Followers

Tuesday 27 January 2015

TAHALUF SIYASI PAS Feet DAP Nampaknya Makin KASAR !!!

Kalau kita review senario politik melibatkan parti PAS dan DAP sejak 1999 yang lalu , pelbagai cerita-cerita menarik akan dapat kita lihat dan kesemuanya mencatatkan sejarah politik lintang pukang atau lebih mudah disebut caca-marba.

Tak perlulah MMI ulang satu persatu cuma cukup dengan menyebut persahabatan yang jelas terjalin atas dasar kepentingan politik untuk berkuasa sering kali mengheret parti PAS yang mengaku pejuang Islam ini ke lembah penghinaan demi penghinaan.

Bahkan dalam keadaan tertentu PAS dilihat bukan sahaja hilang arah tetapi dipergunakan secukupnya oleh DAP untuk memastikan pengaruh serta sokongan rakyat yang telah dibutakan hasil daripada kesanggupan PAS untuk terus tunduk kepada parti cauvinis ini dengan amanat dan fatwa-fatwa songsang mereka.

Dalam pada itu sedikit demi sedikit PAS mula di hantui dengan pelbagai kemelut dalaman parti sehingga parti itu terbahagi kepada 2 kumpulan.Kewujudan dua kumpulan ini sebenarnya telah menyebabkan kumpulan neutral yang berada di tengah-tengah makin kecewa dan ada diantaranya hari ini sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada PAS.

Disebabkan dua kumpulan inilah maka kita dapat melihat perbalahan sesama pimpinan dalam parti termasuklah sesama parti dalam Pakatan Haprak.

Lidah PAS tidak lagi berbiasa malah mungkin sudah sampai ke tahap kelu apabila sahabat politiknya DAP menolak secara terang-terangan usaha PAS untuk melaksanakan Hudud ! Tidak cukup dengan itu suara Harun Din yang jelas menolak sebarang usaha untuk bukan Islam menggunakan kalimah Allah langsung tidak diendahkan bukan sahaja oleh DAP tetapi daripada pimpinan PAS sendiri.

Apa sudah jadi dengan PAS ??????

Kini setelah perbalahan yang semakin hampir kemuncaknya , suara-suara kasar daripada DAP dan mereka yang tidak senang dengan tindak tanduk PAS mula kedengaran.

Kenyataan Hadi Awang yang menolak pilihanraya kerajaan tempatan yang begitu dimahukan oleh DAP benar-benar mencabar pimpinan tertinggi parti itu ! Apatah lagi Hadi turut mengaitkannya dengan peristiwa 13 Mei lantas mereka dilihat tidak lagi mahu bersembunyi atau bermuka-muka dengan terus sahaja mengaitkan Hadi Awang sebagai pemimpin PAS yang mula berjinak dengan parti UMNO.

Artikel yang disiarkan oleh salah satu portal pro-pembangkang ini jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana usaha sedang dilakukan untuk memberikan tekanan kepada Presiden PAS supaya akur dengan kehendak DAP !

Malah ianya merupakan satu lagi usaha jahat DAP dengan cuba memperlihatkan watak Hadi Awang semakin berubah seolah-olah sudah begitu hampir untuk menjalinkan kerjasama dengan UMNO.

Dan kerana itu artikel ini turut dikongsikan di blog milik pemimpin DAP yang turut terlibat secara langsung dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969 yang lalu.

Boleh baca artikel tersebut kat SINI 

MMI rasa tak perlu diulas lanjut tentang pengisian dan persoalan yang wujud dalam artikel terbabit kerana kita semua sedia maklum semua perkara yang berlaku hari ini adalah disebabkan oleh tindak-tanduk mereka yang sentiasa berada dibelakang DAP malahan mereka-mereka itu turut mendapat sokongan jitu daripada pimpinan parti paling rasis ini.

Paling ketara lihat sahaja pendirian DAP dalam isu tuntutan kalimah Allah !!!

Dalam semua perkara diatas MMI terfikir kenapa agaknya Kit Siang boleh pula berkongsi artikel terbabit di blog miliknya ?

Hmmm mungkin ianya ada kaitan dengan 13 Mei , satu tarikh keramat yang Kit Siang mahu kita orang Melayu dan umat Islam di Malaysia LUPAKAN dan buang jauh-jauh !!!

Justeru itu kita harus faham dan sedar hakikatnya walaupun kita tidak lagi dijajah oleh penjajah namun masih ada mereka-mereka yang cuba untuk terus menjajah minda dan jiwa kita malah hasil tanah Melayu ini turut mahu dirampas untuk kesenangan anak cucu cicit mereka nanti.

Lihat Pulau Pinang !!!!!

Akhir kalam mungkin inilah kesan dan kejayaan TAHALUF SIYASI yang selama ini menjadi pegangan PAS untuk terus bersama DAP !!!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels