Followers

Friday 21 November 2014

SAMSENG JALANAN Kena DENDA RM1 Ribu TAMPAR Wanita


Pemandu teksi yang menampar seorang pekerja syarikat insurans dalam satu kejadian tidak puas hati di jalan raya didenda RM1,000 oleh mahkamah majistret kerana mencederakan wanita terbabit.

Majistret Naruminatul Mardiah Mohd Noor juga mengarahkan Chong Kim Fah, 48, dipenjara dua bulan jika dia gagal membayar denda itu.

Chong mengaku menyebabkan kecederaan ke atas Tan Yun Ceat, 26.

Chong dituduh menyebabkan kecederaan ke atas Tan dengan memukulnya di Jalan Angkosa, dekat Jalan Nagasari, di sini pada 7.40 pagi 17 November lalu.

Noor Svetlana Mohd Noor Nordin bertindak sebagai timbalan pendakwa raya manakala Khairull Amin Abdullah mewakili Chong.

Dalam aduannya di balai polis Dang Wangi, Tan menyatakan kejadian itu berlaku ketika dia memandu dari Bandar Manjalara ke Jalan Raja Chulan melalui Jalan Angkosa.

Katanya, ketika itu dua buah kereta diletakkan di kedua-dua belah jalan dan apabila dia meneruskan pemanduan, sebuah teksi tiba-tiba muncul di hadapannya.

Pemandu teksi itu menekan hon dan apabila dia enggan menggerakkan kenderaannya, lelaki berkenaan melanggar keretanya.

Lelaki itu kemudian keluar daripada teksinya lalu menampar Tan.

Zaman sekarang ni ramai sangat yang nak jadi samseng !!! Patut yang SAMSENG-SAMSENG ni kerajaan hantar pi jaga di Sabah noo .. Kita tengok dia jadi lagu mana !

MMI

2 comments:

  1. Seribu je denda?
    Ingat kot penjara sebab cederakan manusia lain.
    Lemah betul undang2 Malaysia

    ReplyDelete
  2. WTF???? Seribu ringgit je????
    Humbankan si samseng pukimak ni masuk penjara. Kalau boleh sampai 2019!

    ReplyDelete

Labels