Followers

Sunday 8 March 2015

Siapa PENYEBAR Buku Tentang Nabi ISA Di Pulau Pinang ??

Penduduk di lapan buah kampung di Balik Pulau, di sini, bimbang dengan kemunculan sekumpulan individu yang mengedarkan buku bercanggah dengan ajaran Islam di kawasan mereka.

Kumpulan itu dipercayai muncul kira-kira 30 minit sebelum azan subuh untuk mengedar buku bertajuk Al-Masih Ringkasan Kisah Nyata Nabi Isa bagi mengelakkan dikesan penduduk kampung.

Buku dalam bahasa Indonesia setebal 30 muka surat itu dipercayai dibawa masuk secara haram ke negara ini kerana tidak mempunyai pengesahan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP), Kampung Sungai Pinang, Mohd. Yusof Salam, 55, berkata, mereka berasa pelik kerana ahli Rukun Tertangga yang berkawal dari pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi tidak terserempak dengan kumpulan berkenaan.

“Selepas ini kami mungkin akan menukar waktu berjaga bagi memastikan mereka tidak terus mengedar buku berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Penduduk Kampung Jalan Baru, Hasma Yahya, 55, berkata, penyebaran buku itu dibimbangkan boleh memesong akidah disebabkan kandungannya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Katanya, individu terlibat perlu berhenti berbuat demikian dan tidak mengganggu serta menggugat ketenangan penduduk kampung.

“Mengapa sasarkan kampung kami yang majoriti penduduknya beragama Islam. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, Hisham Abd. Hamid berkata, kegiatan berkenaan dikesan berlaku di Kampung Titi Teras, kelmarin sebelum merebak ke kampung lain dalam lingkungan 10 kilometer dari situ.

Katanya, penduduk terkejut apabila mendapati buku berkenaan diletakkan di hadapan jalan masuk ke rumah mereka kira- kira pukul 7 pagi.

Menurutnya, setakat ini pihaknya telah menerima lebih 50 naskhah buku itu dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Setelah diteliti, memang terdapat beberapa fakta yang bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya melibatkan Nabi Isa. Sehubungan itu, kami bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat tujuh laporan polis dan berharap tindakan segera diambil,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Shah Headan Ayoob Shah Hussain Shah berkata, beliau kesal dengan kejadian itu kerana perbuatan berkenaan jelas mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, penganut agama lain tidak boleh menyebarkan fahaman agama mereka kepada umat Islam di negara ini.

“Sehubungan itu, saya berharap pihak berkuasa dapat bertindak dan laporan juga akan dibuat kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 298 A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan keresahan agama. sumber utusan

Persoalannya siapa mereka ????

MMI

1 comment:

  1. Kalau HINA ISLAM di Pakistan & Arab Dah lama kena.......

    Di Malaysia ok....?


    Oooi..... Apa ni...?

    ReplyDelete

Labels