Followers

Tuesday 26 April 2016

Kekecewaan Kit Siang Petanda PH Bakal REBAH #PRNSarawak


Apa sudah jadi dengan Pakatan Harapan ? Isu perebutan kerusi sehingga berlakunya ugut-mengugut bukan sahaja menyebabkan pemimpin parti-parti terlibat pening kepala tetapi telah menyebabkan kempen calon-calon Pakatan Harapan yang bertanding turut sama terjejas.

Apa lagi yang mampu calon-calon ini kemukakan kepada rakyat Sarawak ? Janji apa yang boleh mereka canangkan kepada pengundi-pengundi ?  Untuk memakmurkan Sarawak dan rakyatnya ?

Agak-agaklah kerana disebalik apa yang mereka ungkapkan itu terselit keluh resah apabila imej dan prestasi parti sendiri yang tidak konsisten menjadi onar yang amat menyiksakan.

Pertembungan sesama calon parti di 6 kerusi sudah cukup untuk mengaibkan siapa jua yang tampil kerana pengundi kini sudah dapat melihat dengan sejelas-jelasnya wajah sebenar Pakatan Harapan.

6 kerusi yang menjadi rebutan sesama sendiri Pakatan Harapan ,

Batu Kitang:

Lo Khere Chiang (BN)
Abdul Aziz Isa (DAP)
Voon Shiak Ni (PKR)
Othman Bojeng (Bebas)
Sulaiman Kadir (Bebas)

Mulu:

Gerawat Gala (BN)
Paul Baya (PKR)
Paul Raja (DAP)
Roland Dom (Bebas)

Murum:

Chuk Tai Ugun (BN)
Mathew Silek (DAP)
Abun Sui (PKR)
Stanley Ajang Bato (Bebas)

Simanggang:

Francis Harden Holis (BN)
Norina Umoi anak Utot (PKR)
Leon Jimat Donald (DAP)
Ngu Piew Seng (Bebas)

Mambong:

Jerip Susil (BN)
Sanjan Daik (DAP)
Willie Mongin (PKR)

Ngemah:

Alexander Anak Vincent (BN)
Richard Anak Lias (DAP)
Thomas Laja Anak Besi (PKR)
Joseph Jawa Anak Kendawang (Bebas)

Malah nada pemimpin mereka juga kini sudah semakin lemah serta memperlihatkan betapa kecewanya mereka dengan apa yang berlaku.Pergelutan yang telah merencatkan segala perancangan untuk menawan Sarawak.

“Saya tersangat sedih dengan apa yang berlaku ketika penamaan hari ini. Kita berhempas-pulas sejak lapan tahun lalu, untuk membina gerakan yang kuat yang boleh menggantikan BN di Sarawak dan Malaysia, telah mengalami halangan yang besar.

“Malang sekali pimpinan PKR tidak boleh berpegang kepada persetujuan yang telah diikrarkan oleh kedua belah pihak,”kata Lim Kit Siang pada sidang media di ibu pejabat DAP semalam.

Sementara itu, Kit Siang semasa berceramah di Kuching semalam turut mengulangi kekesalan beliau terhadap pertembungan antara DAP dan PKR.

“Saya memohon maaf kerana gagal memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

“Sekarang kami menghadapi konflik di enam kerusi.

“Tetapi saya tidak mahu bercakap mengenainya. Kita tunggu pilihan raya selesai,” katanya.

Sesuatu yang pasti PRN Sarawak telah menjadi pentas terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya untuk melihat apa yang sebenarnya menjadi perjuangan Pakatan Haprak !

Di saat reputasi Lim Guan Eng berada dalam keadaan yang amat teruk sekali akibat daripada skandal pembelian Banglo dan isu tanah Taman Manggis , Wan Azizah pula dilihat umpama batang kayu yang tidak punya keupayaan untuk memimpin apatah lagi dalam kemelut perebutan kerusi ini Azmin Ali jauh mengatasi aura Wan Azizah selaku Presiden parti PKR.

PAN pula hadir dengan impian dan mengharapkan sesuatu yang nampaknya semakin kelam !

Dalam pada itu cubaan Pengerusi DAP Sarawak , Chong Chieng Jen yang mahukan supaya penyokong DAP supaya menyokong calon PKR dikawasan yang DAP tidak meletakkan calonnya menimbulkan tanda tanya.


Hakikatnya kenyataan yang disiarkan oleh KeadilanDaily itu pastinya mengundang persepsi yang pelbagai dan sebagai Pengerusi DAP Sarawak , apakah beliau perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan beliau jugalah yang mendedahkan kepada media bagaimana PKR telah memungkiri janji dalam hal pembahagian kerusi melibatkan DAP dan PKR ?


Pengerusi DAP Sarawak ,Chong Chieng Jen memunjukkan bukti melalu rakaman di telefon bimbitnya.Dakwa Chong,bukti tulisan tangan Azmin memperuntukkan Batu Kitang,Marudi,Machan,Layar dan Belaga adalah milik PKR,manakala Senadin,Mulu,Tasik Biru,Simanggang,Mambong,Bukit Semuja,Ngemah dan Murum akan ditandingi oleh DAP.Baca Seterusnya 

Lawak bukan ? Apa pun MMI nak ingatkan sekali lagi , pembangkang sudah pun menunjukkan wajah sebenar mereka di bumi Sarawak ! Maka jangan silap percaturan nilailah dengan hati bukan dengan emosi.

Sementara itu Barisan Nasional Sarawak terus mempamerkan rentak yang cukup meyakinkan dalam PRN kali ini.Kesiapsiagaan yang cukup tersusun di olah dengan begitu baik oleh pimpinan Tan Sri Adenan Satem kini sedang bergerak ke hadapan dalam misi mereka untuk terus memberikan khidmat kepada warga Sarawak seterusnya memajukan negeri tersebut.



MMI

No comments:

Post a Comment

Labels