Followers

Friday 6 March 2015

TERDESAK Sanggup PALSUKAN Surat Pekeliling !!


Nampaknya ada pihak begitu terdesak untuk memastikan demo di sekitar Sogo dan Dataran Merdeka yang dirancang pada esok hari dilihat berjaya.Surat pekeliling yang kononnya di keluarkan oleh Ibu Pejabat parti PAS itu turut menggunakan nama Hadi Awang selaku Presiden parti menyeru seluruh pimpinan dan ahli-ahli PAS untuk turut sama hadir berhimpun bagi menyatakan solidariti kepada KETUM yang kini sedang berehat di bilik rawatan Penjara Sungai Buloh kononnya sedang sakit !

Pekeliling yang mula disebarkan sejak pagi tadi itu kemudiannya disahkan sebagai PALSU kerana Presiden PAS Hadi Awang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar ataupun sebarang hebahan melalui Whatsapp dan facebook.Perkara ini disahkan sendiri oleh Setiausaha akhbar beliau, Ahmad Shamsuri Mukhtar.

Kita tahu bahawa tiap kali demo anjuran Pakatan Haprak , ahli-ahli PAS lah yang paling ramai turun memberikan sokongan.Malahan tanpa kehadiran PAS , demo itu akan lompang disana sini seterusnya memalukan pihak penganjur.

Namun sejak akhir-akhir ini PAS dilihat sedikit berubah ! Perubahan yang mungkin hadir akibat daripada tindakan sekutunya yang langsung tidak pernah menghormati pendirian dan prinsip parti itu dalam banyak perkara.

PAS juga sedar sudah lama ahli-ahlinya dimacaikan oleh DAP dan dipergunakan oleh PKR bagi menghalalkan cara mereka.

Selain dari itu tindakan sekutu mereka yang begitu obses menyokong penubuhan PASMA dilihat antara alasan kenapa PAS mengambil pendirian berbeza.

Besok demo atas nama melawan pihak berkuasa dan melawan undang-undang negara akan mengambil tempat.

Pertamanya MMI rasa adalah wajar sama sekali pihak berkuasa segera bertindak dengan menangkap penganjurnya kerana mereka jelas mengaku sebagai penentang !

Keduanya PAS tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk ahlinya turun berdemo seterusnya membuktikan parti itu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.Oleh yang demikian , sekiranya ada dikalangan mana-mana ahli dan pimpinan PAS hadir maka jelas mereka itu adalah ahli PAS yang selama ini bermain wayang dalam parti tersebut.

Percayalah mereka itu adalah PASMA !!!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels