Followers

Thursday 18 December 2014

"OUT OF TOUCH" Tindakan Khairuddin Di BIDAS @dzainalabidin @NajibRazak


Adalah satu tindakan yang agak janggal sekali bagi seorang pemimpin seperti Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan platfom media pro-pembangkang untuk menyuarakan rasa hatinya terhadap UMNO kerana selama ini sebagai Naik Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan ruang dan peluang untuk beliau berbuat demikian melalui saluran dalaman parti adalah terbuka luas.

Namun mungkin kerana beberapa alasan , hasrat itu di bawa ke peringkat yang lebih tinggi dengan membuat laporan polis seterusnya menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak berniat untuk menyerang parti UMNO apatah lagi kedudukan Presiden parti melainkan menuntut penjelasan tentang isu 1MDB.

Apa yang difahamkan dalam laporan polis tersebut , Khairuddin menyatakan dengan jelas bahawa beliau curiga dengan urus tadbir kewangan 1MDB dan kekecewaannya terhadap sikap ahli lembaga pengarah serta pentadbir-pentadbir eksekutif 1MDB kerana mengambil sikap membisu terhadap beberapa persoalan yang telah dikemukakan oleh beberapa pihak tentang pengurusan dana 1MDB.

Ekoran daripada itu pihak 1MDB telah pun menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan sebelum ini melalui hebahan di media agar spekulasi ini tidak disalah anggap walaupun kebanyakan isu-isu yang dibangkitkan adalah perkara-perkara yang diulang dan telah pun dijawab oleh syarikat pada masa lalu.

Malah pihak polis juga sudah pun memaklumkan bahawa siasatan akan dilakukan terhadap 1MDB berdasarkan laporan yang dibuat dan pihak 1MDB turut mengalu-alukan siasatan tersebut selain bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak polis.

Namun apabila khairuddin terlibat secara langsung dalam satu wawancara bersama media pro-pembangkang , tindakan beliau mula melalut daripada niat asalnya dengan mula menghentam pucuk pimpinan parti termasuklah kepimpinan UMNO di peringkat negeri Pulau Pinang.

Dalam wawancara tersebut Khairuddin telah melabelkan pemimpin UMNO di Pulau Pinang sebagai lemah dan Presiden parti telah melantik pemimpin yang banyak tidur di peringkat negeri Pulau Pinang.

Secara rasioanlnya apakah tujuan Khairuddin yang secara tiba-tiba mengheret dan menyerang keperibadian pemimpin UMNO sedangkan beliau sebenarnya mempersoalkan tentang rasa curiganya terhadap pengurusan 1MDB yang sudah pun di jawab oleh pihak yang berwajib ?

Kenyataannya dalam wawancara terbabit juga dengan jelas menyebut UMNO Pulau Pinang sebagai terlalu lemah dan tidak melakukan sebarang gerak kerja sejak PRU13 yang lalu.

Satu kenyataan yang terlalu beremosi sedangkan hakikatnya Khairuddin sendirilah yang tidak banyak membantu UMNO di peringkat negeri Pulau Pinang dan MMI telah pun menjelaskan isu ini dalam artikel yang disiarkan semalam.Klik SINI 

Hari ini tindakan Khairuddin itu dibidas pula oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan dengan merujuk kepada Wawancara Khairuddin yang disiarkan oleh Malaysiakini pada Rabu, 17 Disember 2014.

"Adalah sangat mendukacitakan Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan telah memilih menggunakan media pro pembangkang untuk membuat tuduhan dan tohmahan tidak berasas kepada pimpinan UMNO dan BN Pulau Pinang dan tidak melalui saluran-saluran yang tersedia dalam parti. 

"Sebagai ahli UMNO, Dato' Paduka Khairuddin tentu maklum bahawa perlantikan Dato' Zainal Abidin sebagai Pengerusi Badan Perhubungan adalah prerogatif Presiden parti. Walaupun Dato' Zainal pernah tewas dalam PRU, dua faktor perlu diberi perhatian dalam perlantikan beliau sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. 

"Pertama, Dato' Zainal Abidin Osman bertanding di kawasan Parlimen Nibong Tebal di mana pengundi Melayu hanya 44% dan pengundi bukan Melayu (Cina & India) adalah 56%. Namun begitu beliau masih memperoleh 75% sokongan pengundi Melayu di sana. 

"Kedua, di bawah pimpinan Dato' Zainal Abidin, UMNO Pulau Pinang berjaya mengekalkan pencapaiannya dalam PRU ke-12 pada PRU ke-13 lalu. Jumlah kerusi dimenangi sama dengan semasa PRU 12 di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi 

"Dato' Zainal Abidin juga diberi kepercayaan oleh YAB Perdana Menteri untuk mempengerusikan Majlis Pembangunan Bumiputera dan Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang yang turut dianggotai oleh Ketua -Ketua Bahagian dan YB Adun-Adun. Kedua-dua forum ini menyediakan ruang untuk melaksanakan banyak perkara untuk orang Melayu dan pembangunan negeri secara keseluruhannya. 

"Dakwaan Dato' Paduka Khairuddin yang mengatakan pimpinan UMNO di Pulau Pinang "tidur" adalah jauh tersasar. Beliau tidak menetap di Pulau Pinang, jelas sekali beliau tidak tahu atau "out of touch" dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang. 

"Pada hemat saya Dato' Zainal Abidin mendapat sokongan penuh semua Ketua-ketua Bahagian, YB Ahli-ahli Parlimen dan YB Adun-Adun. Ketua-ketua Bahagian bermesyuarat tiap-tiap bulan dan semua memberi kerjasama yang baik dan jitu serta akur dengan keputusan-keputusan yang dibuat bersama serta arahan-arahan yang dibuat oleh Dato' Zainal. 

"Sebagai Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang saya tahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh UMNO Negeri Pulau Pinang. Boleh dikatakan setiap minggu ada program yang dilaksanakan oleh Bahagian-bahagian UMNO. 

"Sistem penggiliran tempat mesyuarat bulanan Badan Perhubungan UMNO Negeri juga memberi ruang kepada pimpinan UMNO Negeri Pulau Pinang untuk turun ke setiap bahagian. Setiap kali diadakan Mesyuarat Badan Perhubungan aktiviti turun padang bertemu masyarakat dilakukan dan pertemuan dengan pimpinan sayap-sayap parti juga dibuat. 

"Dato' Zainal juga turun merasmikan beberapa program rasmi yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Batu Kawan di samping lawatan-lawatan peribadi pesakit-pesakit kronik, kenduri kenduri dan memenuhi jemputan jemputan lain di kawasan ini 

"Menyentuh mengenai perlantikan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN Negeri, apakah Dato' Paduka Khairuddin tidak sedar bahawa tiada pemimpin Gerakan yang menang dalam dua PRU yang lalu. Mendiang Karpal Singh dan Lim Kit Siang juga pernah tewas dalam Pilihanraya di Pulau Pinang dan ia tidak menjadi isu bagi parti mereka. Yang penting gerak kerja diteruskan untuk pilihanraya berikutnya. 

Kenyataan Media 
Mohd Noor bin Ahmad 
Ketua Umno Bahagian Batu Kawan 
Pulau Pinang 
Khamis 18 Disember 2014  

Mungkin ada yang sangsi sekiranya apa yang disebut diatas adalah buah fikiran dan hasil pemerhatian MMI namun perlu diingat bahawa kenyataan Khairuddin sebagai orang jauh atau "Out Of Touch" dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang di lakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan sendiri iaitu bahagian UMNO di mana Khairuddin sendiri menjadi Naib Ketuanya.

Ada 3 persoalan yang rasanya wajar kita fikirkan ,

1.Sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan , Adakah Khairuddin benar-benar melaksanakan tanggungjawab dan amanahnya terhadap ahli dan rakyat di Batu Kawan seterusnya di Pulau Pinang ? 

2.Adakah Khairuddin benar-benar faham dan sering melibatkan diri dengan gerak kerja diperingkat UMNO Negeri Pulau Pinang ?

3.Kenapa agaknya Khairuddin mula melalut dengan mewujudkan isu-isu lain yang rasanya langsung tidak ada kena mengena dengan isu 1MDB yang dipersoalkannya ?

Well jika persoalan-persoalan itu dijawab kita barangkali akan mendapat jawapannya..

Apa pun sebagai pemerhati politik MMI merasakan tindakan Khairuddin membuat laporan polis terhadap 1MDB sudah pun mendapat reaksi daripada pihak terlibat malahan penjelasan demi penjelasan sudah pun diberikan termasuklah kesediaan pihak 1MDB untuk memberikan kerjasama kepada siasatan yang akan dijalankan oleh pihak polis terhadap mereka.

Sebagai seorang pemimpin , Khairudin perlu hormat kepada pendiriannya sendiri dengan memberikan ruang kepada pihak berwajib melakukan siasatan berdasarkan laporan polis yang telah Khairuddin laporkan tempoh hari.

Bukan dengan mewujudkan isu-isu lain yang dilihat memakan diri sendiri malahan tindakannya menyerang pimpinan UMNO yang lain dilihat tidak ubah sekadar retorik semata-mata.

MMI

1 comment:

  1. Kita sebagai rayaat tak boleh tanya ke apa yang kerajaan buat dan apa yang syarikat kerajaan laborkan .....adakah ianya satu kesalahan...dan dikira melawan kerajaan?Tak kiralah siapa samada ahli UMNO atau DAP boleh mengemukan laporan polis pada bila bila masa...dan terpulanglah pada polis nak siasat atau tidak ......Tapi kalau polis tak siasat siaplah polis kena balun.....
    1MDB boleh beri penerangan ....tapi terpulanglah pada rayaat untuk mencabarnya......Apa yang nak susah susah kalau tak buat salah.......!MDB cakap dia buat kerja betul dan mengikut undang undang......Itu kata IMDB ...tapi apa kata rayaat?steady la broo

    ReplyDelete

Labels