Followers

Tuesday 20 January 2015

Pendedahan Terbaru Lagi Panas Dari Saiful


Nampaknya pendedahan terbaru daripada Saiful ni benar-benar bikin panas , dan dari pengamatan MMI berdasarkan perkembangan politik semasa semua perkara ni berlaku disebabkan oleh gerakan underground melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu yang tengah sibuk menyerang satu sama lain.

Sebelum tu kita tengok dulu apa yang didedahkan oleh Saiful Bukhari ...

Salam,

Bukan niat untuk persoal mengapa TV3  attack Tun Daim, tapi mahu persoal mengapa beria sangat bagi coverage pada PKR? TV3 dah jadi media PKR ke? Tak ada orang sendiri yang berani untuk dedah ke? Hari tu Shamsul Iskandar, sekarang ini Anwar Ibrahim pula?? That low Datuk Ashraf Abdullah, Manja Ismail? Boleh explain why?

Di sini saya sertakan bukti arahan "MUST COVER AND USE" yang diberikan di TV3 oleh seorang Editor kepada isteri saya, Nik Suryani Megat Deraman, yang datangnya dari bigboss Datuk Ashraf Abdullah pada hujung Nov lepas untuk attack Tun Daim. Ingatkan sekali itu sahaja, rupanya makin menjadi-jadi.

Untuk makluman, isteri saya kini sudah tidak berkerja dengan TV3-Media Prima(last day kerja 15Dec). Ambil MSS(Mutual Separation Scheme) yang ditawarkan tempohari. Ada beberapa faktor, antaranya terasa seperti bermajikan pihak lawan, terasa jijik apabila diarah buat liputan PC Shamsul Iskandar-PKR, untuk tikam Tokoh yg beliau sendiri hormati.

Beliau mengambil keputusan drastik, berisiko, walau tidak ada jaminan pekerjaan lain. Hidup biar berprinsip. Rezeki ditangan Allah.


Dalam cerita Saiful ni MMI nak tanya juga apa cer TV3 ? Macam ada something jer ...

Well macam MMI kata awal tadi , semua ni rasanya ada kena mengena dengan gerakan yang sedang digerakkan oleh kumpulan tertentu untuk menyerang kepimpinan negara YAB Datuk Seri Najib dan beberapa kepimpinan lain.

Lebih malang pastinya puak pembangkang akan turut sama seiring mengambil peluang ini untuk terus menjahanamkan kerajaan.

PERCAYALAH serangan bertali arus ini tidak akan membantu malah rakyatlah yang akan menjadi mangsa keadaan.

MMI tak nak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu semacam ni sebab ini semua kerja orang bodoh yang mengaku bijak pandai.

Masing-masing ada orang sendiri GUNA OTAKlah sikit .. 

Perlu ker Najib di ganti ???? Ampa baca kat SINI 

MMI

1 comment:

  1. Cuba kita tanya Johan Jaafar apa cerita ni?

    ReplyDelete

Labels