Followers

Monday 9 March 2015

GPMS Pulau Pinang Kesal Dengan Program Pegang Anjing !!

Satu program yang dinamakan ‘Be A Paw Walker’ telah diadakan di Penang Times Square yang memfokuskan penjagaan anjing sebagai haiwan peliharaan.

Menurut sumber program tersebut dianjurkan oleh sekumpulan pelajar Diploma dari Han Chiang College dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) ‘Save Our Strays.

Namun salah satu gambar menunjukkan seorang gadis muslim bertudung sedang memegang memeluk seekor anjing dan bergambar dengannya.

Sebelum ni dah berlaku di Kuala Lumpur , sekarang dah dibawa ke Pulau Pinang pula dah !

Tak ada ker pemantauan dari pihak-pihak yang berwajib di Pulau Pinang ? Malik Kasim dok buat apa ??

9 Mac 2015

KENYATAAN MEDIA

ISU GADIS BERGAMBAR MENDUKUNG ANJING - GPMS NEGERI PULAU PINANG SEDIH, KECEWA DAN KESAL

Assalamualaikum & Salam sejahtera

GPMS Negeri Pulau Pinang ingin melahirkan rasa sangat sedih, kecewa dan kesal terhadap tindakan seorang gadis mendukung anjing sempena program “Be A Paw Walker” yang dianjurkan di Penang Times Square baru-baru ini.

GPMS Negeri Pulau Pinang merasakan tindakan gadis ini sebenarnya adalah disebabkan terlalu ghairah dan terikut-ikut dengan tindakan gadis-gadis Islam ketika program “I Want To Touch A Dog” yang dianjurkan di Kuala Lumpur tahun lalu.

Gadis ini dilihat sengaja mahu mencetuskan rasa tidak senang dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam apabila membenarkan gambarnya diambil oleh orang ramai khususnya di kalangan bukan Islam. Kesannya, gambar tersebut telah menjadi viral dan tindakan gadis ini juga telah mengundang fitnah terhadap agama Islam dan telah mengaibkan ummat di negara ini.

Tidak keterlaluan jika GPMS Negeri Pulau Pinang mengesyakki terdapat pihak-pihak tertentu atau tangan-tangan tersembunyi di kalangan bukan Islam yang telah mempengaruhi gadis ini untuk melakukan aksi tersebut dalam usaha mereka untuk sengaja melakukan provokasi menghina Islam dan membangkitkan kemarahan di kalangan ummat Islam.

Justeru, GPMS Negeri Pulau Pinang berharap agar pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Plau Pinang untuk menyiasat kejadian ini dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas gadis yang tersebut supaya perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

GPMS Negeri Pulau Pinang juga ingin menasihati golongan belia Islam khususnya dan seluruh ummat Islam amnya agar berhati-hati dengan setiap tindakan yang dilakukan supaya tidak terjebak dengan perkara atau tindakan yang boleh menyusahkan diri kita atau memalukan serta menghina agama Islam. Sewajarnya kita menfaatkan masa lapang yang ada dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan yang boleh mendatangkan pahala daripada melakukan perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

Sekian, terima kasih.

AZDY BIN MOHD ARSHAD
Pengerusi Biro Agama
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Pulau Pinang

1 comment:

  1. Ni yang buat aku tak sabar2 menunggu Hudud diimplimentasi di Tanah air.

    Lagi cinapek nak tunjuk kurang ajar, lagi aku nak Undang2 Islam diperkenalkan!

    ReplyDelete

Labels