Followers

Saturday 20 December 2014

Keputusan Letak Jawatan Selepas KRISMAS ?!!


Lihatlah betapa tidak bertanggungjawabnya pemimpin PKR , setelah diberikan peluang untuk menjadi pemimpin masyarakat akhirnya satu demi satu membuat pelbagai alasan untuk meletakkan jawatan.

Sebelum itu  Dr Roland Chia , Adun Inanam dari Sabah telah menggemparkan kem PKR apabila mengumumkan untuk meletakkan jawatannya dengan alasan menghadapi masalah kesihatan.

Pertamanya MMI boleh menerima keputusan terbabit kerana masalah kesihatan yang dikatakan agak serius namun setelah pengumuman itu dibuat , isu perletakan jawatan Adun Inanam ini bertukar menjadi teka teki.

Sehingga semalam kedudukan Dr Roland Chia masih lagi terawang-awangan.

Jika melihat kepada alasan menghadapi masalah kesihatan rasanya mudah sahaja untuk meletakkan jawatan namun secara tiba-tiba keputusan itu seolah-olah sedang dipertimbangkan pula.

Soalnya kenapa perlu pertimbangkan kalau menghadapi masalah kesihatan yang serius ?

Adakah ianya merupakan peristiwa ulangan seperti mana yang berlaku dalam "Langkah Kajang" sebelum ini ?

Atau ada sesuatu yang sedang diusahakan oleh pucuk pimpinan parti PKR bagi meletakkan seseorang ?

Pelbagai spekulasi timbul sejak keputusan itu dibuat dan ada bunyi-bunyi yang mengatakan Dr Chia antara nama yang disebut-sebut akan meninggalkan pakatan pembangkang. Bagaimanapun, pada ketika itu beliau telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan bereknaan.

Untuk rekod , Pakatan Rakyat berjaya memenangi 12 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.Bagaimanapun, pada penghujung tahun 2013, DAP dan dua wakil rakyat PKR meletakkan jawatan dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional.

Walaupun alasan awalnya menyatakan beliau meletakkan jawatan sebagai Adun kerana masalah kesihatan, namun pemerhati politik melihat wujud isu lain iaitu spekulasi mengenai hubungan dingin antara Dr Chia dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Lajim Ukin namun perkara tersebut telah dinafikan oleh mereka.

Khabar angin lain yang turut bertiup adalah wujudnya 'tangan ghaib' yang memainkan peranan di ibu pejabat PKR.

Well macam-macam cerita dan perkembangan terbaru pula , Dr Chia diberitakan akan membuat pengumuman mengenai kedudukannya sebagai wakil rakyat dan perancangan masa depannya selepas sambutan Hari Natal.

Dalam status terbaharu yang dimuat naik lewat malam tadi, di akaun Twitter @RolandChiaMS dan Facebook miliknya, Dr Chia berkata: "Kepada media dan rakan-rakan saya. Terima kasih atas sikap ambil berat anda. Saya kini berada di luar negara. Saya akan membuat kenyataan rasmi selepas Krismas."

Ia merupakan kenyataan rasmi pertama yang dikeluarkan doktor pakar gigi kelahiran Tawau berusia 44 tahun selepas beliau mengumumkan mengenai peletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat negeri selepas memenanginya pada pilihan raya umum 2013.

Lihatlah bagaimana sikap mereka , macam-macam alasan langsung tidak bertanggungjawab !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels