Followers

Friday 29 April 2016

Di Kritik ADUN Sendiri , Guan Eng Kena SMASH !!


Dah banyak kali MMI sebut , Guan Eng telah menjadikan Pulau Pinang sebagai mahligai dinasti Lim ! Di sinilah tempat beliau memuaskan nafsunya sama ada dari sudut politik mahupun peribadi.Tak cukup dengan itu Guan Eng juga mengambil kesempatan diatas penguasaan pembangkang dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai platform untuk beliau meluaskan lagi empayarnya.

Kalau tidak tak dapatlah rumah banglo dengan harga special beb !!

Siapa dari kalangan pemimpin dan ahli DAP mahupun pembangkang yang berani menyanggah keputusan mahupun dasar Guan Eng ? Manusia yang pernah diangkat sebagai tokong ini begitu digeruni oleh sebahagian besar pimpinan DAP termasuklah dari kalangan parti-parti yang bersekongkol dengan mereka.

Malah kalau ada saja yang bermulut becok maka tunggulah , Guan Eng akan menghukum mereka dengan pelbagai cara walaupun dari kalangan mereka yang bersama dalam pembangkang.  

Walaupun begitu sebagai seorang Ketua Menteri yang mengaku mengamalkan slogan CAT dan sentiasa meletakkan keperluan rakyat sebagai keutamaannya , Guan Eng kini wajar berasa malu bukan setakat skandal pembelian banglo dan isu campur tangan kerajaan negeri dalam penjualan tanah Taman Manggis tetapi tindakan pemimpin mereka sendiri yang kini mula tampil mengkritik pentadbiran berat sebelah Ketua Menteri itu khususnya dalam hal melibatkan rakyat.

Malah kehadirannya di bumi Sarawak dalam siri kempen Pilihan Raya Negeri pun sebenarnya sudah menjadi liabiliti kepada kempen pembangkang.Baca artikel berkaitan di SINI

Ekoran daripada itu , Datuk Jahara Hamid tampil menempelak Ketua Menteri paling angkuh itu dalam satu kenyataannya semalam.
BUTTERWORTH, 28 April – Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, kritikan yang dilempar pemimpin Pakatan Harapan terhadap kepimpinan buruk Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang ibarat bangkai gajah busuk yang tidak mampu selamanya disorokkan lagi.
Jelasnya, jika pada awal pemerintahan Dap di Pulau Pinang, segala kesalahan diletakkan kepada Barisan Nasional (BN) selaku pemerintah terdahulu, kini Dap tidak boleh lagi menuding jari kepada pihak lain.
Ini kerana tegas beliau pemimpin mereka sendiri yang sudah mula bersuara yang ternyata sudah jelak dengan retorik Dap yang terlalu pentingkan kuasa sehinggakan kepentingan rakyat terabai.
Jahara berkata demikian mengulas mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Dap dan PKR yang mendakwa Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak meluluskan kebanyakan usul yang dicadangkan untuk dibawa ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Apa sahaja usul yang dilihat berpotensi untuk mendedahkan kelemahan pentadbiran Guan Eng maka ianya akan tolak. Sebenarnya perkara ini sudah berlarutan lama. Dulu mereka salahkan BN tapi kini ADUN mereka sendiri membidas.
“Ini jelas membuktikan bahawa kepimpinan Dap hanya penuh retorik dan tidak demoktratik. Mereka tidak mahu menerima sebarang kritikan dan kerana itulah pentadbiran mereka semakin lemah,” ujar beliau.
Tambah beliau, pemimpin Pakatan Harapan kini tidak mampu lagi menjadi lembu dicucuk hidung dan hanya melihat rakyat menjadi mangsa kepada Dap yang tamak. “Oleh itu rakyat harus membuka mata dan sedar bahawa hanya BN yang mampu merubah dan mengotakan janji.
Berilah peluang untuk BN kembali memerintah dan bandingkanlah betapa kami jauh lebih baik daripada Dap. “Jika sudah orang mereka sendiri mula bersuara sehinggakan ada yang menangis semasa meluahkan perasaan dalam sidang Dun, bayangkanlah betapa teruknya pemerintahan Dap ini,” tegasnya lagi.sumber 
Rumusanhya Guan Eng bebas mengkritik orang lain tetapi orang lain tidak boleh mengkritik beliau , apakah itu demokratik ?

Terlalu banyak kelemahan dan kepincangan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah Guan Eng dan seperti mana yang diungkapkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang , Datuk Jahara Hamid BANGKAI GAJAH TAK AKAN MAMPU DI SOROKKAN tunggulah sikit masa lagi BAUNYA AKAN MENUSUK HIDUNG  !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels