Followers

Thursday 20 November 2014

MAMPUKAH UMNO Memahami Erti PERUBAHAN ??


Mampukah UMNO memahami erti perubahan ?

PERUBAHAN itu perlu !!! 

PERUBAHAN yang boleh meyakinkan kita bahawa parti keramat ini masih lagi relevan dan MAMPU menjadi tempat bertaut orang-orang Melayu untuk terus melihat dan merasai hasil kemajuan tanah warisan nenek moyang kita bumi Malaysia.Baca artikel sebelumnya di SINI.

Dari pengamatan MMI , kita sudah terlalu lama membiarkan suasana seperti ini membelenggu diri , malah kita lebih suka menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri.Kita sentiasa merasakan bahawa kita sudah faham serta berubah sedangkan kita masih lagi terlalu jauh untuk sampai ke tahap itu. 

MMI suka mengambil contoh isu politik yang kini sedang berlaku dalam UMNO Selangor.Garapan daripada blogger inigoblogpolitik amat bertepatan sekali dan seharusnya menjadi wadah kepada mereka yang hari ini mengaku pejuang Melayu.

Pergolakan politik dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor semakin meruncing, ditambah lagi dengan kehadiran beberapa blog yang giat menghentam dan mengasak Pengerusinya, Dato' Seri Noh Omar agar berundur dan diganti dengan pemimpin lain.

Menilai kepada situasi ini sahaja, mungkin saya boleh simpulkan bahawa strategi ini tidak ubah seperti konflik Menteri Besar Selangor baru-baru ini yang memperlihatkan Khalid Ibrahim dikambinghitamkan demi melunaskan kemahuan seseorang untuk berkuasa.

Bezanya antara konflik jawatan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Pakatan Rakyat adalah kerajaan di negeri ini, sebaliknya UMNO pula adalah pembangkang.

Seandainya realiti ini masih tidak mampu dihadam oleh kepimpinan dan akar umbi UMNO di semua peringkat, maka benarlah pandangan beberapa pihak bahawa UMNO di Selangor masih khayal dan berlagak seolah-olah pemerintah di negeri ini.

Benar, UMNO Selangor ketika ini berada dalam keadaan paling lemah terutama apabila parti itu hanya mampu memenangi 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13, tetapi apakah pergeseran dan perpecahan dalam parti itu akan menyebabkan rakyat kembali menyokong UMNO? Apakah dengan hanya menukar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjadikan UMNO lebih kuat di Selangor?

Seandainya persoalan ini dianalisis secara lebih mendalam, hakikatnya rombakan secara besar-besaran perlu dilakukan dalam parti terutama melibatkan kepimpinan tertinggi Badan Perhubungan UMNO Selangor wajar dilakukan dan bukan sekadar mengkambinghitamkan Noh sahaja.

Tindakan meletakkan kesalahan kepada Noh semata-mata tidak menjamin survival parti, lebih-lebih lagi jika masih ramai pemimpin yang dibenci rakyat masih menikmati pelbagai kelebihan dan kesenangan atas tiket UMNO.

Dan lebih mendukacitakan pemimpin-pemimpin ini pula sedang berada dalam saf kepimpinan Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Maka timbul persoalan, apakah hanya Noh sahaja yang perlu ditukar atau keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Selangor perlu dirombak dan dinilai semula keperluan mereka untuk terus dikekalkan?

Sejarah mengajar kita bahawa sesebuah tamadun yang hebat tidak boleh terbina dengan semata-mata usaha seorang pemimpin agung, sebaliknya memerlukan bantuan dari rakyat dan juga bantuan dari pemimpin-pemimpin lain.

Mengambil pengajaran ini, maka seandainya kita mahu melihat UMNO Selangor kembali gah dan mampu menawan hati pengundi di negeri ini, wajarlah untuk kita mendesak rombakan kepimpinan UMNO Selangor secara besar-besaran dan bukan hanya menjadikan Noh sebagai kambing hitam.

Situasinya akan kekal sama seandainya struktur UMNO Selangor masih kekal sama dengan hanya pertukaran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor baru.

Malah seandainya pula UMNO Selangor sudah pun berjaya diubah menjadi lebih baik, tetapi di peringkat bahagian dan cawangan masih menggunakan modus lama dan retorik palsu, masakan sokongan rakyat akan kembali.

Jelas perubahan ini bukan semata-mata melibatkan Noh sahaja, sebaliknya tradisi dan pendekatan lama yang dilihat tidak efektif juga harus segera ditukar untuk melihat survival parti ini dalam pilihan raya akan datang.

Jangan pula esok apabila Noh sudah ditukar pun, UMNO Selangor masih memberikan pelbagai alasan untuk menawan hati pengundi.

Akhirnya UMNO Selangor tidak ubah seperti UMNO Kelantan - Hidup segan, mati tak mahu.sumber 

Bagaimana pula agaknya dengan Pulau Pinang ? Bukankah negeri itu juga senasib dengan Selangor ?

Jangan salah faham dengan apa yang cuba MMI sampaikan di sini , tidak ada niat untuk memburukkan mana-mana pemimpin tetapi untuk melihat perubahan itu berlaku kita harus kembali kepada fitrah perjuangan.

Jika kita melihat bahawa kegagalan demi kegagalan bertali arus melingkari kita maka itu merupakan isyarat penting supaya satu keputusan BERANI segera dilakukan.

Jangan PENTINGkan DIRI kerana ia bakal membawa musibah bukan sahaja kepada diri tetapi juga kepada orang lain.Kita mungkin terlepas tetapi ingatlah jutaan lagi nasib mereka yang seagama dan sekaum dengan kita bakal turut sama malah mungkin lebih teruk terjejas.

Kini dalam tempoh terdekat seluruh para wira dan wirati UMNO akan sekali lagi berkumpul di PWTC untuk menjayakan Persidangan Agung UMNO 2014.

Apakah kita masih lagi mahu melihat ucapan-ucapan hebat lenyap tatkala para perwakilan mula meninggalkan PWTC ?

Adakah kita masih lagi mahu KHAYAL dengan ucapan-ucapan yang kadang kalanya menjadi retorik semata-mata disebabkan kegagalan kita sendiri untuk menterjemahkannya seterusnya menyampaikan pula kepada ahli-ahli di kawasan masing-masing ?

Apakah kita masih lagi SUDI untuk melihat para perwakilan daripada semua sayap hanya menjadikan Persidangan Agung UMNO itu sebagai ruang dan waktu untuk bercuti di Kuala Lumpur ?

Sedarlah dan berubahlah , perwakilan yang dipilih seharusnya mengambil tanggungjawab dan amanah ini untuk dibawa pulang dan dikongsi bersama dengan ahli-ahli di akar umbi.

Begitu jarang sekali kita melihat para perwakilan ini mengadakan jelajah di setiap cawangan untuk berkongsi amanah dan ilmu yang mereka perolehi sewaktu persidangan agung berlangsung.

Jika itulah SIKAP kita , bagaimana kita mahu melihat perubahan dalam UMNO ?

Kita begitu teruja untuk melihat Najib dan seluruh pimpinan tertinggi UMNO berucap tetapi kita lupa ucapan dan pengisian itu sebenarnya HARUS malah WAJIB di turunkan sehingga ke akar umbi !!

Ada yang bertanya mengapa anak muda kini sukar untuk mendekati UMNO ?

Ada yang bertanya mengapa ada mereka di luar sana yang sukar untuk mendekati UMNO ?

Malah ada yang bertanya mengapa mereka dari kalangan profesional menolak UMNO ?

MMI rasa jawapan itu hanya boleh hadir sekiranya kita MAMPU memahami peranan serta menjawab persoalan untuk apa G7 dan G2 serta perwakilan automatik dipilih oleh ahli ke Persidangan Agung UMNO ?

MMI

1 comment:

  1. Ramai penyangak Melayu bertopeng UMNO terus menerus mementingkan diri sendiri !!!. Mereka bukan berjuang untuk parti atau negara, malahan mereka menjadi gunting dalam lipatan!! Penyangak Melayu UMNO mempunyai network sendiri dikalangan pembodek yang sanggup berpatah arang asalkan "keuntungan " buat mereka juga terjamin!!! Mereka ini fikir semua orang Melayu butakah?? UMNO adalah perjuangan rakyat. Jika pemimpin tidak menjunjung perjuangan rakyat jangan perasan UMNO akan bangun semula.!!! JIka ibu bapa aku yang merupakan pejuang asal bangsa dan menyokong niat murni UMNO masih hidup, aku pasti mereka ludahkan muka-muka bertopeng dalam UMNO sekarang!!!

    ReplyDelete

Labels