Followers

Thursday 13 November 2014

Mahkamah SYARIAH Akan Setaraf Mahkamah Sivil - JAMIL KHIR


Pembentukan Mahkamah Tengah Syariah dan Majlis Rayuan Syariah selepas mendapat perkenan Majlis Raja-Raja bakal menjadikan lima tahap dalam Mahkamah Syariah sekaligus dinaikkan setaraf dengan mahkamah sivil.

Mahkamah Syariah pada masa ini terdiri daripada tiga tahap iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

“Lima peringkat Mahkamah Syariah ini mempunyai persamaan dengan mahkamah sivil cuma nama peringkat itu belum diputuskan lagi.

“Soal sama ada peringkat itu dinamakan Mahkamah Persekutuan Syariah atau tidak bukan menjadi persoalan utama sebaliknya tahap bidang kuasa mahkamah itu harus sama dengan Mahkamah Persekutuan sivil,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Menurutnya, pengenalan lima jenis Mahkamah Syariah itu bukan satu perkara yang mudah kerana ia perlu diperhalusi dengan mengkaji peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antara perkara yang perlu diambil kira katanya, adalah kedudukan agama Islam dan hal ehwal agama di bawah kerajaan negeri termasuk tidak berlaku pertindihan kuasa antara mahkamah sivil dan syariah.

“Ada terma yang akan diperhalusi iaitu siapa yang akan dilantik dalam mahkamah, hakim yang bagaimana, pelantikan daripada siapa dan sebagainya.

“Ini kerana peruntukan dalam agama adalah kuasa negeri. Adakah Persekutuan boleh melantik? Inilah perkara yang sedang dibincangkan,” katanya.

Ketua Pemuda Umno Kedah, Datuk Saiful Hazizi Zainal Abidin Selasa lalu  menggesa kerajaan mewujudkan Mahkamah Persekutuan Syariah bagi memperkasakan penguatkuasaan serta meningkatkan kecekapan pelaksanaan undang-undang Islam.

Kenyataan beliau menyebut bahawa kewujudan mahkamah tersebut dapat memastikan keputusan yang dibuat tidak boleh dirayu di mahkamah sivil.

Mahkamah Persekutuan Syariah katanya, akan bertanggungjawab mengendalikan kes berprofil tinggi yang menyentuh sensitiviti agama dan berpotensi mengundang polemik di kalangan masyarakat.BNBBC

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

2 comments:

  1. Isu isu berkaitan syariat Islam dan kes kes berkaitan umat Islam semata mata, civil court should not meddling in, and should not have any authority.

    ReplyDelete
  2. harap sangat lah kerajaan melalui menteri ini,jangan mangambil masa yg terlalu lama hingga isu yg tgh panas sekaramg ni menjadi sejuk dan hilang di angin lalu...sedang kajian dan perhalusan spt kata menteri ini entah bila akan siap....Islam makin dihina & dipijak...

    Pakcik Sambal Tempoyak.

    ReplyDelete

Labels