Followers

Tuesday 10 March 2015

BANGSAKU Kenapa PERLU Sampai Ke Tahap Ini ??


Mungkin penulisan kali ini agak berat bagi sesetengah mereka yang diluar sana , tetapi MMI berasa terpanggil untuk terus melontarkan pandangan memandangkan ia melibatkan mereka yang bernama Melayu.

Entah kenapa dan secara tiba-tiba artis ini boleh beraksi sedemikian seolah-olah maruah diri sebagai seorang isteri tidak lagi menjadi pegangan buat dirinya.

Maaflah kalau apa yang disebut ini menyebabkan si dia kurang selesa tetapi apakah kewajaran tindakan sebegitu dalam pada kita mengaku sebagai Melayu dan beragama Islam ?

Kepada yang kurang faham dengan apa yang MMI cuba sampaikan bolehlah klik di pautan bawah untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut SINI ..

Secara jujurnya inilah bahana yang sedang menimpa umat Melayu dan Islam di bumi Malaysia !

Dalam apa jua keadaan sekalipun , kita wajar melihat kembali kepada asas kita dan apakah natijahnya apabila satu-satu tindakan itu diambil.

Untuk rekod MMI pernah mengulas tentang isu yang hampir sama cuma dalam konteks yang lain iaitu politik.Kebimbangan yang MMI lahirkan itu bukan sengaja diada-adakan tetapi kerana memikirkan tentang kesannya kepada generasi , agama Islam dan bangsa kita Melayu.

Sedarlah bahawa terdapat dikalangan kita orang Melayu itu sendiri yang tidak lagi menganggap keterbatasan pergaulan dan hukum halal haram itu sebagai sesuatu yang WAJIB dipatuhi.Bersepah golongan ini melata diluar sana dan semakin hari mereka semakin bertambah.

Apa pun MMI percaya kepada hikmah ! Jika perlakuan atau tindakan itu tidak disertai dengan niat yang betul maka sudah pasti akan ada natijahnya.

Soalnya jalan mana kita pilih ?

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels