Followers

Sunday 23 November 2014

Mat Sabu Memang HAMPAS !!!


Kesetian beliau tidak perlu lagi kita persoalkan ! Sokongan beliau begitu jitu malah jauh mengatasi lain-lain pemimpin waima dari dalam parti PAS sendiri.Pandangannya begitu jauh membelah puncak-puncak gunung yang selama ini membelenggu juak-juak PAS sehingga membutakan mata mereka.Perhitungannya begitu hebat sekali , membina ukhuwah sesama rakan kerana bagi beliau tidak ada apa yang MAMPU dilakukan sekiranya PAS membuang jauh-jauh fahaman dan ideologi DAP !

Begitulah manusia bernama Mat Sabu , SETIAnya bukan kerana PAS , PANDANGANnya bukan untuk PAS , PERHITUNGANnya bukan untuk PAS tetapi semua yang diatas dilakukan semata-mata bagi memenuhi kepentingan diri beliau sendiri.

JANGAN ada mana-mana pihak dari PAS yang cuba mempertahankan Mat Sabu dan mempertikaikan hujah MMI ini kerana manusia bernama Mat Sabu ini bukan sahaja telah cuba untuk mengheret PAS menjadi DAP tetapi langsung tidak punya TANGGUNGJAWAB sebagai Timbalan Presiden parti.

Pada ketika serangan demi serangan dilakukan oleh puak berhaluan kiri dalam PAS dan DAP terhadap Hadi Awang selaku Presiden parti , di mana suara Mat Sabu ? Mana kelibat beliau ? Mana tanggungjawab Timbalan Presiden parti yang seWAJIBnya mempertahankan Presiden ?

Apa kata bekas Setiausaha PAS Selangor ?

Kegagalan Mohamad Sabu tampil mempertahankan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini diserang hebat dari segenap sudut oleh ahli parti itu sendiri serta DAP mencetus persoalan apa sebenarnya permainan politik orang nombor dua Pas tersebut.

Langkah menyepi Timbalan Presiden Pas itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, turut membangkitkan persoalan apakah beliau senang melihat Abdul Hadi berhempas-pulas sendirian untuk menjawab segala serangan yang dihala secara berterusan ke arahnya sejak tercetus isu Menteri Besar Selangor.

Ini kerana umum mengenali bahawa Timbalan Presiden Pas itu bukan seorang ahli politik yang suka membisu, sebaliknya beliau dilabelkan sebagai ayam sabung parti kerana terkenal dengan kelantangannya, tetapi sehingga kini tiada sebarang kenyataannya bagi membela Abdul Hadi.

Menurut bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha, sikap lepas tangan Mat Sabu dalam isu berkenaan memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena dengan beliau kerana sudah menjadi tanggungjawab orang nombor dua parti untuk berdiri teguh di belakang presiden.

“Dalam mana-mana organisasi apatah lagi parti politik, orang nombor dua perlu menjadi regu kepada presiden. Beliau bukan sahaja perlu mempertahankan parti, malah mesti berdiri teguh di belakang presiden dengan tampil mempertahan serta mematahkan serangan pihak luar.

“Tapi ini tidak berlaku. Mat Sabu sehingga hari ini begitu ‘berat mulut’ untuk membela dan mempertahankan Abdul Hadi meskipun rakyat dapat melihat bagaimana Presiden Pas itu diserang dari segenap sudut. Sudah tentu apabila ini berlaku, wujud sesuatu tidak kena dengan Mat Sabu.

“Apakah beliau sedang merancang sesuatu atau apakah beliau berhasrat meraih sesuatu daripada kemelut yang melanda Abdul Hadi? Mat Sabu kena tampil menjawab kerana ahli parti dan rakyat kini sudah bercakap mengenai isu ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Abdul Hadi yang menentang keras percaturan ‘Langkah Kajang’ oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam usaha mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada kedudukan Menteri Besar Selangor kini berdepan serangan tersusun daripada DAP dan beberapa pemimpin Pas sendiri.

Terbaharu, pemimpin DAP termasuk Setiausaha Agungnya yang belum disahkan, Lim Guan Eng menjadikan isu ketidakhadiran Abdul Hadi dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Pembangkang sejak kebelakangan ini atas alasan masalah kesihatan, sebagai ‘peluru’ untuk menyerang Presiden Pas itu.

Sehingga kini, hanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dua Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta Salahuddin Ayub dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali tampil mempertahankan Abdul Hadi manakala Mat Sabu berserta golongan ‘Anwarinas’ membisu. UM 

Apa Mat Sabu sudah besar kepala ? 

Yaa .. Mat Sabu bukan besar kepala tetapi BACUL kerana bimbang peranan berlebihannya bakal menyebabkan segala kelebihan dan sogokan DAP kepadanya selama ini di tarik balik !!!!!

MMI

1 comment:

  1. Masuk pasir ler periuk nasi dia kalau berani tentang LGE.
    Itu pasallah dia membisu seribu bahasa.
    LGE tahu dimana kelemahan Mat Sabu.
    Siang-siang LGE dah tutup mulut Mat Sabu dgn elaun yg tak pernah terfikir dibenak orang nombor dua Pas itu.

    ReplyDelete

Labels