Followers

Monday 19 January 2015

Lu Bikin Gua TERUJA Bro Azmi !!! #caliphbuskers


Walaupun agak sibuk sikit semalam tapi MMI sempat menonton persembahan kumpulan Mojo yang begitu unik dengan menampilkan penyanyi buta bernama Azmi.Meremang segala bulu roma apabila menyaksikan kelunakan suara Azmi sewaktu menyampaikan lagu romancinta bersama-sama dengan Mojo dan Caliphbuskers.

Well secara terus terang MMI benar-benar teruja dengan persembahan tersebut dan sudah pasti ianya disebabkan oleh seorang penyanyi buta yang punya bakat istimewa.Walaupun tidak mampu menikmati keindahan serta keterujaan penonton , persembahan Mojo jelas bukan sahaja menarik malah membuktikan sesuatu kepada kita semua.

Siapa sangka dari seorang penyanyi jalanan tiba-tiba caliphbuskers muncul menggegarkan pentas Anugerah Juara Lagu ?

Malah mereka sendiri pun tidak pernah menyangka akan berdiri dan membuat persembahan di situ !

Well inilah dunia , kita jangan berbangga kononnya kitalah paling hebat kerana di luar sana mereka yang kita lihat lemah itu sebenarnya jauh lebih hebat dari kita.

Banyak pengertian daripada persembahan Mojo semalam .. So ampa semua terjemahkanlah mengikut cara masing-masing.

Kalau kita bersungguh dan gunakan bakat kita sebaiknya , kejayaan pasti ada !!!

    

Ampa tengok macam mana reaksi penonton .. SALUTE Edry KRU dan persembahan yang mantap dari Mojo & CaliphBuskers.

MMI

3 comments:

  1. pembetulan...bukan romantika...tapi romancinta....;)

    ReplyDelete
  2. Inilah juara sebenar AJL29 !!!

    ReplyDelete

Labels