Followers

Monday 19 January 2015

PM Umum Langkah Berdepan Kejatuhan Harga Minyak Esok !!

Kerajaan akan mengumumkan pengubahsuaian dan intervensi yang perlu dilakukan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia yang berubah, esok.

“Esok saya akan umumkan pengubahsuaian yang diperlukan, langkah pencegahan yang diperlukan dalam menghadapi senario yang memerlukan kita bertindak dengan proaktif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan berkata kejatuhan harga minyak sebanyak 60 peratus membawa implikasi kepada ekonomi dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.

“Pendekatan yang tepat, berhemah dan penuh kebijaksanaan perlu diambil bagi mengurangkan kesan kejatuhan harga minyak yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, impak kepada hasil negara dan memberi kesan kepada fiskal serta nilai ringgit,” katanya.

“Dengan senario baharu ini, kita akan bertindak dengan lebih proaktif bagi menjamin kadar pertumbuhan mampan dan melindungi kepentingan rakyat supaya kesejahteraan rakyat tidak terjejas,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri, yang pertama untuk tahun ini, Isnin.

“Oleh sebab itu, mengambilkira faktor harga minyak, apa kesan kepada ekonomi negara, apa impak kepada hasil negara, bagaimana ia boleh bawa kesan kepada dasar dan matlamat pengurangan fiskal, soal nilai ringgit dan sebagainya, perkara ini kita perlu hadapi dengan pendekatan tepat, berhemah dan kebijaksanaan,” katanya.

Pada 1 Januari lalu, Putrajaya mengumumkan harga baru runcit bahan api, RON95 ditetapkan pada RM1.91 seliter, RON97 pada RM2.11 seliter, manakala diesel berharga RM1.93 seliter dengan menggunakan kaedah Penetapan Harga Automatik (APM).

Harga minyak mentah Brent terus menurun. Sehingga kini, ia menyusut sebanyak 53%  daripada tahun lepas, yakni daripada purata AS$108 setong pada Januari 2014 kepada AS$51 secara purata bagi bulan Januari 2015.

Nilai ringgit kini merupakan matawang Asia yang paling lemah, ia menyusut kepada RM3.55 untuk setiap AS$1 daripada RM3.32 setahun yang lalu. Sejak Oktober 2014, ringgit menyusut hampir 8.3%.

Sementara itu, Najib juga berkata penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini tidak akan membebankan rakyat.

“Segala aspek telah diambil kira dengan memastikan harga barangan tidak naik dan boleh dikawal dengan baik,” katanya.

Tambahnya Rancangan Malaysia ke-11 akan diumumkan pada bulan Mei agar matlamat menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 menjadi kenyataan.

“Pentingnya rancangan lima tahun ini kerana ia merupakan pusingan terakhir menuju tarikh keramat 2020,” katanya.bnbbc 

MMI

1 comment:

  1. Minyak naik x kena
    Minyak turun pun x kena

    ReplyDelete

Labels