Followers

Saturday 27 June 2015

Ada Sesuatu Dalam "Impian Malaysia" Yang di Jaja DAP !


Sebelum ini kita sering mendengar DAP dalam tiap siri kempen dan gerakan politiknya sentiasa berpegang kepada prinsip Malaysian Malaysianya.Secara zahirnya ia dilihat sebagai satu gerakan untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Sesuatu yang jika dilihat secara rambang seolah-olah gerakan terbaik dalam usaha membasmi unsur-unsur perkauman yang pernah mengorbankan nyawa warga Malaysia satu ketika dulu.Dalam pada itu prinsip ini secara tidak langsung bakal memastikan tidak akan ada lagi jurang perbezaan diantara kaum-kaum di Malaysia seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Negara selama ini.

Kini setelah puluhan tahun , DAP dilihat masih lagi gagal untuk memujuk warga Malaysia supaya menerima prinsip tersebut dan rata-rata warga Malaysia khususnya orang melayu menentang usaha terbabit kerana ianya bakal menyebabkan kedudukan orang-orang Melayu akan terhakis.

Sudah banyak artikel di tulis membicarakan soal prinsip ini dan secara ringkasnya orang Melayu bukan sombong apatah lagi rakus untuk terus berkuasa tetapi mereka berpegang kepada Perlembagaan Negara yang jelas telah menyatakan bahawa orang Melayu punya kedudukan dan hak tersendiri tanpa menekan dan mengambil hak bangsa-bangsa lain.

Satu prinsip yang terus di pegang oleh kepimpinan negara dan kerajaan sehingga ke hari ini , malahan kerana prinsip inilah maka seluruh warga Malaysia dapat hidup dalam suasana aman dan damai.Walaupun masih terdapat beberapa insiden dan usaha pihak-pihak diluar sana yang punya agenda tertentu cuba untuk mempertikaikan kedudukan ini.

Antara contohnya usaha pihak gereja yang menuntut penggunaan kalimah Allah dan mendapat sokongan parti-parti politik daripada pembangkang sedang hakikatnya selama ini perkara sebegini tidak pernah berlaku.

Persoalannya kenapa ianya tiba-tiba dibangkitkan ?

Jika diamati kita dapat melihat inilah sebahagian daripada percubaan demi percubaan pihak diluar sana untuk menguji sejauh mana keupayaan dan kekuatan orang Islam dan Melayu dalam mempertahankan apa yang disebut sebagai hak mereka.

Namun kita masih beryukur kerana semangat dan kekuatan orang Melayu dan Islam masih utuh untuk terus menidakkan usaha paling kurang ajar pihak-pihak yang terlibat.Dan MMI yakin bahawa usaha-usaha sebegini akan terus di rancang dan di gerakkan pada masa akan datang.

TERKINI parti cauvinis DAP yang kita tahu masih berkeinginan untuk terus melebarkan pengaruh politiknya mula menyusun strategi baru.Strategi yang sebenarnya berdasarkan prinsip lama cuma diubah suai agar berubah bentuk dan bunyi supaya ianya mampu meresap masuk ke dalam jiwa sebahagian daripada kita untuk bersetuju dengan apa yang DAP mahukan.

Ucapan yang diungkapkan oleh Lim Kit Siang sewaktu satu majlis di Klang pada 23 Jun lalu sebenarnya mendedahkan kepada kita apa yang sedang di rancang oleh parti tersebut dalam mendepani lanskap politik baru pasca PRU14.Dan sekiranya kita gagal memahami maksud tersirat di sebalik tiap gerakan itu nescaya orang Melayu khususnya akan menjadi mangsa kepada kerakusan DAP seperti mana yang telah berlaku di bumi Pulau Pinang.

Jika dulu "Malaysian Malaysia" adalah prinsip utama DAP kini nadanya berubah menjadi "Impian Malaysia" mungkin kerana ianya lebih mudah untuk diterima dan menampakkan seolah-olah perjuangan bersifat patriotik.

Apakah benar ia satu perjuangan partiotik ?

Dalam ucapannya di Klang baru-baru ini Kit Siang menyebut “DAP tidak pernah bercita-cita untuk menjadi sebuah parti Cina atau bukan Melayu.

“Sejak awal lagi … DAP telah berikrar untuk mengejar Impian Malaysia, bukan Impian Cina, Impian India atau Impian Melayu,” katanya.

Kit Siang mengakui partinya selalu diserang sebagai rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, kerana sebahagian besarnya ahli partinya adalah daripada kaum Cina yang dikuasai, tetapi beliau berkata pertempuran itu tidak akan memberi kesan kepada perjuangan parti itu untuk kekal sebagai parti berbilang kaum dan agama.

“Inilah sebabnya mengapa kita mempunyai Impian Sabah, Sarawak, Kelantan dan baru-baru ini kami mengumumkan Impian Kedah / Perlis,” katanya.

Menurutnya Impian DAP adalah tiada bangsa tunggal yang memerintah negara sepertimana polisi DAP sejak awal penubuhan iaitu ‘Malaysia untuk bangsa Malaysia’.

“Ia adalah antara kaum, agama dan antara pihak kerjasama – (secara) sama rata dan tidak ada yang unggul dan bawahan – Malaysia boleh menjadi model yang berjaya dalam masyarakat majmuk maju dan makmur bukan sahaja untuk dunia tetapi juga ke Timur Tengah, “katanya.

Seperkara yang perlu kita berikan tumpuan adalah keinginan DAP yang meluap-luap untuk melihat tidak ada bangsa tunggal yang memerintah negara seperti mana yang sedang diamalkan di Malaysia pada hari ini.

Satu usaha yang cukup berbahaya kerana secara tidak langsung gerakan itu sebenarnya sudah pun menolak secara total apa yang telah dipersetujui sebelum ini sewaktu negara sedang mencapai tarikh keramat MERDEKA !

Buka Pekung Sendiri !

Kit Siang berbicara seolah-olah mereka begitu hebat dalam membentuk kesatuan antara masyarakat majmuk di Malaysia tetapi realitinya DAP sendiri adalah parti paling rasis di Malaysia.Lihat sahaja peranan yang dimainkan oleh DAP selama ini , sejauh mana monopoli kaum cina dalam hiraki tertinggi parti itu walaupun mereka mengaku kononnya parti itu terdiri daripada berbilang kaum.

Apakah peranan orang Melayu dalam Parti tersebut kalau bukan sekadar boneka politik ?

Berapa jumlah kerusi DAP sama ada DUN mahupun Parlimen yang ditandingi oleh calon Melayu sewaktu PRU13 yang lalu ?

Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang benar-benar berjiwa rakyat dan berpegang kepada prinsip bahawa tiada bangsa tunggal yang memerintah ? Di Pulau Pinang , kita mungkin di momokkan dengan 2 Timbalan Ketua Menteri yang terdiri daripada Melayu dan India namun hakikatnya siapa yang benar-benar punya kuasa dan faktor penentu ?

Malah ianya sudah sampai ke tahap pentadbiran kerajaan negeri sendiri dilihat seolah-olah dikepalai oleh Rejim ala-ala MAFIA yang sanggup meliwat undang-undang sendiri hanya kerana faktor dendam politik !

Adakah ini yang dinamakan impian Malaysia ?

Well Kit Siang you can't lie anymore , masyarakat tidak sebodoh anjing-anjing DAP kerana mereka tahu agenda kamu , SEMUA YANG BERLAKU INI KERANA KAMU SEDAR BAHAWA PAKATAN RAKYAT TELAH GAGAL dan kerana itu satu gerakan baru perlu segera diketengahkan supaya ianya menjadi penyelamat kepada gerak gempa yang kini sudah meruntuhkan sebahagian besar apa yang telah kamu bina sebelum ini   !

Go To Hell DAP !

MMI

4 comments:

  1. Sebenarnya bukan Impian Malaysia tapi Impian Cina Komunis.

    ReplyDelete
  2. Impian Malaysia itu sebenarnya adalah impian supaya Malaysia menjadi seperti Singapore dan Penang dimana Cina menjadi tuan dan Melayu menjadi hamba.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya terlungkup "PERJANJIAN" SEBELUM TANAH MELAYU ini Merdeka, maka itu menjadi petanda keturunan pendatang ini akan bergelar PENDATANG ASING TANPA IZIN sepertimana asal dan diizinkan pulang ke tanah air masing2 sepertimana sebelum British melelong Tanah Melyu ini kepada leluhur pendatang tanpa izin yg berkenaan.

    ReplyDelete
  4. Benci DAP, LKS, LGE dan sewaktu dengannya.

    ReplyDelete

Labels