Followers

Friday 3 April 2015

TOP UP Isu Kenaikan Harga Sepatutnya Tidak Terjadi @ahmadmaslan


Isu tentang caj GST terhadap setiap pembelian kad pra bayar atau top up antara yang menjadi isu panas sejak GST diperkenalkan.Jika dikira pada peringkat permulaannya tidak akan ada sebarang kenaikan harga bagi setiap pembelian top up memandangkan cukai yang selama ini di bayar oleh pengguna juga adalah menyamai dengan cukai melalui pengenalan GST sebanyak 6%.

Jadi tidak timbul isu sebenarnya kerana harga top up bagi pembelian RM10 akan tetap kekal RM10.Namun hasil daripada perlaksanaan GST yang bermula pada 1 April 2015 baru-baru ini , sedikit kekeliruan di kalangan peniaga dan pihak syarikat Telco mula timbul dan ianya menjadi rungutan banyak pihak.

Kemudian timbul pula isu bahawa beberapa syarikat Telco mahu mengenakan caj 6% terhadap setiap pembelian top up yang akan menyebabkan pembelian bagi top up bernilai RM10 (sebagai contoh) akan bertambah menjadi RM10.60 dan syarikat Telco terbabit bersetuju untuk menambah nilai air time dan sms bagi setiap pembelian tersebut.

Walaupun tawaran sedemikian dibuat oleh syarikat Telco terbabit , rata-rata pengguna jelas tidak senang dan menolak tawaran sedemikian dan mahukan supaya harga bagi setiap top up kekal seperti mana sebelum pelaksanaan GST.

Justeru itu , Datuk Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan 1 telah mengarahkan supaya pihak KASTAM segera bertindak.

Berikut merupakan kenyataan beliau terhadap reaksi orang ramai atau pengguna berkaitan isu top up ..

Hasil perbicangan Kastam dengan syarikat Telco Celcom, Digi, Maxis dan Umobile, mereka setuju untuk beri tambahan 6% nilai airtime dan sms tetapi harga kekal pada RM10.60.

Walaubagaimanapun, Timbalan Menteri Kewangan 1 telah mengarahkan Kastam untuk berbincang lagi dengan syarikat Telco supaya satu keputusan yang dimahukan pengguna dapat dicapai. Pengguna masih tidak mahu sebarang kenaikan harga berlaku.

Syarikat telco harus buat penilaian samada pengguna mereka lebih suka tambah nilai airtime atau kurangkan harga. Syarikat telco juga harus memberikan bukti kepada pengguna bahawa nilai airtime dan sms mereka betul-betul ditambah.

Topup memang dikenakan GST, tetapi sebelum ini topup memang sudah ada Cukai Perkhidmatan 6%. Maka GST akan menggantikan cukai tersebut. Jadi isu kenaikan harga sepatutnya tidak terjadi.

Dalam masa yang sama melalui sedikit pencarian maklumat berkaitan isu top up ini , MMI melihat bahawa rakyat mahu supaya kerajaan kekal dengan keputusan sebelum ini iaitu tidak akan berlaku kenaikan harga bagi setiap pembelian top up.

Malah syarikat Telco juga sebenarnya sudah pun dimaklumkan oleh SKMM sebelum ini supaya tidak berlaku sebarang perubahan harga bagi setiap pembelian top up.


Persoalannya kini kenapa syarikat Telco terbabit masih mahu mengenakan GST ? Disini MMI melihat seolah-olah syarikat terbabit cuba untuk mengambil kesempatan diatas pengenalan GST.

Kepada pihak kerajaan , MMI yakin rakyat mahu melihat ketegasan dalam membuat keputusan dan mempertahankan keputusan sebelum ini kerana jelas syarikat Telco tidak punya asas untuk membuat sebarang penambahan harga bagi setiap pembelian top up.

Walau apa tawaran sekalipun ianya akan tetap dianggap sebagai tidak masuk akal kerana rata-rata pengguna hari ini kurang menggunakan SMS atau lebihan air time memandangkan mereka lebih banyak menggunakan kemudahan internet melalui aplikasi whatsapp , whechat , telegram dan lain-lain.

Untuk rekod isu top up ini sudah pun mendapat perhatian serius daripada pihak kerajaan dan seperti mana arahan Datuk Ahmad Maslan supaya pihak KASTAM mengadakan perbincangan lagi dengan syarikat Telco terbabit , MMI yakin satu keputusan terbaik akan diumumkan selepas ini.

Secara peribadi tuntutan pengguna terhadap isu top up ini ada asasnya.

MMI

8 comments:

  1. Isu topup yg paling kecil pun menteri & kementerian bercelaru@kalut....ini menunjuk gomen belum bersedia laksanakan GST ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah .. kuasa berbelanja di tangan kita. Kurangkan je top up...klau dulu rm50 kita topup sebulan ...lepas ni kawal lah turunkan kpd rm40 sebulan. Anak2 kita pon perhabis topup kat benda2 tak berfaedah... buang masa dgn drama2 di u tube dan mcm2 lagi

    ReplyDelete
  3. Ahmad Maslan tak layak jadi menteri....

    Jadi pensyarah bolehlah bangga cgpa 3.8 kat student, hafal, teori ajer dia tahu, praktikal hampehh...

    letak jawatanlah jadi pensyarah....

    ReplyDelete
  4. kerajaan tiada kuasa pendesakkah? adakah syarikat telco lebih berkuasa dengan menjual harga lebih tinggi sebanyak 6% walaupun dengan lebihan airtime dan sms? kerajaan yang digemari rakyat ialah kerajaan yang tegas dan bercakap bagi pihak rakyat, bukan syarikat yang mencekik darah rakyat. kalau sebelum gst bercakap A, selepas dilaksanakan gst jangan memandai ubah menjadi B atau C. rakyat meluat dan akan anggap menteri itu bodoh dan penakut, cakap aje lebih sampai berbuih-buih.

    ReplyDelete
  5. Semalam aku Top-Up TmGo tak de GST pun, takkan TM boleh serap GST lTelco ain tak boleh.

    ReplyDelete
  6. YES4G ok je tak ada tambahan ..

    ReplyDelete
  7. Ape pulak topup TMgo xde GST? Cuba tengok, memang xde GST tapi kuota dikurangkan 6%. Sama jugakla tu macam GST 6%. Slalu topup RM50 dapat 6GB + 1GB bonus. Skrg dapat 5.66GB + 1GB bonus je. Cekik darah semua..nak kasi rakyat duduk macam zaman dlu xde internet. Last2 negara mundur.

    ReplyDelete
  8. Bak kata shaberry chik dalam wawancara suara rakyat,sabar la dan terima lah saja,kami akan pasti kan di bawa ke parlimen tapi tak tahu bila!! Sedih kan,boleh ke selesai sehari dua lagi? ,makin lama makin panas rakyat menteri ooi,rakyat perhati je dan rakam setiap detik kata kata mu itu,ko sendiri pon kata zaman IT,mana korang korang menteri semua nak lari kalu isu cam ni pon tak selesai,kami ni hari hari bayar cukai anak kecik pegi kedai beli keperluan dia pon kena cukai,sampai nenek kami pon kena cukai,apa pembangkang cakap ada kebenarannye,apa yang tun mahathir risau pun dah jugak berlaku,apa yang pendakwah pendakwah bebas dah cakap sebelum ni dah berlaku,apa nak jadi la sekarang ni gaji kecik cukai banyak pulak tu, macam macam cukai semua kena kat rakyat,aku bukan nak hasut sapa sapa tapi pikir la sendiri kerajaan dok tindas kita hari hari,kita pulak gaduh sama sendiri lagi la syok mereka yang kat atas tu,aku tak kisah parti mana pon wakil mana pon kalu tahu buat kerja,tak buat aniaya rakyat pastu adil pada semua aku sokong jugak,negara demokrasi katanye tapi bila bersuara lebih sikit kena tangkap,tak malu ke korea atau jepun ,intigriti first class,pemimpin kita ketegori mana?jawab la..katanye pemimpin negara islam,camni ke contoh ?,apa lar,maaf aku ngomel banyak sikit sebenarnya aku sedih dengan kita kita semua,padahal apa yang kita dapat last tengok la hasil kita dapat JANJI,JANJI DAN JANJI.petik kata kata ni dan fahamkan maknanye(RAKYAT DI DAHULU KAN PENCAPAIAN DI UTAMA) Renung dan faham sendiri aja la.... sedih sedih

    ReplyDelete

Labels