Followers

Monday 9 March 2015

TPM Bercanggah Pendapat Dengan PM Dalam Isu 1MDB ??

Ada rumors kini sedang bertiup kencang kononnya hubungan YAB Perdana Menteri dengan YAB Timbalan Perdana Menteri agak dingin.

Kedinginan hubungan itu kononnya disebabkan terdapat perbezaan kenyataan diantara kedua-duanya dalam isu 1MDB.

Selain dari itu ada lagilah beberapa cakap-cakap di luar sana yang cuba mengaitkan kedua-dua belah pihak hanya berdasarkan ketidakhadiran salah seorang daripada mereka dalam satu-satu majlis mahupun program.

Soalnya sejauh mana kebenaran cakap-cakap ini dan apakah motif disebalik cakap-cakap tersebut ?

Sebagai seorang Perdana Menteri sudah semestinyalah Datuk Seri Najib Tun Razak memerlukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai orang paling kanan beliau , apatah lagi kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri maka pastilah kerjasama itu bukan sekadar keperluan tetapi menjadi kemestian kerana apa jua keputusan yang diputuskan ianya wajar dipersetujui oleh kedua-dua pimpinan utama negara kita.

Sejak kedua-duanya bergandingan memacu negara dan menghadapi pelbagai rintangan sama ada dari sudut politik mahupun kerajaan , mereka telah berjaya membawa Malaysia sampai ke tahap ini.Dan tidak keterluan juga kalau kita katakan gandingan inilah yang paling baik atau menyamai gandingan-gandingan pimpinan negara sebelum ini semenjak Tun Mahathir.

Bukan bermaksud mahu memperlekehkan gandingan sebelum ini tetapi secara realitinya , dunia dan keadaan politik serta perkembangan teknologi maklumat yang berkembang pesat pada hari ini benar-benar memberikan tekanan serta cabaran yang cukup hebat buat kedua-dua pemimpin ini jika dibandingkan dengan mereka-mereka sebelumnya.

Dengan cabaran demi cabaran yang dilalui rasanya kedua-dua pemimpin ini tidak punya masalah untuk terus memimpin negara dan rakyat menghadapi cabaran sama ada diperingkat negara mahupun dunia.

Berbalik kepada isu 1MDB , apakah benar kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bercanggah dengan kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak seperti mana yang sedang diwar-warkan diluar sana ?

Persoalan ini sebenarnya telah dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri apabila beliau segera menangkis cubaan portal pro pembangkang yang cuba memutar belit kenyataannya seolah-olah beliau bercanggah dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini merujuk kepada kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu yang turut memberi beberapa pandangan mengenainya ekoran keputusan kabinet yang dapati tiada salahlaku dalam 1MDB.

"Saya tidak fikir begitu, jika anda baca betul-betul dan memahami apa yang saya tulis dalam kenyataan saya, saya rasa ia adalah kenyataan yang adil.

"Ia adalah keputusan yang adil. Ia bukan bercanggah dengan apa yang diumumkan Perdana Menteri," katanya kepada wartawan selepas pertemuan tertutup dengan Wanita UMNO Bahagian Pagoh di Kompleks Seri Pekembar, di Muar pada Sabtu.

Menurut Muhyiddin dalam kenyataan itu beliau bukan hanya menyuarakan apa yang dibincangkan oleh Kabinet membabitkan isu itu, malah lebih jauh daripada itu.Timbalan Perdana Menteri berkata keputusan kerajaan untuk mengesahkan akaun 1MDB oleh Ketua Audit Negara adalah keputusan yang adil' dan mengambil kira kepentingan umum.

Selepas mesyuarat kabinet Rabu lalu Perdana Menteri arah mahukan Ketua Audit Negara membuat pengesahan ke atas akaun syarikat itu. Najib juga berkata laporan AG itu kelak akan diserahkan kepada PAC untuk ketelusan.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata Ketua Audit Negara perlu diberikan sumber yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka dengan berkesan.Selain itu, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang akan turut terbabit dalam isu itu juga selari dengan keputusan Kabinet, katanya.

Muhyiddin turut mengingatkan pengurusan 1MDB supaya memastikan setiap perancangan mereka tidak meletakkan kerajaan dalam 'kedudukan yang sukar'.

"Saya ingatkan bahawa 'tidak ada usaha menyelamat' kerana saya yakin rakyat Malaysia mahukan jaminan itu," katanya.

Dalam kenyataannya Muhyiddin berkata dana awam tidak harus digunakan untuk menyelamat 1MDB, dan menambah bahawa lembaga pengarah mesti bertanggungjawab terhadap salah laku yang dikesan.seterusnya 

Secara ringkasnya tidak ada isu pun , adalah menjadi perkara biasa bagi seorang Timbalan Perdana Menteri untuk sama-sama memastikan tiap isu yang dibangkitkan dapat diselesaikan dengan baik dan dalam isu ini (1MDB) beliau secara terang-terangan telah menyatakan bahawa setiap perancangan 1MDB perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan kerana tidak mahu sebarang kesilapan yang boleh menyebabkan kedudukan kerajaan terjejas.

Dan kita sendiri dapat melihat bagaimana tindakan secara telus telah pun diambil oleh Perdana Menteri sendiri yang telah mengarahkan supaya Ketua Audit Negara membuat pengesahan ke atas akaun syarikat 1MDB.

So apa lagi yang dimahukan oleh segelintir mereka-mereka di luar sana ?

Dengan pelbagai tohmahan , tuduhan dan persepsi terhadap 1MDB yang dibangkitkan rasanya tindakan kedua-dua pemimpin itu WAJAR disokong !

MMI

1 comment:

  1. Dah didedahkan dulu antara strategi pembangkang ialah melaga-lagakan PM dgn TPM.

    ReplyDelete

Labels