Followers

Thursday 12 February 2015

Bagaimanakah Layanan Pihak Penjara Terhadap Anwar Ibrahim ??

Semalam dalam satu sesi teh tarik bersama dengan teman-teman , MMI di soal tentang bagaimanakah keadaan Anwar Ibrahim apabila di tahan di Penjara Sungai Buloh.

Persoalan itu sebenarnya lebih terarah kepada sejauh mana fasiliti atau keadaan bilik tahanan yang di khaskan kepada peliwat tersebut.

Malah ramai sebenarnya kat luar sana yang ingin tahu bagaimanakah bentuk layanan yang diberikan oleh pihak penjara kepada Anwar Ibrahim apabila beliau perlu menjalani hukuman selama 5 tahun.

Well agak sukar sebenarnya bagi MMI untuk menjawab persoalan sedemikian kerana secara peribadi MMI juga seperti semua tidak dimaklumkan perkembangan terkini dan bagaimana keadaan Anwar Ibrahim dalam tahanan.

Dan secara peribadi MMI juga bersetuju dengan pandangan yang lain bahawa walaupun yang ditahan itu adalah Anwar Ibrahim , beliau seharusnya menerima layanan serupa dengan tahanan-tahanan lain kerana soalnya disini ke semua mereka menjalani hukuman diatas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Apa pun perkembangan terkini menyatakan layanan terhadap Anwar di Sungai Buloh adalah sama seperti mana dengan tahanan-tahanan yang lain dan tidak ada sebarang keistimewaan yang diberikan kepada beliau.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada layanan luar biasa diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, Selangor.

Beliau berkata, pemimpin pembangkang itu menerima layanan sama rata seperti banduan lain mengikut peruntukan undang-undang.

“Jabatan Penjara melayan semua orang di penjara itu secara saksama sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang dan peraturan penjara.

“Saya mengesahkan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, Khamis.

Beliau berkata demikian selepas menyedari terdapat kegusaran tentang layanan yang diterima ketua pembangkang itu yang dipenjarakan kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Selepas Anwar dibawa ke penjara, timbul beberapa dakwaan termasuklah dakwaan beliau menerima layanan istimewa, manakala dari pihak keluarga Anwar, timbul kebimbangan berbeza iaitu kebimbangan dari segi keselamatan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, terdapat dua jenis kurungan di penjara iaitu jenis bilik dan sel dan Anwar kini ditempatkan di sebuah bilik.

Katanya, pada peringkat ini, seperti banduan lain yang baharu dijatuhkan hukuman, Anwar perlu memakai pakaian banduan berkolar merah.

“Layanan sama sahaja, sebagai seorang yang ‘mendapat liputan meluas’, dia ditempatkan seorang di dalam sebuah bilik, tapi ada lagi banduan yang ditempatkan di bilik, bukan dia seorang sahaja,” katanya.

Katanya, peralatan dan kemudahan yang terdapat dalam bilik tersebut adalah sama dengan yang terdapat di bilik atau sel lain, iaitu tilam dan dulang makanan.

Zulkifli berkata, dari segi layanan, makanan, peralatan dan jadual pertemuan dengan ahli keluarga, tiada perbezaan di antara Anwar dan banduan lain.

Jelasnya, pada peringkat ‘kolar merah’ dia hanya dibenarkan bertemu keluarganya sebulan sekali dan tempoh itu akan berubah mengikut peringkat.

Ditanya sama ada Anwar ada membuat permintaan khusus, beliau berkata: “Setakat ini tiada. Kalau dia minta buku-buku kita akan beri.”. sumber Mstar

Bagi MMI kerisauan banyak pihak ini ada asasnya dan Anwar Ibrahim selaku pemimpin dalam Pakatan Haprak yang sering kali melaungkan perkataan KEADILAN seharusnya menghormati laungan itu sendiri.Beliau harus ADIL terhadap tahanan-tahanan lain !!

Manakala keluarga Anwar pula sewajarnya tidak menggunakan segala kelebihan dalam bentuk kuasa mahupun kewangan untuk cuba-cuba mencari jalan menghulurkan bantuan dari luar.Bukan menuduh mana-mana pihak untuk merasuah sesiapa tetapi sekiranya itu berlaku maka hilanglah maruah dan prinsip KEADILAN yang sering kali mereka war-warkan.

Kepada Anwar Ibrahim gunakanlah sepenuhnya masa ini untuk bermuhasabah diri dan segeralah bertaubat sementara pintu taubat masih terbuka !!!

MMI

3 comments:

  1. tukang urut disediakan....muahaha

    ReplyDelete
  2. sewaktu lawatan, passwordnya : MOKHTAR

    ReplyDelete
  3. belum duduk dalam penjara dah dapat keistimewaan......berucap depan hakim selepas dijatuhi hukuman....boleh pilih pulak penjara yg dia nak.....

    ReplyDelete

Labels