Followers

Thursday 12 March 2015

Siapa Yang Tuduh Nik Abduh AGEN UMNO ??

Nik Abduh adalah seorang pemimpin muda dalam parti PAS yang kini dilihat punya pengikut tersendiri.Mungkin juga kerana beliau merupakan anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz maka secara tidak langsung kedudukannya dalam parti dirasai.

Tidak dinafikan seluruh pimpinan PAS sebelum ini khususnya di waktu mereka mula mengikat tali pertunangan dengan Pakatan Haprak , kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan gilang gemilang sudah terlalu jauh tersasar.

Gelora dalam jiwa dan keyakinan yang mungkin lebih kepada cuba untuk yakin itu pada mulanya dilihat sebagai satu ikatan yang mampu merebahkan UMNO dan Barisan Nasional jika tidak ditangani dengan baik.

Secara jujurnya pada ketika itu suasananya cukup getir sekali , gerakan dari kedua-dua parti BN dan PR boleh dikatakan sama hebat dengan jentera dan isu-isu masing-masing.

Namun semuanya ada hikmah , di waktu Pakatan Haprak mula berkokok ke seluruh pelusuk dunia bahawa PRU13 BN akan tumbang , keputusan akhir memperlihatkan BN mengekalkan kemenangan seterusnya menubuhkan kerajaan.

Bertitik tolak dari sinilah , suasana dalam kem Pakatan Haprak sedikit demi sedikit mula berubah.Hubungan yang dulunya ditatang bagai minyak yang penuh , mula goncang ! Ada satu pihak dilihat cuba menjadi JAGUH dan ada satu pihak lagi mahu menjadi HERO sehingga PAS akhirnya tersepit di tengah-tengah menjadi PENCACAI kepada DAP dan PKR.

Kerana tersepit itulah maka wujudnya lompang dan lubang seterusnya menyebabkan  tembok yang menjadi pertahanan parti itu lumpuh.Kemasukan atau kebanjiran parasit-parasit mula bercambah dalam parti itu sehingga munculnya puak erdogan , anwarinas yang kemudiannya berjaya pula membentuk ikatan yang kini dipanggil PASMA.Mereka terus melata dan merangkak dalam saf-saf pimpinan parti itu di semua peringkat sehingga kita sendiri dapat melihat dengan jelas parasit-parasit tersebut.

Paling ketara kemenangan Mat Sabun sebagai Timbalan Presiden ! Siapa Mat Sabun ? Ulama ? Dan lihatlah bagaimana beliau mencorak serta menyusun gerakan dari dalam ! Hakikatnya inilah BUKTI dan penyebab awalan kepada segala kemelut yang kini sedang berlaku dalam parti PAS !

Kita juga tahu walaupun kedudukan parti PAS sedikit goyang , masih ada pimpinan-pimpinan mereka yang masih bertekad dan mempertahankan asas pendirian parti itu agar tidak terus dilacurkan oleh sebahagian besar daripada mereka yang kini mungkin sudah terlalu obses dengan kedudukan dan kuasa politik.

Kumpulan ini mula lantang atau secara sinis mula mengkritik rakan parti sendiri mahupun sekutu mereka dalam Pakatan Haprak apabila timbul isu-isu tertentu yang punya kaitan.Kehadiran dan sikap ego sebahagian besar pimpinan PAS yang kini terlibat secara langsung dalam PASMA telah menyebabkan kumpulan pro kepada ulama tidak lagi mahu berdiam diri.

Salah seorang daripadanya adalah Nik Abduh , kenyataan dan pendiriannya akhir-akhir ini agak sinis dan tajam sehinggakan beliau pernah menyebut bahawa ada BARUA dalam parti PAS itu sendiri.

MENARIKNYA kerana tindakan dan kenyataan sebegitulah maka hari ini Nik Abduh tiba-tiba dilabel pula sebagai AGEN UMNO !

Apa kena mengena dengan UMNO pula ? Ini soal parti PAS , kenyataan daripada pemimpin PAS yang melihat kerosakan demi kerosakan yang sedang berlaku dalam parti itu disebabkan oleh ahli parti sendiri.

Bagi yang faham pastinya sudah dapat mengagak bahawa tindakan ini adalah satu tindakan terancang yang disengajakan oleh pihak yang selama ini merancang dari dalam.Barangkali mereka bimbang kerana tindak tanduk Nik Abduh dengan sokongan daripada pimpinan ulama hari ini dilihat lebih mirip kepada perpaduan.

Kebimbangan itu ditambah pula dengan desakan daripada DAP dan PKR yang begitu gusar sekiranya PAS mengambil keputusan untuk bersama UMNO mahupun bertindak meninggalkan Pakatan Haprak dan berjuang sebagai parti tunggal yang memungkinkan parti itu mengamalkan polisi mesra kerajaan.

Inilah perkara yang tidak mahu dilihat oleh DAP dan PKR daripada berlaku !

Kerana itu imej Nik Abduh perlu diburukkan apatah lagi sudah ada suara-suara di luar sana yang mula menyebut bahawa Nik Abduh punya potensi untuk diangkat sebagai Naib Presiden atau mungkin menggugat kedudukan Mat Sabun.

Maka tidak timbul soal keterlibatan UMNO dalam apa yang sedang berlaku pada ketika ini dalam parti PAS melainkan ia sengaja dilakukan untuk mengaitkan UMNO agar timbul rasa benci dikalangan ahli kononnya UMNO lah penyebab kekusutan yang berlaku dalam parti mereka.

Akhir kalam siapa sebenarnya yang menuduh Nik Abduh agen UMNO ?

UMNO atau PASMA ... Fikir sendiri ...

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels