Followers

Friday 16 January 2015

JOM Minta Kerja Dengan TKM1 Pulau Pinang !!

Pertamanya jangan anggap penulisan ini berbau politik kerana apa yang bakal MMI kupaskan nanti lebih kepada keadaan dan suasana terkini.

MMI pasti dan yakin pada saat atrikel ini dibaca pun masih ada mereka-mereka di luar sana warga Pulau Pinang yang masih terkial-kial untuk mencari pekerjaan bagi menyara diri dan keluarga masing-masing.

Dalam persekitaran yang semakin mencabar ini , kita jangan sekali-kali lupa bahawa pertambahan rakyat menyebabkan tuntutan untuk peluang pekerjaan begitu tinggi.Malah dari masa ke semasa kita sering kali mendengar bahawa ada dikalangan para siswazah yang masih lagi menganggur dengan pelbagai sebab.

Dalam pada itu kita juga harus ingat bahawa mereka-mereka yang bukan dari kalangan siswazah juga merupakan sebahagian daripada kelompok diluar sana yang masih mencari pekerjaan.

Secara umumnya , pihak kerajaan melalui agensi-agensinya tidak pernah berhenti daripada menyediakan peluang-peluang pekerjaan namun situasi menunjukkan ada yang masih menganggur.

Itu adalah perkara yang berlaku saban tahun dan semua pihak secara amnya telah dan sentiasa memainkan peranan masing-masing untuk menyediakan ruang serta peluang kepada kumpulan-kumpulan ini.

Namun sebaik membaca berita tentang isu melibatkan seorang Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad yang baru dipecat daripada berkhidmat dengan Yang di-Pertuan Agong, ditawarkan kerja oleh Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Rashid Hasnon maka kepala otak MMI tiba-tiba sedikit berubah.

Persoalan tentang kenapa begitu cepat si Timbalan Ketua Menteri 1 ini menyuarakan hasrat untuk segera membantu seorang bekas pegawai tentera yang baru dipecat tiba-tiba terpacul ! Baca Sini 

Malah faktor KAWAN dan SAHABAT dalam isu ini seolah-olah memperlihatkan kepada kita semacam ada skrip lain sedang berlaku.Apakah kerana Mejar Zaidi itu KAWAN dan SAHABAT kepada Mohd Rashid maka ia perlu segera di bantu ? Atau ia ada kena mengena dengan sedikit kepentingan politik ? Maklumlah isunya tentang dakwat kekal !

“Saya perlu memberi sokongan moral kepada Zaidi dan keluarganya, kerana dia merupakan sahabat baik saya.

“Dia adalah kawan rapat saya dan kini adalah masa bagi saya untuk membantu rakan yang memerlukan. Kami sedang mempertimbangkan untuk menawarkan Zaini bekerja dalam organisasi bukan kerajaan (NGO),” jelas Mohd Rashid, lapor The Rakyat Post.

Well kalau diikutkan kepada apa yang berlaku , maka MMI boleh simpulkan bahawa Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang itu akan menggunakan segala usaha yang ada untuk membantu KAWAN dan SAHABATnya kerana telah kehilangan pekerjaan.

Dan pastinya dalam usaha itu , akan berlaku sedikit sebanyak apa yang kita sebut sebagai PENGARUH dan pastinya bila menyebut PENGARUH ia akan seiring dengan KUASA yang dimiliki oleh Mohd Rashid pada ketika ini.

Jadi MMI yakin ampa semua faham dan tahu apa yang akan berlaku seterusnya apabila senario diatas berlaku !!!!

Apa pun Mohd Rashid nak membantu RAKAN dan SAHABATnya untuk meneruskan survival hidup selepas ini dan sudah pastilah Mohd Rashid tidak akan main-main dalam usaha bantuannya itu.

Teruskanlah tak apa line clear ...

Cuma MMI terfikir , bukankah masih ada lagi warga Pulau Pinang diluar sana yang hari ini masih lagi terkial-kial untuk mendapatkan pekerjaan ?

Malah mereka-mereka ini mungkin jauh lebih susah daripada Mejar Zaidi dan kenapa agaknya Mohd Rashid tidak melakukan perkara yang sama seperti mana usahanya untuk membantu Mejar Zaidi terhadap warga Pulau Pinang yang lain ?

So selain daripada usaha agensi kerajaan sama ada pusat mahupun negeri , dalam perkara ni MMI rasa amat WAJARlah mereka-mereka yang masih belum atau sukar untuk mendapatkan pekerjaan SEGERA menghubungi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang untuk mendapatkan bantuannya mencari pekerjaan.

Jangan takut dan segan kerana RAKYAT rasanya sama PENTING dengan KAWAN dan SAHABAT kepada Mohd Rashid !!!

Hah tunggu apa lagi !!! Takkan dia nak tolak kot !!!

Atau ada BEZA antara RAKYAT dengan KAWAN dan SAHABAT ?

MMI

1 comment:

  1. Betul jugakan takkan nak tolong si mejar tu ja tolong la rakyat sekali

    ReplyDelete

Labels