Followers

Friday 19 December 2014

Benarkah PELABURAN Tabung Haji TERSASAR ?? @dsjamilkhir @azeezputera


Seolah-olah mereka yang terlibat secara langsung dalam pengurusan Lembaga Tabung Haji Malaysia itu adalah manusia-manusia yang sudah hilang akal dan langsung tidak punya ilmu agama.Rakus dan begitu mementingkan diri sehingga sanggup menggadaikan amanah serta tanggungjawab yang telah disandarkan ke bahu masing-masing untuk menjaga kepentingan Tabung Haji.

Barangkali begitulah pandangan dan sangkaan seorang manusia bernama Raja Mohd Shahrim yang telah membuat satu kenyataan berbau hasutan serta fitnah yang paling jahat terhadap Tabung Haji.

Secara ringkasnya ia merupakan satu tuduhan yang tidak jelas tanpa fakta yang sahih dilakukan dengan niat untuk menimbulkan rasa curiga orang-orang Islam yang membuat simpanan dengan Tabung Haji.

Sudah semestinya bagi sebahagian daripada mereka di luar sana akan resah dan risau memandangkan wang simpanan yang menjadi harapan agar mereka dapat menjejakkan kaki ke bumi Mekah diberitakan telah dilaburkan kepada satu pelaburan yang melibatkan perkara-perkara yang dilarang seperti arak.

Entah dari mana sumber yang diperolehi oleh si pemilik akaun facebook terbabit kerana ia jelas satu pembohongan dan fitnah.

Untuk rekod Lembaga Tabung Haji adalah antara badan paling profesional yang dimiliki Malaysia bahkan ia turut mendapat pengiktirafan daripada pihak luar dan adalah sesuatu yang MUSTAHIL sekali sekiranya badan ini dengan sengaja mahu membuat pelaburan seperti mana yang di sebut oleh Raja Mohd Shahrim.

Berikut merupakan penafian daripada Tabung Haji Malaysia ..


Penjelasan Tabung Haji mengenai Pelaburan Patuh Syariah ..

PELABURAN TH – Berhubung dengan syarikat yang terkeluar dari senarai patuh syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada 29 November 2013 telah meluluskan senarai terbaru sekuriti patuh syariah berdasarkan kaedah penyaringan sekuriti yang telah disemak semula.

Antara kriteria penyaringan yang ketara penukarannya adalah dari segi “Conventional Income, Debt and Cash Deposit Level”. Oleh yang demikian banyak syarikat di Bursa Malaysia yang dahulunya patuh syariah telah terkeluar dari senarai ini.

Namun begitu syarikat-syarikat tersebut juga diberi masa selama 6 bulan (sehingga 31 Mei 2014) untuk memastikan mereka kembali mematuhi syarat patuh syariah terbaharu yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti.

Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti juga menyatakan bahawa semua pelabur yang memegang saham-saham syarikat yang terlibat dibenarkan menyimpan dividen atau keuntungan modal hasil dari pelupusan sekuriti tersebut sepanjang tempoh 6 bulan ini dan pendapatan tersebut masih diklasifikasikan sebagai patuh syariah.

Sebagai pemegang saham, TH telah mengambil tindakan yang proaktif melalui perbincangan dengan syarikat-syarikat yang terlibat bagi mengenal pasti prospek syarikat tersebut kembali patuh syariah dalam masa yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti. Ahli-ahli Jabatan Pelaburan, Panel Pelaburan,Panel Shariah dan Lembaga Pengarah TH sentiasa memantau semua aktiviti pelaburan TH bagi memastikan pelaburannya sentiasa patuh syariah.

TH sentiasa mematuhi syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam membuat pelaburan bagi menjamin pelaburannya sentiasa patuh syariah. TH mempunyai masa enam (6) bulan untuk menyimpan dan menjual saham-saham tersebut sehingga 31 Mei 2014.

Garis panduan ini boleh dirujuk di laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti.

-HAL EHWAL KORPORAT TH-

Macam biasa , perkara sebegini sering kali berlaku kerana diluar sana sentiasa ada pihak yang suka melaga-lagakan sesama kita untuk mungkin kepentingan diri.Melakukan fitnah dan menyebarkannya agar timbul rasa sangsi dan benci dikalangan rakyat merupakan satu tindakan yang tidak bijak sebenarnya.

Raja Mohd Shahrim atau siapa jua yang berada dibelakang akaun facebook terbabit sewajarnya bertanya diri sendiri kenapa aku bertindak sedemikian ?

Jika ianya untuk mencari jawapan yang sebenar maka belajarlah untuk bertanya dengan baik tanpa ada unsur-unsur fitnah !

Jika ianya untuk menimbulkan kebencian , MMI ingat hentikanlah kerana ia tidak akan menguntungkan kamu !!

MMI

1 comment:

  1. Pulangan asb adalah yg terendah tahun ini...nampak sangat ekonomi negara tak memberangsangkan..

    ReplyDelete

Labels