Followers

Friday 21 November 2014

UMNO Yang Nak Bersidang Teresa Pula Yang BERKOKOK !!


Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang turut ‘menyalak’ menjelang perhimpunan agung UMNO mingu depan.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tidak memerlukan pandangan pemimpin DAP yang rasis kerana parti itu sendiri sedang bermasalah dengan rakan mereka dalam pakatan rakyat.

“Saya ingatkan Teresa Kok, jangan nak menyibuk, bersihkan dulu DAP yang penuh kekotoran perkauman,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.

Teresa Kok kata beliau, sepatutnya masih ada air muka dan berasa malu kerana sebelum ini pernah mencerca dan menghina kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Orang Melayu terutama ahli UMNO masih ingat apa yang dilakukan Teresa Kok, jadi tak payah nak beri cadangan yang mengarut,” tegasnya.

Beliau menyifatkan usaha campur tangan pihak tertentu termasuk DAP menjelang Perhimpunan Agung UMNO sebagai jarum halus untuk mengahacurkan pati itu.

“Ini strategi dan taktik jahat pembangkang, mereka cuba lakukan provokasi untuk mempengaruhi perwakilan UMNO,” tegasnya.

Justeru tegas Syed Ali, Teresa Kok tidak ada hak untuk mengajar perwakilan UMNO supaya membahaskan isu syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Menerusi beberapa portal berita, Teresa Kok mahu para perrwakilan UMNO turut membahaskan isu 1MDB pada perhimpunan agung parti minggu depan.

Syed Ali mendakwa isu 1MDB sengaja dipolitikkan oleh DAP sempena perhimpunang agung UMNO bertujuan mencemarkan reputasi Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan presiden parti.

“Pembangkang buat fitnah kononnya 1MDB ada kaitan dengan Najib, ini semua fitnah jahat dan tidak berasas,” tegasnya.

“Isu 1MDB sudah dijelaskan oleh kerajaan termasuk di Dewan Rakyat, tiada berlaku sebarang penyelewengan.

Katanya, Teresa Kok sengaja membuat saranan supaya 1MDB dibahaskan di Perhimpunan Agung UMNO kerana DAP juga mempunyai agenda merosakkan perpaduan orang Melayu.

Wakil Rakyat DAP itu tambah beliau, sepatutnya terlebih dahulu membersihkan parti itu daripada amalan diskriminasi dan bersifat perkauman.

Oleh sebab itu katanya, tidak ada keperluan untuk para perwakilan membahaskan isu 1MDB. Lagipun jelas beliau, beberapa usul telah ditetapkan yang menjuruskan kepada kepentingan UMNO dan orang Melayu.

“Saya berharap perwakilan UMNO lebih rasional dan realistik, jangan mudah terpedaya dengan perangkap yang sedang dipasang oleh DAP dan pihak yang cuba merosakkan UMNO,” tegasnya.

Syed Ali turut menegaskan DAP cuba mencari isu untuk mengalih perhatian rakyat berikutan perbalahan parti itu dengan PAS. “Sekarang hubungan PAS-DAP dalam pakatan rakyat ibarat retak menunggu belah,” ujarnya.

Beliau mendakwa, pemimpin PAS sepertimana dilaporkan media secara terbuka mendesak DAP keluar daripada pakatan.umnoonline

MMI

1 comment:

  1. Teresa ni sundal jenis apa ni? Tak habis2 dengan agenda rasis dia dan tak habis2 mendengki dengan orang Melayu.

    Syabas UMNO! Teruskan perjuangan untuk memperkasakan Melayu. Beri lah bantuan sebanyak yang boleh. Rumah mampu milik, Br1M, Amanah Saham, Felda, Felcra, semuanya...TERUSKAN. Saya percaya 1MDB pun akan membawa kebaikkan kepada Melayu dan Bumiputera.

    TERUSKAN membantu. Biarkan puak2 pendengki cina DAP macam si teresa ni meroyan sampai mampus!

    ReplyDelete

Labels