Followers

Monday 9 February 2015

Hadi Awang vs Najib Razak !!

Kedua-duanya adalah Presiden kepada parti masing-masing dan peranannya tidak jauh berbeza walaupun Najib Razak punya kelebihan kerana memimpin sebuah negara dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika diukur dari perbezaan jawatan sudah pastilah ada yang berkata Najib Razak jauh mengatasi Hadi Awang namun dalam beberapa keadaan secara zahirnya mereka adalah sama.

Mereka adalah seorang lelaki muslim yang sama kiblatnya dan sujud tunduk kepada Allah Swt , Tuhan pencipta segala alam.Malah mereka juga sebenarnya memimpin satu angkatan umat Islam berbangsa Melayu yang hari ini menjadi tulang belakang kepada kekuatan Islam di bumi Malaysia.

Bayangkan jika 2 kekuatan umat Islam ini tidak berperanan dalam mempertahankan syiar Islam ? Dengan tindak tanduk segelintir mereka-mereka yang lupa daratan di luar sana , pastinya kedudukan Islam dan orang Melayu itu sendiri boleh menjadi lebih parah.

Pastinya kedua-dua pemimpin ini mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza tetapi hakikatnya mereka masih tetap sama.

Dalam dunia politik , bukan sahaja Najib yang menjadi mangsa serangan pihak pembangkang tetapi Hadi Awang juga sebenarnya sudah pun menjadi sebahagian daripada mangsa serangan politik.

Dari reaksi Hadi Awang , MMI percaya beliau sebenarnya telah sedar bahawa apa yang sedang berlaku hari ini dalam PAS adalah satu kesilapan besar semenjak mereka memilih untuk bersama Pakatan Haprak.

Hadi tahu bahawa kerjasama dalam Pakatan Haprak bukanlah seperti mana yang diperlihatkan kerana PAS sering kali dijadikan pencacai politik oleh DAP.Tidak cukup dengan itu kredibiliti dan integriti Hadi turut dipertikaikan sehingga presiden ini pernah diberi kata dua.

Parti yang dulunya begitu angkuh dan ego dengan perjuangan mereka kini seolah-olah hilang maruah dan paling mengjengkelkan penghinaan daripada sahabat sendiri cukup untuk membuatkan PAS semakin keliru.

Perpecahan diantara pimpinan dan penyokongnya akibat ideologi DAP yang telah merasuk sebahagian kepimpinan tertinggi parti itu bukan sahaja telah mewujudkan PASMA tetapi sudah ada suara yang mahukan PAS mengikut telunjuk DAP dalam berpolitik.

Jelas ianya jauh bercanggah dengan apa yang diperjuangkan oleh mereka yang mengaku ulama dalam PAS !!!!

Dan kerana itu Hadi Awang kini sedang berdepan dengan angkatan dalam parti sendiri yang mahu melihat beliau disingkirkan daripada menerajui parti.

APA kurangnya Najib !!! Dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap beliau semenjak memikul tanggungjawab sebagai seorang Perdana Menteri bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main.Dalam keadaan tertentu tuduhan dan tohmahan berupa fitnah itu dilihat mampu merentap bukan sahaja jiwanya tetapi juga kedudukannya sebagai pemimpin negara.

Bukan sahaja dikalangan pihak pembangkang , Najib juga perlu berdepan dengan penyokong sendiri apabila muncul suara-suara sumbang yang mahukan supaya beliau berundur.

Semuanya dengan alasan-alasan yang mampu mempengaruhi rakyat di akar umbi.

Jadi kalau diikutkan catatan politik kedua-dua pemimpin ini , bolehlah kita simpulkan bahawa kedua-duanya mempunyai banyak persamaan.Dan cuba kita bayangkan sekiranya kedua-dua pemimpin ini memilih untuk duduk semeja !!!


Rasanya hubungan yang sedia wujud itu boleh diperkuatkan dengan kedua-duanya saling bekerjasama untuk kebaikan umat Islam , orang Melayu dan Negara kita MALAYSIA !!!

Pada MMI masanya sudah tiba untuk kedua-duanya membuang jauh-jauh ego masing-masing kerana yang lebih penting adalah PERPADUAN untuk mewujudkan KEKUATAN !!

MMI

2 comments:

  1. Benda macam ni sepatutnya dah lama dibuat. Tenguk saja cina.mentang mentang kaum dia yg banyak jadi pemborong dan pembekal..semua sokong..tapi melayu di malaysia ni lain lah..sama melayu semua berani bila cina masuk campur terus LAYU..Bersatu lah MELAYU..

    ReplyDelete
  2. Setahu saya Najib x pernah menunjukkan keegoannya. Cuma polisi kesederhanaannya kadang2 mengundang pandangan rakyat. Tapi dia seorang yang baik dan sabar.

    ReplyDelete

Labels