Followers

Tuesday 20 January 2015

Guan Eng Tak Sedar Dalam Mahkamah !!

Kalau kita melihat gambar ni mestinya kita sedar betapa eratnya hubungan antara Guan Eng dengan Anwar Ibrahim.

Malah reaksi kedua-duanya yang memperlihatkan kemesraan dengan tersengih kegembiraan itu cukup untuk meyakinkan kita mereka punya banyak persamaan dalam berpolitik.

Selalunya keakraban seperti ini akan berlarutan sehinggalah kepada hal-hal membabitkan kepentingan politik dan semestinya saling melengkapi antara satu sama lain.

NAMUN apa yang ampa (kamu) semua akan baca selanjutnya akan mengubah tanggapan tersebut malah mungkin mengejutkan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di George Town hari ini beliau tidak tahu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berikrar untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala.

"Saya tidak sedar mengenainya," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP semasa disoal peguam Baljit Singh yang mewakili defendan pertama Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) Jimmy Lim Cheok Siang.

Lim berkata beliau tidak tahu sebelum pilihan raya umum 2008, Anwar membuat ikrar itu kepada penduduk kampung berkenaan.

Kepada satu lagi soalan Baljit Singh sama ada Adun Seri Delima RSN Rayer dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy menjanjikan penduduk Kampung Buah Pala mereka boleh tinggal di kawasan itu buat selama-lamanya, Lim juga menjawab "saya tidak sedar mengenainya".

Lim berkata demikian ketika memberi keterangan dalam pendengaran saman fitnah beliau terhadap Jimmy, Mtoday News Sdn Bhd dan wartawannya Athi Shankar.Selanjutnya 

Tu dia !!! Dia langsung tak sedar weiiii ... Habis yang si Anwar pi mengaku dekat penduduk Kampung Buah Pala tu apa dia ?? 

                         

"2 minggu sudah menang , 2 minggu ! Mesti itu ketua menteri dia punya wakil datang sini" .... Uihhh kalau mengikut kepada apa yang si Anwar ni cakap memang gilalah dalam tempoh 2 minggu wakil ketua menteri akan datang buat settle , last-last apa jadi ????

Moralnya mudah Guan Eng dah buktikan kepada kita bahawa Anwar berbohong kepada penduduk Kampung Buah Pala dan dalam masa yang sama si Guan Eng kekal dengan bakatnya dalam lakonan !

MENIPU JA KERJA AMPA !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels