ini.

“Rasa tak berapa sihat sikit sejak akhir-akhir ini. Suara pun tak berapa nak keluar,” katanya ketika ditemui harakahdaily di Parlimen semalam.

Ditanya sama ada beliau masih aktif memenuhi jemputan ceramah parti pada waktu malam, beliau berkata ia tidak sekerap dahulu.

“Malam ini pun tak ada program, saya perlu berehat,” katanya.

Pada Mei lalu, Tuan Guru Abdul Hadi dikejarkan ke hospital Istanbul, Turki setelah mengalami masalah pernafasan ketika dalam rangka menghadiri program di sana.

Beliau kemudian terpaksa berehat hampir sebulan di sana ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan untuk beliau aktif seperti biasa.

Semalam, themalaysianinsider  melaporkan Hadi sedang dipujuk rakan-rakannya agar berundur demi masa depan PAS dalam PR dan masalah kesihatannya yang tidak melayakkannya terus memimpin parti Islam itu.

Sumber berkata, jika Hadi setuju berundur, PAS boleh memperbaiki hubungannya bersama PKR dan DAP yang semakin keruh disebabkan sikap dingin beliau.

Hadi tidak menghadiri Mesyuarat Majlis Presiden PR sejak tidak bersetuju dengan tindakan PKR dan DAP menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada Ogos lepas.

Beliau juga tidak menghadiri pelancaran Belanjawan 2015 PR dan pembentangan Bajet 2015 di Dewan Rakyat pada 10 Oktober lalu.

Ketidakhadiran Hadi dan keputusan yang dikeluarkannya seringkali bercanggah dengan PR menyebabkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran kemungkinan PAS akan meninggalkan gabungan itu sekiranya presidennya terus tidak memberikan komitmen.

Sumber berkata, jika Hadi berjaya dipujuk untuk berundur, beliau boleh mengambil alih jawatan Mursyidul Am PAS yang kini disandang Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.sumber 

Hmm agaknya siapalah yang bakal jadi Presiden kalau Hadi berjaya dipujuk letak jawatan ??

MMI

5 comments:

  1. Mat Sabu 121 tengah sebok asah tandu dia....habih lah puak muslimah PAS-pisss-pusssy kalau Hadi 'Flip-Flop' Awang pencnen....kahkahkah...

    ReplyDelete
  2. Resign utk bg pas pd puak2 yg xreti apa itu islam...sanggup gadai kalimah allah...sanggup pertahan isis..sanggup benar pesta arak...sangup sentuh anjing...sanggup jadi pondan...dun think so....

    ReplyDelete
  3. Siapa yg lebih disenangi DAP kalau bukan Mat Sabun?
    Bukankah Mat Sabun pernah kata pejuang kemerdekaan negara yg sebenar adalah gerakan komunis Malaya?
    Kalau dia jadi Presiden Pas alangkah gembiranya hati LKS dan anaknya LGE.
    Tungguuuuuuuuuuuuu! Mari kita lihat siapa yg kena!

    ReplyDelete
  4. Wah...penentu siapa bakal jadi presiden PAS di tangan DAP?

    Syabas, parti Islam dikawal dan diperbodohkan oleh kafir laknat DAP.

    SYABAS!

    ReplyDelete
  5. pengikut setia mereka tetap dan terus menyokong pas...walau siapa pun jadi pemimpin mereka.. puak2 ni memang dah membutakan mata..pekakan telinga...bisukan mulut..lantak lah apa nak jadi pun...janji masuk syurga..... kata mereka!!

    ReplyDelete

Labels