Followers

Wednesday 27 April 2016

Eh Kenapa Aku Pulak ? #SemuaSalahAzmin #PRNSarawak


Nampaknya kempen pembangkang di PRN Sarawak mula agresif ! Gerakan demi gerakan kini mula menguasai segenap medium CUMANYA gerakan agresif itu bukannya terhadap Barisan Nasional tetapi sekali lagi SESAMA SENDIRI !!!!!

Pergeseran dan perebutan yang telah mengundang perbalahan sesama parti dalam Pakatan Harapan kini mula dihalakan kepada individu tertentu yang mereka percaya menjadi punca kepada pertembungan sesama sendiri di kerusi yang dipertandingkan.

Dan semacam trademark pembangkang apabila berlaku sesuatu maka mereka perlu segera mencari SI KITOL untuk dipersalahkan.

Kali ini SI KITOL itu bukan calang-calang orang beliau adalah Azmin Ali , orang kuat Anwar Ibrahim yang kini dilihat sedang menyusun atur gerakan untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam PKR dan mungkin sampai ke tahap menyaingi Wan Azizah selaku Presiden parti.

Jika dilihat daripada apa yang berlaku di PRN Sarawak , tidak mustahil semua itu adalah benar dan Azmin sememangnya dilihat sedang berusaha ke arah itu.

Isu pertembungan 6 kerusi antara DAP dan PKR pun sebenarnya bermula daripada tindak tanduk Azmin sendiri yang merestui calon-calon dari PKR untuk bertanding di kawasan yang sebelum itu dipersetujui milik DAP.

Baca artikel berkaitan di SINI

Persoalannya kenapa Azmin boleh bertindak sebegitu ? Apakah beliau hilang rasa hormat sesama parti yang diakuinya sebagai sahabat karib ?

Well ada yang berkata semua itu adalah strategi Azmin untuk menempatkan konco-konconya dari PKR agar perancangan selepas ini untuk menguasai tampuk tertinggi parti PKR lebih mudah.

Kalau benar apa yang diperkatakan itu , maka jelaslah Azmin bukannya melihat dari sudut kerjasama dalam Pakatan Harapan tetapi lebih kepada agenda peribadi.Dan dari pengamatan MMI pun , selama ini semua parti-parti yang berada dalam Pakatan Harapan memang dah lama bergerak dengan agenda masing-masing cuma menjadikan Pakatan Harapan sebagai platfrom dalam isu-isu tertentu.

Hakikatnya mereka tidak pernah bersetuju sesama sendiri !!!!

Secara tidak langsung tindakan Azmin itu bolehlah dilihat sebagai membelakangi Presiden PKR , Wan Azizah sehingga kehadirannya langsung tidak memberikan sebarang impak sama ada kepada parti PKR , Pakatan Harapan mahupun dalam konteks politik negara.

Lihat sahaja PRN Sarawak , Apakah kehadiran Wan Azizah mampu menjernihkan persengketaan yang sudah makin membusuk itu ? 

Rasanya tidak !

Di sebabkan itulah maka wujud gerakan dari dalam PKR sendiri yang kini menyerang Azmin Ali dan meletakkan kesalahan 100% kepada beliau kerana berlakunya pertembungan calon di 6 kerusi DUN.

Pada pandangan MMI rasanya dari kem Wan Azizah malah mereka-mereka ini mungkin terlalu kecewa apabila DAP sudah pun memberi kata dua "GO TO HELL"


Tidak cukup dengan itu , diberitakan pula berlaku serang balas dari kem Azmin terhadap pihak-pihak yang menyerang pemimpin tersebut melalui penyebaran mesej whatsapp seperti mana yang dilaporkan oleh sahabat blogger GPB KLIK SINI 

Hebat bukan ? Mereka menyerang sesama sendiri dan mengulangi sekali lagi apa yang mereka lakukan dalam PRN Sarawak bertanding di kerusi yang sama !

Soalnya apakah motif sehingga berlakunya semua insiden yang amat memalukan Pakatan Harapan kali ini ?

Bagi MMI mudah , masing-masing nak tunjuk kuasa dan sikap keras kepala itu telah mencemarkan imej dan maruah tiap seorang daripada mereka yang mengaku seangkatan dalam Pakatan Harapan ops mungkin lebih baik di sebut Pakatan Haprak !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels