Followers

Sunday 21 June 2015

Ada Apa Pada LOGO UMNO Di Pulau Pinang ? #TheLogoStays


Sebelum ni MMI dah ceritakan bagaimana sikap rakus kerajaan DAP di Pulau Pinang yang asyik bermain politik sehingga segala tindak-tanduk mereka kadang-kalanya yang main hantam kromo itu memakan diri.Dalam banyak-banyak tindakan kromo DAP selama ini , insiden pada hari Jumaat lepas telah menimbulkan kemarahan banyak pihak khususnya daripada ahli-ahli UMNO.Klik Sini 

Usaha pihak berkuasa tempatan untuk merobohkan struktur tulisan UMNO di perkarangan Ibu Pejabat parti itu jelas menunjukkan kepada kita betapa pegawai MBPP terpaksa bertindak kerana perlu mematuhi arahan WARLORD DAP yang hanya memberikan arahan dari kerusi empuk mereka walaupun dari segi undang-undangnya tindakan pihak MBPP itu adalah satu kesalahan.

Apakah kesalahan yang dimaksudkan ?  Apakah pihak berkuasa tempatan melanggar apa-apa akta atau undang-undang ? Baca Sini 

Merujuk kepada kenyataan daripada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Pulau Pinang , Badan itu menyelar tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertindak merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister di sini semalam dengan menyifatkan tindakan MBPP itu sebagai tidak mengikut prosedur dan dibuat secara tergesa-gesa.  


Pengerusinya, Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya berasa kesal, kecewa dan marah terhadap sikap kerajaan DAP yang telah mengarahkan penguat kuasa berbuat demikian yang seolah-olah mahu menindas Umno.

"Tindakan MBPP ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut prosedur di bawah Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Kami mahu meminta MBPP untuk melihat dan mengkaji serta jangan tergesa-gesa mengambil apa-apa tindakan tanpa merujuk kepada Akta 133 yang digubal pada tahun 1974 ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata di bawah Seksyen 72 (6) Akta 133, telah termaktub dengan terperinci bahawa apa-apa bangunan yang berpunya sama ada struktur yang menjadi sebahagian daripada bangunan yang ada pemilik, sekiranya MBPP mendapati ia tidak mematuhi apa-apa peraturan, maka hendaklah diberi notis selama 30 hari untuk pihak bangunan melakukan tindakan sesuai untuk memulihkan keadaan mengikut prosedur.

"Tindakan MBPP ini terang-terang tidak megikut prosedur dan akta dalam menjalankan penguatkuasaan," katanya.

Zainal berkata, apa yang mengecewakan tindakan merobohkan struktur logo itu dibuat setelah perbincangan dilaksanakan apabila MBPP meminta pihak pengurusan bangunan Umno negeri memberikan serahan dokumen terperinci bagi memohon permit untuk membenarkan logo diletakkan di bangunan bawah menara itu.

"Kita dah nak pergi hantar secara terperinci dokumen yang diperlukan untuk permit dan dah setuju nak pergi hantar pada pagi Isnin ini. 

Tapi petang Jumaat mereka dah ambil tindakan. Ini satu perkara yang tidak bertanggungjawab, tidak ada budi bicara, kita dah bincang, dilanggar pula perjanjian dan terus datang merobohkan struktur logo," katanya.

Beliau turut menegaskan walau apa juga keadaan, Umno Pulau Pinang tetap akan mengekalkan tempat peletakan logo tersebut. 

Beliau turut meminta kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dan MBPP agar tidak berdolak dalih lagi selepas ini dan memberikan segera permit untuk membenarkan logo tersebut berada dan diletakkan ditempat seperti yang dimahukan Umno negeri.-Bernama 

Dalam masa yang sama kita dapat melihat bagaimana kerajaan DAP menggunakan pihak berkuasa tempatan sebagai anjing kurap bagi menjalankan kerja-kerja politik kotor mereka khususnya dalam agenda menekan kedudukan orang UMNO dan Melayu di Pulau Pinang.

Sikap double standard ini begitu jelas berlaku di seluruh negeri Pulau Pinang apatah lagi jika diperhatikan struktur binaan gerai mahupun kewujudan gerai-gerai jualan makanan milik kaum cina yang bersepah di sekitar jalanraya di Georgetown langsung tidak dikenakan tindakan walaupun ada diantaranya berada di atas jalanraya sehingga menyesakkan lalu lintas.




Apa yang dipersoalkan itu adalah realiti yang kini sedang berlaku di Pulau Pinang.Terlalu banyak sikap bermuka-muka dan pentadbiran yang langsung tidak telus telah ditunjukkan oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Secara jujurnya , DAP jelas mempergunakan agensi di bawah pentadbiran kerajaan negeri untuk melakukan kerja-kerja kotor politik mereka,Tetapi dalam masa yang sama , sebahagian dari kita masih lagi leka dan jauh tertinggal di belakang kerana masih lagi gagal untuk faham bahawa keadaan orang Melayu di Pulau Pinang amat kritikal.

Seperkara yang harus kita ingat , boleh dikatakan majoriti para pegawai pihak berkuasa tempatan yang diarahkan untuk melakukan tugas-tugas perobohan seperti ini adalah dari kalangan orang Melayu.

Bayangkan kehadiran mereka hanyalah untuk melaksanakan arahan daripada pihak atasan yang sebenarnya mahu melihat pergaduhan sesama Melayu seterusnya mengundang perpecahan.

Perpecahan yang sebenarnya amat dinanti-nantikan oleh rejim DAP kerana mereka tahu tanpa penyatuan , orang Melayu tidak akan mampu bangkit dan menjadi satu entiti yang punya kekuatan.

Kerana itu orang Melayu perlu terus dilagakan , bukan soal logo UMNO sangat pun !

MMI

7 comments:

  1. Kalau Najib berundur, masalah ini tidak akan berlaku kerana UMNO memerlukan pemimpin yang berintegriti.

    ReplyDelete
  2. Itu tandanya orang dah menyampah dengan UMNO.Tak paham2 lagi ke. Lepas bos penyangak kamu lesapkan 42b,dan rakyat kena tanggung melalui GST,orang dah tak nak tengok perkataan UMNO tu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni merapulah. Rm42 bilion pinjaman tu lesap sebab beli aset rm51 bilion bukan lesap saja2.

      Delete
  3. Secara logika dan dari shi undang2 Kerajaan DAPigs sudah bertindak di luar undang2 dan menceroboh!!!

    Kenapa tak di pukol jer BARUAH2 BABI BANGSAT yang merobohkan struktur itu dan juga yang memberi arahan??!!!

    Atau sememangnya Melayu sekarang kurang telor???

    ReplyDelete
  4. Melayu itu BANGANG sekarang !

    Tengok cina berselindung di balik tadbir, menghancurkan Umno, arahan kepada tangan-tangan melayu penguatkuasa di bawah kuasa mereka.

    Melayu sekarang tidak lagi bersemangat seperti di dulu. Lihat saja Najib. Beliau sebenar nya tidak peduli Melayu pun kecuali hanya retorik untuk sokongan undi !

    Ini lah sejarah PM Malaysia yang menyokong tindak tanduk perilaku pembangkang ! Tidak di buat pun di negara lain kecuali di Malaysia konon "moderate"

    Apa jadi MTEN ? Institusi bumi sudah baik tetapi di olah menjadi menjerut leher.

    Pernah Najib dengar suara Melayu ? Selama ini berlawanan... seperti isyarat sama dinasti Lim akan runtuhkan peradaban Melayu..bermula Hadi, Pas,(lambang) Umno kini BTN dan seterus nya..

    Jika berpolitik tidak mendatangkan kebaikan, undur saja lah. Melayu itu menjadi asing di bumi sendiri, kenapa ?

    ReplyDelete
  5. ckp byk xguna..apa tindakan seterusnya..rasanya elok diam je..baru nampak macam pahlawan bugis

    ReplyDelete
  6. Dah tahu tindakan tu salah ... saman je termasuk KM P.Pinang

    ReplyDelete

Labels