Followers

Tuesday 5 May 2015

PANAS Kenapa Guan Eng ELAK Jawab Soalan Berbangkit ?? #PRKPermatangPauh #kakwan4pp

Suasana kempen di Permatang Pauh mula panas apabila pembangkang khususnya PKR dan DAP hilang arah.

Terdesak untuk terus mempertahankan Permatang Pauh telah menyebabkan kempen PKR kali ini berterabur sehingga berlakunya beberapa aksi ekstrem contohnya merosakkan billboard BN.

Mungkin tak puas hati agaknya !!

Bila berbicara tentang tak puas hati ni , ada lagi kisah berkaitan yang rasanya perlu diketahui oleh seluruh warga Permatang Pauh.

Sebelum ini MMI ada mendedahkan tentang komplot untuk menjatuhkan Wan Azizah hasil daripada gerak kerja yang berlaku dari dalam PKR.Malah kesemua gerak kerja itu walaupun tidak ketara tetap menampakkan agenda sebenar pihak terlibat.

Kenyataan Guan Eng yang mahu menjaga Permatang Pauh dipandang sebelah mata sahaja oleh kebanyakkan warga Permatang Pauh.Ini kerana mereka tahu sejak DAP mentadbir Pulau Pinang dasar berat sebelah sering kali digunakan dan orang Melayu lah yang sering kali menjadi mangsanya.

Tidak cukup dengan itu  luahan Adun Penanti dari PKR sendiri yang kecewa kerana 5 Usul yang dibawanya ke Sidang DUN  di dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh dibuang boleh dijadikan kayu ukuran samada cakap Guan Eng itu benar atau sekadar retorik semata-mata.


TERKINI Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan menjawab soalan berkaitan perkara yang ingin dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri. 

Beliau berkata, Speaker DUN yang sepatutnya menjawab soalan itu. 

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, menegaskan bahawa Speaker DUN Law Choo Klang adalah orang yang perlu dirujuk memandangkan isu yang dibangkitkan itu melibatkan penolakan usul.

"Anda bertanya salah orang. (Jika perkara itu berkaitan dengan usul) anda sepatutnya tanya speaker... beliau yang membuat keputusan," katanya ketika diminta mengulas tentang perkara itu, oleh seorang wartawan pada sidang akhbar harian PKR bersempena pilihan raya kecil Permatang Pauh, di Yayasan Aman di sini.

Dalam pada itu ketua pembangkangkang DUN Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid berkata ketidakjujuran kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang terserlah apabila menolak usul yang diutarakan Norlela.

Katanya rakyat khususnya di Penanti harus membuka mata untuk melihat apa yang berlaku di sekeliling atau meneruskan kehidupan tanpa sebarang pembelaan.

"Penanti adalah kawasan DUN dalam Parlimen Permatang Pauh...dia (Norlela) minta kerajaan negeri ambil perhatian pun ditolak. Ini menunjukkan mereka tidak serius menyelesaikan masalah rakyat.

"ADUN sendiri pun tak boleh tolong, macam mana nak sokong lagi," katanya kepada pemberita di sini. - malaysian insider 

Hakikatnya kalau jentera PKR semakin tak puas hati kerana kepincangan kempen mereka yang semakin songsang itu boleh diterjemahkan dengan tindakan-tindakan agresif seperti merosakkan billboard , kain rentang dan bertindak kasar dengan petugas-petugas BN , bagaimana pula agaknya perasaan khususnya warga Permatang Pauh sendiri apabila Guan Eng mengelak untuk menjawab persoalan tentang penolakan usul oleh Adun Penanti yang semuanya berkaitan hal kebajikan rakyat Permatang Pauh ?

Apakah warga Permatang Pauh berpuas hati dengan jawapan Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ? Mengelak untuk menjawab dan menuding jari kepada pihak lain adalah satu tindakan yang cukup memalukan apatah lagi ianya dilakukan oleh seorang Ketua Menteri yang sering kali mengaku sebagai pembela rakyat !!

Hakikatnya mereka hanya bermuka-muka dan PINCANG !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels