Followers

Saturday 4 April 2015

Tidak Ada Siapa Pun Yang LAYAK MEMIMPIN Malaysia Melainkan Tun Mahathir !!!

Pastinya ramai yang dah sedia maklum bahawa Tun Mahathir hari ini sudah pun menyatakan pendiriannya untuk terus bersuara setelah beberapa tahun menggunakan silent mode.

Kenapa MMI sebut silent mode , sebab walaupun Tun Mahathir kata selama ini beliau banyak berdiam diri daripada bersuara hakikatnya tidak begitu.Tun Mahathir tetap Tun Mahathir beliau sebenarnya tidak senyap tetapi terus bersuara sama ada melalui kata-kata mahupun penulisannya di blog CheDet.

Malah hari ini jauh lebih lantang apabila menyatakan dengan jelas YAB Perdana Menteri kita Datuk Sari Mohd Najib Tun Razak perlu meletak jawatan kerana telah merosakkan UMNO dan negara.

Satu tuduhan yang cukup serius daripada Tun Mahathir kepada YAB Perdana Menteri Malaysia !

Banyak juga yang disuarakannya termasuklah perihal Abdullah Ahmad Badawi , bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah meletakkan jawatannya secara terhormat setelah diperburukkan oleh Tun Mahathir sendiri di pentas-pentas pembangkang satu ketika dulu.

Kini Tun Mahathir menyebut pula kepimpinan Najib jauh lebih teruk dari Abdulllah sehingga UMNO amat-amat perlu diselamatkan.

Isu tentang korup , hukum hudud, kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu , 1MDB dan hubungan antara kaum menjadi antara agenda Tun Mahathir hari ini untuk terus mendesak dan mengasak kerajaan pimpinan Najib.

Dan semahunya Tun Mahathir mahu melihat Najib juga turut melakukan perkara yang sama seperti mana Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Dari pengamatan MMI , apa yang sedang berlaku ini sebenarnya sudah menjawab segala persoalan yang sedang bermain di benak fikiran rakyat mahupun ahli UMNO sendiri yang masih punya rasa hormat terhadap Tun Mahathir memandangkan beliau punya banyak jasa kepada negara SETELAH MEMIMPIN MALAYSIA SELAMA 22 TAHUN !

MMI akui keupayaan dan kemampuan Tun Mahathir memang hebat jika dibandingkan dengan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang memimpin Malaysia selama 5 tahun 8 bulan (lebih kurang) sebelum di minta meletakkan jawatan dan Najib yang baru masuk 6 tahun semenjak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah pada tarikh 3 April 2009 yang lalu.

Secara peribadi adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya tempoh masa itu diambil kira untuk kita terus menyatakan kepimpinan Tun Mahathir adalah yang terhebat dalam semua kepimpinan negara yang lain.

Bukan menghina tetapi tindakan Tun Mahathir yang semakin out spoken sehingga mencemarkan imej sendiri cukup menyedihkan.Sebagai bekas Perdana Menteri yang dilihat banyak pengalaman tindakannya mengheret isu Altantuya amat memualkan.

Sedarkah Tun bahawa isu terbabit sudah pun diadili di mahkamah mengikut proses undang-undang negara ! Malah barisan hakim sudah pun membuat keputusan dan telah pun menjatuhkan hukuman terhadap pesalah terbabit.Apa lagi yang Tun mahukan ? Persoalan tentang siapa arahkan Sirul supaya membunuh Altantuya ?

Hairan bin ajaib takkanlah manusia seperti Tun Mahathir boleh terlepas pandang dalam hal sebegini sedangkan laporan daripada pihak akhbar dan media termasuk media pembangkang sudah pun melaporkannya sebelum ini tanpa sebarang sekatan dan halangan.

Ini persoalan undang-undang yang sudah lama didebatkan. 

Kenapa menyerang Najib sedangkan Tun Mahathir seharusnya meminta supaya peguam negara yang menjawab persoalan tersebut ?  Baca SINI 

Persoalan tentang korup pula , apakah Tun Mahathir punya bukti atau apa-apa sahaja perkara berkaitan yang boleh digunakan sebagai bukti untuk membuat laporan kepada pihak berwajib agar ianya dapat diselesaikan ?

Bukan bermaksud Malaysia ini bebas korup tetapi perlakuan korup itu rasanya berlaku melibatkan individu tanpa mengira kedudukan dan bangsa.Dan bukankah kerajaan dibawah pentadbiran Najib sudah pun menggerakkan gerak kerja dan memberikan kebebasan kepada SPRM untuk bertindak ?

Apa lagi yang Tun Mahathir mahu ? Najib salah ? Tun tolong buat laporan polis atau laporan kepada pihak-pihak yang berwajib supaya siasatan dapat dijalankan !

1MDB ! Come on Tun Mahathir ... Kabinet sudah pun memutuskan agar siasatan dijalankan termasuklah respon daripada pihak PDRM untuk turut sama membantu.Tunggulah laporan siasatan tersebut ! 

Selebihnya tentang hubungan antara kaum , hudud dan sebagainya MMI rasa Tun Mahathir sendiri pun secara zahirnya amat memahami tentang perkara ini.

Tun Mahathir bukan orang biasa , Tun Mahathir seorang negarawan dan dikenali sebagai seorang yang cintakan kepada dunia ilmu.Keterlibatan Tun dalam dunia politik juga tidak pernah sunyi daripada pelbagai kontroversi sehingga Tun sendiri pernah di pecat daripada parti.Tak cukup dengan itu pernah pula meninggalkan parti !!!

So apa agenda Tun Mahathir sebenarnya ???

Kalau Tun benar sayangkan parti dan negara ini bukan caranya ! Sudah-sudahlah mencemarkan imej sendiri jangan terlalu EGO !

Mukhriz terkebil-kebil di Kedah sebagai Menteri Besar , Adalah lebih baik Tun Mahathir bantu dan berikan buah fikiran atau kritik pentadbiran Mukhriz di Kedah supaya menjadi lebih hebat daripada sebelum ini.

Sejarah sudah tercatat Tun Mahathir bukanlah seorang pejuang hebat sebenarnya , MAAF cakap sebab kesetiaan Tun Mahathir kepada parti tidak seperti mana ahli UMNO yang lain.Tun bertindak keluar parti dan berdiri di pentas pembangkang semata-mata kerana tidak berpuas hati kepada Abdullah sebagai Perdana Menteri yang Tun sendiri pilih !!!!

Itu PENGKIANAT namanya !!!!

Malah tindak tanduk Tun akhir-akhir ini telah membuktikan apa yang terpendam dalam hati MMI selama ini terhadap sikap dan pendirian Tun Mahathir adalah benar bahawa TIDAK ADA SIAPA PUN YANG LAYAK MEMIMPIN MALAYSIA MELAINKAN TUN MAHATHIR !!!

Sudah-sudahlah Tun !!

MMI

19 comments:

  1. bila masa Tun Mahathir berdiri di atas pentas pembangkang pada zaman Pak Lah? Mohon penjelasan.

    ReplyDelete
  2. Mungkin TDM ni telah di hasut oleh kroni-kroninya yang rasa tak selesa dengan PM skg ni. Kroni-kroni TDM hendak pprojekk menggunakan pengaruh TDM. Jadi bila kurang dpt perhatian dari PM, mereka mula lah hasut Tdm utk jatuhkan PM. Isu-isu yg dibangkitkan adalah isu-isu yg pembangkang bawak.
    Kalau Tdm ada bukti PM buat penyelewengan atau apa-apa yg menyalahi undang-undang buat la laporan kpd sprm atau polis utk disiasat dan diadili.
    Tdm tidak perlu nyanyi lagu yg sama dengan pembangkang. Sedarlah Tdm anaknya MB Kedah....

    ReplyDelete
  3. Kenaper Mukhriz mahathir kaya raya dgn OPCom- syarikat yg diberi keutamaan dlm fibre optik di malaysia?

    Macam mana Mokhzaji boleh jadi Billionaire?

    Mirzan - tokey wesport/petron?

    Anak pukimak mana yg tersebut di atas itu?

    ReplyDelete
  4. Itu sesuatu yang benar, satus tandard yang telah diletakkan, malah sebelum dia bersara pun sudah ada suara kebimbanan tentang keterbolehan pengganti untuk laju sepertinya.

    Dan janganlah itu dijadikan bahan sindiran sekadar pemimpin yang kita agung dikritik hebat oleh Mahathir. Sehebat manapun Mahathir kalau apa yang diperkatakannya tidak ada nilai, tidak akan ada sesiapa yang akan mengangkat dan menilainya.

    Tidak bimbang juga kalau pengganti Mahathir bukan sehebat Mahathir tetapi yang dipertikaikan tentang kelemahan mereka yang ketara, cuai, salah tadbir hingga boleh menjahanamkan negara.

    Bukan sekadar integriti PM, pemimpin politik, kini menjjalar pula kepada integirti mahkamah dan polis - kepada siapa lagi rakyat ingin meletakkan kepercayaan (?)

    ReplyDelete
  5. A VERY NICE BLOG ENTRY!

    ReplyDelete
  6. Siapa yang melemahkan Umno sebenar nya?.Tun M dengan KRITIKAN nya atau Najib dengan PERBUATAN nya?.

    1MDB ciptaan siapa?. Tun atau Najib?

    Siapa yang mansuhkan Akta ISA? Tun atau Najib?

    Siapa yang berjanji kepada pembangkang untuk memansuhkan Akta Hasutan sehingga di tentang oleh akar umbi Umno?. Tun atau DSN?

    Siapa yang gubal Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membenarkan pembangkang bermaharajalela di jalanraya? Tun atau DSN?

    Siapa yang ganti DEB dengan konsep 1Malaysia sehingga orang Melayu semakin terpinggir di negara sendiri?. Tun atau DSN?

    Siapa yang menandatangani Penyelesaian 10 Perkara pada tahun 2011 yang membenarkan pengedaran bible berbahasa Melayu dan pengunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di Malaysia? Tun atau DSN?.

    Anak siapa yang berbelanja RM600 juta utk beli rumah dan buat filem di Hollywood yang memberi persepsi buruk kepada Umno dan pemimpin nya?. Tun atau DSN?

    Isteri siapa yang bawak jet kerajaan pusing satu dunia? Tun atau DSN?.

    Isteri siapa yang dengan bangga mengaku berbelanja RM1200 setiap kali cat rambut di kala rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang melangit? Tun atau DSN?

    Di zaman siapa ada 5 musibah besar dalam masa satu tahun? Tun atau DSN?

    ReplyDelete
  7. Bukan sahaja mahathir yg menyoal, berjuta2 rakyat Malaysia masih belum yakin dgn Najib.

    Terutamanya kes Altantuya..Soalan Tun ialah soalan Majority Rakyat Malaysia yg telah menolak Najib pada 2013

    Diam / tak kukuh hujah -bagi masyarakat moden tanda bersalah.

    Jgn main2. 47 undi akan menurun lagi kerana gst.
    pergi atm pun kena gst.

    ReplyDelete
  8. Betul tu, tak perlulah DS Najib meletakkan jawantan. Siapa pun jadi PM tak akan baik di mata Tun M. Nak sangat tahu pasal Altantuya join her....

    ReplyDelete
  9. Puihhhhhhhhhh....!!!!

    ReplyDelete
  10. Tun M sudah lupa

    ReplyDelete
  11. Diusia Tun skrang tak payahlh sngt dia memandang duniawi mencatur itu ini..percayalah kepada khodak dn khadar.dizaman pemerintahan Tun sejarah hitam terpahat iaitu peristiwa memali dn kinapabila telah mula timbul bibit2 walaupun tdak bersatu kedua parti melayu tapi ada usaha kearah itu tpi Tun telah mula terasa bahangnya.jika Najib dpt bertahan sehingga pru ke 14 tk mustahil Tun akan menjadi sahabat nuor brahim..polik semakin kotor.

    ReplyDelete
  12. Bagi TM tak ada orang lain yg betul melainkan hanya dia.Sikap Kepala Taiknya akan di bawanya sampai ke mati.Zaman dia hakim korek,korek pun betul tapi bila masa orang lain hakim yg tak korek,korek lagi masih salah bila buat keputusan menghukum Sirul.Masa dia semua IPP beri pada kroni betul ,tapi bila masa orang lain syarikat kerajaan seperti 1MDB ambil alih IPP dari kroni di kira tak betul.Anak dia kaya raya betul,tapi bila anak orang lain kaya keran duit modal entah datang dari mana.Masa dia beri projek mega pada kroni betul,tapi bila orang lain beri BR1m pada rakayat berpendapatan rendah tak berul piula.Siapa nak hurmat di hurmatlah,bagi aku,aku dah tak respek orang tua ni.

    ReplyDelete
  13. Dulu tengah jadi PM letak jawatan nangis2 tak tahan pressure Anwar dan pembangkang. Tetapi.... Kalau Che Det nak memerintah jadi PM balik semula, ok jer. Masuk bertanding pada PRU 14. Masa tu nak letak duit kat Cayman Island, nak gulung 1MDB, nak naik Twin Fokker instead of govt private jet, nak batal GST, etc...... buat lah.... Tapi buat masa ni jangan kondem kerajaan dan pemimpin yang menang dipilih rakyat. Kami cinta Negara Malaysia (Rakyat Hakim Negara).

    ReplyDelete
  14. Ujung usia jgn jadi mcm Tunku di tolak kerusi roda kesana kemari oleh pembangkang dlm berkempen.

    ReplyDelete
  15. Cuba dgn professional menjawab. Rakyat masih belum boleh terima, cara DSN ni.
    Mengutuk Mahathir bukan cara menjawab tuduhan.
    Dgn mengutuk Dr M, ia menunjukkan PM mahu lari dari menjawab. @ macam orang salah.

    ReplyDelete
  16. TDM sebenarnya teringin jadi PM semula,Ataupun dia nak letak anak nya jadi PM kot ,

    ReplyDelete
  17. Che Det nak jadi Senior Advisor to Cabinet macam Lee Kwan Yew boleh arah PM and government. Tak payah bertanding tapi kuasa lebih besar dari PM dan kabinet. Kat Malaysia.... kita ada sistem macam Singapore tak? Kalau ada, bagi jer kat dia. Kita tengok PRU 14 boleh menang tak?

    ReplyDelete

Labels