Followers

Monday 4 May 2015

Azeez Sedia Bimbing Suhaimi #PRKPermatangPauh @azeezputera

“Permatang Pauh dan Baling tidak jauh mana, saya akan pastikan calon BN di Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin akan sentiasa dibantu bagaimana untuk memberi perkhidmatan yang baik kepada rakyat”.

Itu tegas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim sewaktu program turun padang di Permatang P44 dalam usaha berterusan Barisan Nasional, (BN) mendekati rakyat di kawasan itu.

Berbaki 3 hari pengundian, Azeez mahu rakyat di kawasan itu melakukan perubahan kali ini menerusi Pilihan Raya Kecil, (PRK) Permatang Pauh.

“Saya akan kongsi pengalaman saya dan saya juga yakin calon BN adalah calon yang bersih dan mampu mengetengahkan masalah rakyat kelak apabila dipilih sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh,” katanya.

Kuasa katanya, terletak di tangan pengundi supaya memberi peluang kepada calon BN untuk membuktikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

“Saya yakin Suhaimi boleh berada 15 jam sehari di kawasannya jika tiada persidangan Parlimen, berbanding calon PKR yang sudah ada jawatan sebagai ADUN di Kajang,” katanya.

Masyarakat Melayu, Cina, India dan Siam di kawasan itu katanya, sudah jelas dan tahu siapa yang hanya bersikap retorik dan siapa yang benar-benar mahu bekerja untuk rakyat.

“Kekuatan calon BN, dia tahu dan sedar wajib diselesaikan untuk rakyat,” katanya menambah bahawa tempoh 30 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 perlu diberikan kepada calon BN untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Tengok bagaimana cara Suhaimi membantu rakyat kemudian barulah teruskan atau tidak di PRU 14 nanti,” kata Azeez lagi.

Menurutnya, kemenangan sebagai wakil rakyat bukan sekadar boleh dilakukan seperti TOUCH and GO, sebaliknya komitmen bertemu dengan rakyat melihat isu-isu tempatan dan isu kebajikan secara berterusan.

“Kalau ada majlis kematian, kenduri, bencana alam kita perlu ambil tahu dan saya yakin Suhaimi mampu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat kawasan Permatang Pauh.

“Inilah era perubahan yang mana kita nak tengok rakyat beri kepercayaan, insya’Allah saya yakin percaya rakyat Permatang Pauh, Melayu, Cina, India dan Siam akan beri peluang kepada calon BN 7hb ini,” katanya.

Beliau katanya yakin bahawa jika rakyat memilih calon BN, maka perubahan drastik dari segi pembangunan di kawasan itu akan berlaku lantaran Perdana Menteri sendiri telah membuktikan dengan turun mengucapkan terima kasih kepada rakyat selepas kemenangan BN sepertimana di Teluk Intan sebelum ini.

Sebagai memenuhi janji, Datuk Seri Mohd Najib Razak katanya, melaksanakan beberapa inisiatif pembangunan Teluk Intan termasuk pembinaan 5,000 unit rumah di bawah program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan penubuhan cawangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai memenuhi manifesto BN pada PRK parlimen itu selain peruntukan RM5 juta bagi projek pembangunan di kawasan berkenaan. -bnbbc

  

No comments:

Post a Comment

Labels