Followers

Sunday 8 February 2015

HUDUD !!

Salam Ahad dan semestinya MMI mengharapkan seluruh rakyat Malaysia dapat terus menikmati hari-hari yang mendatang dengan penuh keceriaan.

Semestinya dalam keadaan sebegini pun kita tidak dapat lari daripada kerancakan situasi politik negara yang masih lagi dengan pelbagai isu-isu panas.

Bagi MMI ia adalah satu perkara biasa di Malaysia kerana sejak kewujudan Pakatan Haprak , gerakan politik turut sama berubah malah ianya semakin rumit.Pelbagai isu timbul dan antara yang sering kali menjadi perdebatan banyak pihak adalah cadangan untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Ada pihak yang sudah pun melabelkan isu hudud ini sebagai isu pasca PRU kerana ianya hampir pasti akan muncul pada waktu-waktu yang hampir dengan proses kempen pilihanraya.

Malah ianya sudah diperdebatkan sejak lama dulu dengan pelbagai pandangan daripada banyak pihak sehingga ada yang menggelarkan orang Islam dari UMNO sebagai Kafir.

Begitulah hebatnya penangan perdebatan isu hudud walaupun secara keseluruhannya isu ini sebenarnya boleh dirungkaikan dengan masing-masing berlapang dada dan duduk berbincang.

Namun politik menjadikannya sebagai bahan untuk terus di politikkan demi mencari keuntungan mahupun pengaruh masing-masing.

Perkembangan mutakir ini jelas menunjukkan sudah ada pihak yang begitu komited untuk mencadang serta mencari jalan untuk melaksanakan undang-undang ini dan kerana itu jugalah maka sekali lagi timbullah pihak-pihak yang turut sama mahu terlibat tetapi berbeza pendekatan.

Cuma MMI masih tertanya-tanya , sampai bilakah isu ini boleh diselesaikan ?

KUALA LUMPUR: Dengan kebangkitan banyak kumpulan ekstremis agama dan kaum, adalah tidak sesuai jika hukum hudud dilaksanakan di dalam negara, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Liberal Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum hari ini, beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.

“Kita perlu sedar apa yang berlaku di dalam negara sekarang. Dengan kebangkitan kumpulan ekstremis agama dan kaum adalah tidak sesuai jika undang-undang hudud dilaksanakan.

"Saya orang Islam dan mempraktikkan Islam tetapi saya tidak mahu hidup di bawah undang-undang hudud. No, thanks," katanya di dalam forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima.

Tambah Noor Farida lagi, untuk melaksanakan hukum hudud, beberapa aspek perlu dipertimbangkan.

"Pada 1993, negeri Kelantan telah meluluskan rang undang-undang hudud. Namun Perlembagaan Persekutuan menentangnya.

"Saya tahu, mungkin ada ustaz-ustaz yang akan kata saya tak boleh mempersoalkan hukum Allah. Benar, namun kajian-kajian dari para ilmuan Islam ada dibuat mengenai hudud," jelasnya.

"Kata para ilmuan, beberapa aspek perlu dipertimbangkan seperti jurang antara kaum dan kesesuaian sebelum ia dilaksanakan. Sekarang pun, jurang Melayu kaya dan miskin pun masih jauh," kata bekas duta Malaysia ke Belanda itu lagi.

Kata Noor Farida, kaedah undang-undang hudud yang mahu dilaksanakan di negara ini masih lemah dalam cara perlaksanaannya dan tidak menggunakan teknologi terkini.

"Zina misalnya, saya tidak faham dalam abad ke 21 ini enakmen syariah masih lagi tidak menggunakan teknologi canggih dalam menentukan mereka yang ditangkap kerana berkhalwat.

"Masih mahu mengekalkan kaedah empat orang saksi. Mengapa tak adakan ujian DNA dalam menentukan pesalah. Bagaimana nak dapatakan empat orang saksi dalam kesalahan zina?" soalnya.

Katanya hal ini boleh menyebabkan berlakunya kesukaran dalam membuktikan bahawa pesalah-pesalah itu benar-benar bersalah.

Menurut Noor Farida, ia juga boleh membuatkan golongan pedofil membanjiri negeri Kelantan untuk melakukan jenayah seksual ke atas kanak-kanak di sana tanpa disabit kesalahan.

"Jika hudud dilaksanakan di Kelantan, golongan pedofil akan membanjiri Kelantan untuk merogol kanak-kanak di sana... dan tiada tindakan akan dikenakan terhadap mereka," katanya.

Tegasnya, itu mungkin berlaku kerana mereka menolak kaedah pembuktian saintifik dan sebaliknya menggunakan bukti kurun ke-12 sebagai pembuktian untuk kes zina.

Kerajaan negeri Kelantan kini sedang bercadang membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bulan depan bagi mendapatkan kelulusan beberapa pindaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 yang akan membolehkan ia melaksanakan hukum hudud dan qisas di negeri itu.

Cadangan pindaan terhadap enakmen tersebut juga akan dibincangkan dalam mesyuarat parti itu pada pagi Ahad ini.

Menurut PAS, sebarang keputusan akan dibuat dalam mesyuarat tersebut sebelum ia dibawa kepada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada sebelah petang hari yang sama.

Ada pro dan kontra dalam apa yang diungkapkan oleh Datuk Noor Farida Ariffin diatas dan kerana itulah MMI rasa sudah sampai masanya satu keputusan bersama melibatkan seluruh kepimpinan Islam di bumi Malaysia di buat.

Mereka perlu duduk semeja untuk mencari titik persamaan agar isu yang sudah terlalu lama diperdebatkan ini dapat dinokhtahkan. 

MMI

1 comment:

  1. Masalah bila orang yang tak arif tentang agama tapi mahu berbincang tentang agama.

    ReplyDelete

Labels