Followers

Wednesday 13 May 2015

LKS Di Bumi Kelantan PENYOKONG PAS Tetap CERIA !!!

Pasti ada sesuatu yang cukup mengelikan hati mereka-mereka ini sehingga aksi sedemikian terpacul secara spontan.

Dan mungkin inilah suasana yang berlaku di Kota Bharu Kelantan apabila Lim Kit Siang berdiri di pentas PAS berbicara tentang Hudud.

Dari apa yang dikhabarkan pentas itu bergegar dengan laungan bahawa Hudud tidak sesuai dilaksanakan seterusnya membuktikan betapa pendirian DAP sahabat sebantal PAS walaupun ada ketikanya bermasam muka menolak Hudud secata total.

Sesuatu yang agak menarik tentang situasi ini adalah ianya berlaku selang beberapa ketika selepas PRK Permatang Pauh.Seperti semua sedia maklum PRK Permatang Pauh telah menyajikan kepada kita satu hidangan politik era baru yang sedang bertunas dengan baik dalam Pakatan Haprak.

Hidangan yang merangkumkan pelbagai jenis makanan termasuk fitnah dan adu domba itu bukan sahaja menjadi penyebab kenapa PRK Permatang Pauh PANAS tetapi ianya membawa kepada musibah kepada parti PAS.

Dengan pihak yang dilihat pro kepada kepimpinan ulama menolak kerjasama dengan PKR dalam kempen di PRK Permatang Pauh , siri drama swasta yang dimainkan itu telah menyebabkan sebahagian besar ahli PAS keliru atau buat-buat keliru yang akhirnya membawa kepada sokongan kepada Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Seperti yang MMI pernah catatkan sebelum ini , kempen atau tindakan boikot jentera pemuda PAS Pulau Pinang sebenarnya tidaklah memberikan impak yang besar kepada siri kempen PKR.Malahan dengan sokongan jitu DAP sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang , PKR dilihat cukup selesa bergerak walaupun secara zahirnya kita melihat PAS tidak terlalu menonjol memberikan sokongan.

Namun disebalik boikot atas nama Presiden parti , PAS sebenarnya tetap menjadi jentera kepada PKR di bumi Permatang Pauh cumanya corak dan gerak cara mereka diubah daripada pasukan paling hadapan menjadi pasukan simpanan yang banyak membantu jentera PKR di akar umbi dari belakang.

Mungkin kerana telah menghidu kelemahan puak-puak PAS yang lebih melihat kepada kedudukan politik dan kuasa inilah maka mereka yang sebelum ini dianggap sebagai BARUA dalam PAS berjaya membawa Kit Siang hadir di bumi Kelantan.

Kehadiran itu bukan biasa-biasa tetapi membawa garapan baru atau mungkin corak dan prinsip baru bila mana PAS kini sudah dilihat mula membuka ruang dan mula menerima gerakan liberal yang pastinya melemahkan prinsip dan pendirian parti itu selama ini.

Tak perlu MMI hurai panjang lebar rasanya cukuplah dengan kenyataan daripada Nik Abduh betapa beliau dilihat begitu kecewa dengan kehadiran Kit Siang di bumi Kelantan yang secara terang-terangan menolak Hudud.

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz  mengecam tindakan segelintir pimpinan PAS yang membenarkan ceramah Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengenai penolakan hudud di hadapan rakyat Kelantan di Padang Perdana, pada Ahad lalu.

Kit Siang yang memberi ‘kuliah’ anti hudud dijemput oleh PAS Kota Bharu berceramah bersama-sama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Nik Abduh dalam status Facebooknya berkata jika ayahnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, tiada pemimpin PAS yang berani membawa pemimpin DAP itu ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hudud.

Malah katanya, sejak PAS kehilangan Nik Aziz, parti itu berubah begitu cepat seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Mereka kata, sejak PAS kehilangan TGNA rahimahullah, PAS berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin PAS yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum Allah,” katanya.seterusnya.

Well macam biasa apa yang MMI boleh kata , ini barangkali ada kena mengena dengan apa yang PAS sering sebut sebagai Tahaluf Siyasi PAS dalam Pakatan Haprak.

Kepada Nik Abduh terimalah hakikat bahawa PAS bukan lagi seperti mana yang kamu impikan dan mungkin kedudukan Haji Hadi hari ini selaku Presiden sekadar BONEKA !!!

Siapa tahu ??

MMI

9 comments:

  1. Mat Syabun cari tongkat utk Jun ni...apek lks akan dptkn tongkat utk mat syabun

    ReplyDelete
  2. Memang bodoh baghal puak ni. Melayu/Islam dihina mereka tetap ketawa berdekah. Dimanakah maruah mereka?

    ReplyDelete
  3. Ahli PAS memang sudah hilang maruah. Walaupun mereka pernah dihina oleh DAP terutama LKS tetapi merka masih juga bersekongkol dengan DAP. Manusia munafik tempatnya adalah dineraka paling bawah. Nauzubillah...

    ReplyDelete
  4. Lebai lebai diatas sudah kena main dgn dapigs...

    ReplyDelete
  5. Kalau la benar PAS memperjuangkan Islam, umpama saorang manusia yg hilang maruah dan harga diri..hinggakan sorang cina kapir harbi bolih mengajar mereka mengenai bagaimana nak melaksanakan HUDUD..kehadiran LKS umpama datang untuk MELUDAH KAHAK KEMUKA PAS....PADAN MUKA.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah KELDAI, KELDAI situ jugak lah........

    ReplyDelete
  7. Bila aku komen nanti ada yg marah, Tapi kalau fikir logik ,ada ke orang yg tak tahu hudud bagi komen tentang hudud ,lepas tu ada lebai lebai PAS yg boleh dok diam , Aku rasa PAS ni dah kena liwat dengan DAP kot,Jangan marah fikir balik betol betol

    ReplyDelete
  8. Golongan Mamak Haramjaddaj yang didokong kuat oleh Mamak Boss Mahathir Mohammed, ini berterusan menabur onar dan fitnah supaya Orang-Orang Melayu membenci Para Pemimpin dari Kalangan Orang-Orang Melayu khususnya PM Najib dan TS Muhyiddin.

    Golongan Mamak ini disokong kuat oleh Blogger Kuat PemFitnah spt:

    1. Syed - Outsidethe box.
    2. Din Turtle.
    3. Apanama
    4. A Kadir Jasin
    5. Zainuddin Maiden
    6. Celah Gelegar
    7. Putra Merdeka
    8. Just Read
    9. Minaq Jinggo- Jinggo Photos
    10. Mummy Rokiah
    11. Another Bricks of The Wall
    12. Kluang Diamond - Blogger Binggung yang mencari Identity menumpang Isu-isu utama.
    13. Just My Thoughts

    Ada juga Blogger-Blogger Melayu di atas yang Banggang, Bebal, Bahalul, Bodoh, Binggung yang tercocok hidung dalam mengikuti dakyah, fitnah yang dipelopori oleh golongan Mamak.

    Melayu harus waspada pada Blogger Golongan Mamak yang setiap Hari cuba Melemahkan dan Menjatuhkan Usaha-Usaha yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang majoritinya Orang-Orang Melayu.

    Kerajaan Melayu Melaka jatoh ketangan Portugis, bermula era Penjajahan Asing disebabkan Golongan Istana dikuasai dan dikawal oleh Golongan Mamak.

    Hari ini, Golongan Mamak menguasai seluruh Pentadbiran Kerajaan Malaysia - Ketua Setiausaha Negara, Ketua Perbendaharaan Negara, Ketua Polis Negara, Majlis Keselamatan Negara, Tabung Haji, waimma 1MDB semuanya diterajui oleh Mamak.

    Lemahkah Orang Melayu bila mana Semua Jawatan Tinggi Kerajaan diterajui oleh Mamak? Bila lagi Orang Melayu Hendak INSAF???

    Ini bukan seruan dan isu perkauman, tapi marilah kita sama-sama berfikir sejenak, wahai bangsa ku orang-orang Melayu.

    Melayu bergaduh, menang sorak, kampung tergadai???

    ReplyDelete
  9. https://fazlizainul.wordpress.com/2013/09/15/pas-keluar-pakatan/

    Sila baca habis dan fahami

    ReplyDelete

Labels