Followers

Tuesday 10 February 2015

Cauvinis DAP Persoal Khutbah Jumaat Akan Di SIASAT POLIS !!


Perkembangan mutakhir ini agak membimbangkan apabila makin ramai dikalangan cauvinis tampil mempersoal serta mempertikaikan tentang hal ehwal agama Islam seolah-olah Malaysia tidak punya undang-undang yang meletakkan agama ISLAM itu dikedudukannya yang tersendiri.

Sebagai agama RASMI negara maka sudah pastilah ISLAM tidak boleh diperlakukan secara membuta-tuli oleh mana-mana pihak sekalipun kerana ianya dilindungi dalam perlembagaan negara.

Oleh yang demikian setiap perlakuan sama ada menghina , mencerca , mempertikaikan kedudukannya bererti satu kesalahan sudah pun dilakukan dan mereka-mereka itu dan ianya WAJAR di kenakan tindakan.

Secara jujurnya orang-orang Islam di Malaysia sudah tidak lagi mahu berdiam diri , penghinaan yang bertali arus oleh mereka-mereka yang punya kepentingan politik jelas bukan sahaja biadab tetapi dilihat sebagai satu provokasi untuk membangkitkan kemarahan orang Islam.

Tuntutan kalimah Allah sebelum ini merupakan perkara paling sensitif dan sekiranya ia berlaku di negara lain kemungkinan besar pertumpahan darah rasanya sudah berlaku.

Kita bersyukur kerana Malaysia dikurniakan dengan rakyat yang punya harga diri selain daripada berfikiran waras dalam mendepani isu-isu sebegini.Namun sekiranya perlakuan dan tindak-tanduk seperti ini tidak dihalang atau segera dicegah , dikhuatiri ianya membawa kepada keadaan yang jauh lebih parah.

Apa pun MMI ucapkan SYABAS kepada Ketua Polis Negara kerana cepat bertindak dan paling penting sentiasa peka dengan keadaan terkini.

Polis akan menjalankan siasatan terhadap Ahli Exco Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat berkenaan isu menutup aurat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi status akaun Twitternya malam tadi, berkata Chong Eng akan disiasat di bawah Seksyen 298 Akta Kanun Keseksaan.

"PDRM berkali-kali mengingatkan orang awam supaya berhati-hati membuat komen yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama, tetapi tidak juga diendahkan," katanya.

Media dalam talian melaporkan Chong Eng dalam kenyataannya semalam mengkritik khutbah Jumaat minggu lepas oleh Jabatan Agama Islam yang bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri”.

Laporan itu memetik Chong Eng yang menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan. – Bernama

Well MMI yakin perkara sebegini akan terus berlaku cuma diharapkan pihak berkuasa sentiasa aktif untuk terus memantau keadaan agar Malaysia kekal aman dan damai.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels