Followers

Monday 9 March 2015

Setelah ISA Kini DAP Mahu Seksyen 377B Pula Di Mansuhkan !!

Adalah menjadi satu malapetaka sekiranya rakyat Malaysia masih lagi tidak mampu untuk memahami rentak dan perjuangan DAP di bumi Malaysia.

Setelah mereka berjaya memukau sebahagian daripada orang-orang Melayu yang berjiwa besar tetapi cetek ilmu perjuangannya , DAP tidak lagi berlengah kerana mereka tahu inilah kesempatan terbaik untuk menyemai benih sama ratanya.

Benih ini jika tidak ditangani dengan baik bukan sahaja mampu menyebabkan negara huru hara tetapi turut mampu menyebabkan bangsa Melayu itu terus berpecah.Tidak keterlaluan jika MMI katakan benih itu kini bukan sahaja sudah tumbuh bagai cendawan tetapi sudah mekar menjadi sepohon pokok yang sudah mencengkam asas Melayu itu sendiri.

Lihatlah bagaimana lahirnya Melayu yang tidak lagi menganggap kesucian Islam sebagai sesuatu yang wajib di pertahankan.Mereka lebih rela bersekongkol dengan puak-puak Yahudi laknatullah ini waima dalam hal melibatkan agama Islam sendiri.

Isu tuntutan kalimah Allah dan pelbagai perkara lagi yang jelas merupakan cubaan untuk menjarakkan Melayu dengan ketuanannya sudah berlaku.

Kerana itu kita terus berpecah dan sampai satu ketikanya bila mana ada bau tentang perpaduan , mereka cepat-cepat melatah sehinggakan PAS sebelum ini pernah memecat Hasan Ali hanya disebabkan alasan bodoh.

Begitulah hebatnya penangan DAP dan gerak saraf mereka sejak ada Melayu yang menghulurkan tangan untuk bersahabat.

Kita juga sedar DAP adalah sebahagian daripada mereka-mereka diluar sana yang turut sama menyokong usaha dan desakan untuk memansuhkan ISA walaupun dalam masa yang sama mereka sendiri menganggap undang-undang lainnya sebagai satu mekanisma politik yang tidak harus di hormati.

Jika undang-undang itu terpakai atau memihak kepada agenda mereka maka undang-undang itu adalah yang terbaik tetapi perkara sebaliknya akan berlaku jika undang-undang itu menghukum mereka.Satu gerakan dan agenda yang sewajarnya dapat dilihat oleh orang-orang Melayu betapa mereka sering kali bersikap double standard.

Kini setelah menjalani proses perbicaraan selama hampir 7 tahun , Anwar dihumban ke penjara selepas didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari.Kemudian puak-puak pembangkang atau secara tepatnya PKR mula menggerakkan aksi-aksi jalanannya konon atas nama solidariti terhadap Anwar maka kesempatan ini dilihat oleh DAP sebagai peluang untuk mengaut keuntungan politik.

Maka bermulalah sekali lagi agenda penuh muslihat untuk menghasut rakyat agar sama-sama menjadi BARUA kepada kerakusan politik DAP dengan mendesak supaya Seksyen 377B di mansuhkan.

Apa itu seksyen 377B ? Seksyen itulah yang telah menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara selama 5 tahun kerana meliwat Saiful Bukhari.

Soalnya relevankah desakan itu dilakukan ? Untuk apa desakan itu dilakukan ? Apakah seksyen itu selama ini telah membebankan rakyat ?

Well kita jangan termakan dengan agenda putar belit ini sekali lagi kerana seksyen 377B tidak pernah menganiaya mana-mana rakyat sekalipun melainkan mereka benar-benar TERBUKTI melakukan kesalahan seperti mana yang telah Anwar lakukan terhadap Saiful Bukhari.

Baca ulasan AIDC kat SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels