Followers

Wednesday 24 June 2015

BUSTED Ada Yang Dah Mula KANTOI Dalam Tuduhan Terhadap 1MDB

Sebelum ini MMI dah keluarkan satu artikel mempersoalkan tentang sikap warga Malaysia apabila berdepan dengan realiti kepada tiap isu yang ditimbulkan melalui 1MDB.

Sebagai pemerhati politik , isu 1MDB sememangnya merupakan isu paling TOP dan berada di kedudukan carta tertinggi sejak ianya mula memasuki pasaran.

Malahan ianya turut menyebabkan parti keramat UMNO berada dalam keadaan yang kurang selesa memandangkan berlakunya perbezaan pendapat selain daripada kewujudan blok antara Tun Mahathir dan juga kepimpinan Najib dan kerajaan hari ini.

Di pihak pembangkang pula jangan cakaplah , dah memang mainan mereka namun yang menjadi tanda tanya kepada MMI adalah sejauh mana kita bersedia untuk menerima sama ada jawapan atau keputusan akhir melibatkan 1MDB nanti ? Baca Sini 

Sesuatu yang perlu diperhatikan adalah sejauh mana kita boleh menerima seperti mana kita memberi ? Atau sejauh mana kita boleh menerima seperti mana kita mempersoalkan ? Semua itu adalah kisah yang bakal berlaku dalam sedikit masa lagi apabila kesemua siasatan terhadap laporan audit Deloitte oleh Jabatan Audit Negara , PAC dan BNM selesai.

Hari ini kecoh di media-media tentang berita penangkapan bekas seorang pegawai PetroSaudi yang melaukan kerja-kerja memeras ugut di tangkap oleh pihak berkuasa Thailand.

Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang, berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand. 

Polis telah menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu. 

Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand. Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta). Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.  

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. 

Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan. Baca Seterusnya 

Sesuatu yang pasti adalah bekas pegawai PetroSaudi itu turut sama terlibat dalam beberapa penyebaran emel dan dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report yang menjurus kepada 1MDB !

Dan laporan telah mengesahkan bahawa kesemua maklumat-maklumat itu sudah ditokok tambah dan menimbulkan keraguan.

MMI yakin PASTI ada dikalangan mereka-mereka diluar sana melihat berita penangkapan ini sebagai satu lagi isu yang cuba digunakan oleh mereka yang pro kepada kepimpinan kerajaan untuk sekurang-kurangnya menjawab dan mempertahankan asakan demi asakan terhadap 1MDB.

Namun hakikatnya kita jangan cepat melatah memandangkan penangkapan ini sebenarnya bermula daripada sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) yang dilantik untuk menjalankan siasatan yang terperinci ke dalam sumber data yang diterbitkan di Internet, dan juga untuk mengesahkan kesahihannya. 

Siasatan itu kemudiannya mendedahkan bukti jelas kecurian sistematik data sulit syarikat oleh Justo sebelum meninggalkan PetroSaudi. Tambahan pula, analisis juga menunjukkan bahawa data telah diubah selepas ia dicuri dari PetroSaudi.

Adalah dipercayai bahawa banyak data yang diubah ini kemudiannya muncul di Sarawak Report dan bertindak sebagai tulang belakang kepada blog itu tentang dakwaan salahlaku 1MDB.

Seorang pakar dari PGI berkata: "Siasatan masih berterusan, tetapi ia adalah jelas bahawa kita sedang melihat satu kes kecurian data berskala besar, dan analisis kami menyokong bahawa Justo adalah sumber data yang diterbitkan di Sarawak Report.Baca Seterusnya 

Seperkara yang pasti sudah ada pihak yang kantoi sebenarnya ! Jika selama ini segala tuduhan yang dibuat itu berdasarkan kepada laporan yang kini disahkan sebagai penipuan terancang maka pihak terlibat sewajarnya perlu tampil untuk mengemukakan permohonan maaf secara terbuka !

Malahan tindak tanduk mereka yang terlibat menyerang kepimpinan negara , 1MDB dan juga kerajaan seharusnya di bayar dengan tindakan SAMAN selepas ini.Bukan cubaan untuk melagakan lagi mana-mana pihak tetapi tindakan ini dirasakan amat tepat sekali kerana kesan kepada tuduhan-tuduhan yang dibuat sebelum ini telah memberikan kesan yang cukup besar bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga negara.

Apa pun penangkapan ini sedikit sebanyak telah memberikan gambaran sebenar bahawa tuduhan yang dilemparkan selama ini MERAGUKAN malah telah terpalit pada asasnya sebagai skandal peras ugut !

So MMI masih kekal dengan pendirian bahawa keputusan siasatan daripada Jabatan Audit Negara , PAC dan BNM itu tetap menjadi kunci kepada segala tuduhan yang dibuat selama ini.

Persoalannya sejauh mana sebahagian daripada mereka-mereka diluar sana mahu menerimanya sebagai kata akhir atau jawapan kepada segala persoalan yang ditimbulkan ?

MMI

2 comments:

  1. awat la bodoh sangat ni semua dah dirancang..mcm filem james bond.cuma kes 1mdb mcm cite Jebon.Tangkap mamat ni mcm tgkap mafia dadah siap komando lagi.Lari kat thailand lagi..kah2..

    ReplyDelete
  2. Maksudnya duit kita masih ada lagi ada di Cayman dan tidak berubah kepada aset dan seterusnya kepada unit kan?.....itu semua Xavier yang mengada-ngadakan ceritakan?.....huh, nasib baik berbilion duit kita masih selamat.....Bank Singapore n satu Mas kema main dgn mamat penipu nih.

    ReplyDelete

Labels