Followers

Monday 12 January 2015

Kami Tidak Akan Benarkan Perlakuan Cabul Atau Gangguan Seksual !!!!

Sebenarnya MMI dah malas nk mengulas tentang isu semacam ni sebab tak pernah selesai.Ada sahaja perkara baru berlaku dan setiap kali itulah ia akan menjadi viral sebelum kembali senyap sebelum perkara serupa kembali lagi.

Rasanya ramai yang dah menulis , mengulas , memberikan pandangan dan macam-macam lagi mengharapkan sesuatu dapat dilakukan oleh mereka yang diamanahkan tetapi sehingga saat ini belum nampak sebarang usaha ke arah itu.

PALING mengejutkan apabila kita dihidangkan pula dengan kenyataan atau jawapan daripada mereka yang bertanggungjawab menyediakan ruang pentas untuk anak-anak muda ini di hanyutkan.
KUALA LUMPUR: Berikutan insiden kurang menyenangkan yang kini hangat diperkatakan mengenai tingkah laku beberapa peminat perempuan Melayu Islam yang terlalu teruja dengan kumpulan artis K-Pop, B1A4, pihak penganjur acara berkenaan, TGM Events tampil menjelaskan duduk perkara melalui laman Facebook rasmi mereka.
Berikut adalah isi kandungan penjelasan tersebut:
Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.
Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.
1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.
2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.
3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.
4)  Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.
5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.
Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.


MMI kata kepala hotak depa !!

Jawapan yang langsung tak boleh di terima ! Sebagai penganjur rasanya kita boleh menentukan apa yang boleh dan tidak !

Jangan bagi alasan , MMI secara peribadi menganggap jawapan dari pihak penganjur ni tak ubah sekadar nak melepaskan diri.

PIHAK berwajib nak tengok saja ker ? Budak-budak tu rasanya dah buat maksiat secara terang-terangan tu !!!! Ini bab maruah dan agama Bro .. SEDIH tengok anak Melayu macam ni ...

Kepada mereka yang teruja sangat dengan puak KPop ni , MMI nak tanya satu ja !!

Perasaan yang sama juga ker apabila korang ingat Tuhan ???

MMI

2 comments:

  1. Lancau punya organiser...
    ckp bkn main...

    :Kami Tidak Akan Benarkan Perlakuan Cabul Atau Gangguan Seksual !!!!"

    Tp ckp lepas benda dah berlaku... cabai sohai.. tiiiuuuu na seng!!!

    ReplyDelete
  2. Mak bapak yang tak ambil kesah untuk memberi pelajaran agama islam untuk anak2 lah yang menjadikan masyarakat bobrok. Esuk di depan tuhan rab al jalil emak bapak jenis ini yang akan di ungkit sebagai derhaka kepada anak2.

    ReplyDelete

Labels