Followers

Monday 4 May 2015

Warga FELDA Hargai Keprihatinan Kerajaan #PRKRompin

Terima Kasih PM ! 

Itulah antara perkataan yang tertera di banting semalam apabila warga Felda khususnya , ramai-ramai berkumpul untuk menyatakan tanda terima kasih diatas komitmen dan usaha kerajaan membantu mereka selama ini.

Sebelum itu calon Barisan Nasional bagi PRK Rompin , Dato' Haji Hasan Arifin dalam siri kempennya di Parlimen Rompin merupakan pencetus kepada keputusan YAB Perdana Menteri untuk menawarkan harga bagi pembelian rumah yang mesra rakyat.

Dato' Haji Hasan Arifin dalam siri kempen dan ceramahnya memohon supaya Perdana Menteri menilai dan mempertimbangkan semula harga yang ditawarkan untuk Perumahan Generasi Baru FELDA di Rompin supaya anak-anak muda dan generasi baru Felda tidak terbeban selain daripada mampu memiliki rumah kediaman sendiri.

Ekoran daripada itu maka YAB Perdana Menteri , Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semalam telah pun mengarahkan pihak terlibat untuk segera menyelesaikan permintaan tersebut.

Berikut merupakan kenyataan media YAB Perdana Menteri mengenai Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin.

1. Kerajaan sentiasa peka dan mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.

3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut pada harga RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli di mana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah serta tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-tanah rancangan FELDA dan perkara ini akan terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka. 





Ringkasnya keputusan tersebut membuktikan betapa kerajaan Barisan Nasional komited untuk terus membantu warga Felda dan semestinyalah calon Barisan Nasional Dato' Haji Hasan Arifin sudah pun membuktikan kerja awalnya mampu membawa kebaikan dan kesejahteraan buat seluruh warga Rompin sekiranya dipilih sebagai Ahli Parlimen Rompin.

Dengan siri kempen bakal berakhir tengah malam ini untuk PRK Rompin maka warga Rompin perlu membuat keputusan yang paling baik di antara yang terbaik pernah mereka lakukan.

Berilah kepercayaan kepada calon Barisan Nasional Dato' Haji Hasan Arifin PENYAMBUNG LEGASI Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis untuk kesejahteraan bersama.

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels