Followers

Thursday 28 April 2016

Mana INTEGRITI Wall Street Journal ? #1MDB


Perlantikan Ybhg Datuk Muhamad Ibrahim sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia yang baru bagi menggantikan Ybhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Zeti Akhtar Aziz yang bakal menamatkan perkhidmatannya pada penghujung April 2016 selepas 16 tahun berkhidmat ternyata mendapat reaksi positif dari pelbagai pihak.

Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan perlantikan tersebut berkata beliau yakin di bawah kepimpinan Datuk Muhammad, Bank Negara Malaysia akan meneruskan sumbangannya dalam membantu Kerajaan, memberi nasihat dan pandangan bagi memacu perkembangan ekonomi negara.

Serentak dengan pengumuman tersebut maka tamatlah spekulasi sebelum ini yang disebarkan oleh The Wall Street Journal kononnya Tan Sri Irwan Serigar Abdullah bakal menjadi pengganti Zeti.


Tindakan WSJ menyebarkan berita berbentuk spekulasi itu jelas merupakan sebahagian daripada usaha jahat pihak terbabit yang cuba mengapi-apikan suasana khususnya dalam memburukkan nama Malaysia dalam isu 1MDB.

Malahan tajuk berita dan gambar Tan Sri Irwan Serigar yang disiarkan oleh akhbar terbabit dilihat sebagai propaganda barat untuk terus menyerang Malaysia dalam konteks isu 1MDB sedang realitinya Tan Sri Irwan serigar sendiri tidak tahu menahu tentang menggantikan Zeti seperti mana yang dilaporkan.Baca SINI 

Sementara itu terdapat unsur-unsur fitnah selain daripada serangan persepsi berniat jahat untuk memburuk Malaysia apabila dalam laporan yang disiarkan oleh WSJ itu mereka dengan jelas berusaha untuk meyakinkan pihak-pihak lain kononnya tindakan melantik Tan Sri Irwan Serigar sebagai salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk menutup isu yang melanda 1MDB.

Akhbar harian kewangan Amerika Syarikat (AS) yang memetik sumber itu dilihat menyiarkan laporan kononnya Putrajaya akan menamakan Irwan , ketua setiausaha perbendaharaan sebagai gabenor Bank Negara yang baharu.

WSJ melaporkan , Pejabat Perdana Menteri, Bank Negara dan Irwan tidak mengulas mengenai kemungkinan pelantikan itu seolah-olah ianya dirahsiakan.Kemudian menulis lagi untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap kerajaan apabila menyiarkan profil Irwan yang menyertai Kementerian Kewangan pada 2003 dan merupakan ahli lembaga Bank Negara.

Tidak cukup dengan itu WSJ berkata , jika Irwan dilantik, ia "mungkin satu tamparan kepada usaha (melobi) Zeti" untuk mengisi jawatan itu dengan calon dalaman.

Selain daripada memuji Zeti kerana "pengurusan ekonomi beliau yang stabil", menarik pelabur kepada saham dan bon  , WSJ dilihat cuba mengaitkan sekali lagi isu 1MDB dan Perdana Menteri Malaysia apabila menyelitkan dalam laporan mereka suasana yang perlu ditempuhi oleh Zeti sepanjang beliau melaksanakan tanggungjawabnya.

"Pada tahun akhir tempoh perkhidmatannya, beliau terpaksa bergelut dengan penyusutan ringgit dan kesan daripada skandal berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak adalah pengerusi lembaga penasihat 1MDB dan Irwan turut menganggotai lembaga itu".

Bukankah semua laporan tersebut merupakan cubaan untuk menghasut khususnya kepada rakyat Malaysia kononnya kepimpinan negara sedang melakukan usaha-usaha bagi menutup apa yang disebut sebagai skandal 1MDB sedang hakikatnya kerajaan sejak dari mula lagi sudah pun mengarahkan agar isu berkaitan 1MDB ini disiasat termasuklah oleh Jawatankuasa PAC yang turut dianggotai oleh Ahli Parlimen daripada pembangkang ?

Paling memalukan apabila sebuah akhbar yang kononnya paling gah di sebuah negara paling maju didunia boleh bertindak menyiarkan laporan yang faktanya bukan sahaja diragui tetapi berunsur fitnah !

Di mana integriti The Wall Street Journal sebagai sebuah akhbar dalam membuat dan menyiarkan laporan mereka ?

WSJ sepatutnya mendedahkan siapa sebenarnya sumber mereka yang dikatakan daripada Putrajaya bukan sekadar menyebutnya.

Atau ianya adalah satu FITNAH terancang dari The Wall Street Journal ?

sumber

Psssttt kalau setakat blog jalanan macam MMI yang letak fakta merapu ni kira boleh terimalah , ini Wall Street Journal kot ! Gahnya seantario dunia .. Tapi sayang agenda sumbang jadikan badan penyiaran itu hilang INTEGRITInya , hmm mungkin ada cerita lain nanti kita ulas !

MMI

3 comments:

  1. WSJ ni x tahu malu.

    ReplyDelete
  2. Blogger red bean army paling jadi batu api dlm kes fitnah 1mfb dan najib ialah blogger putramerdeka.blogspot.com ...... blogger yg kaut 100% dari WSJ dengan itu maka terkinja kinja la blogger dan macai siarkan dlm blog batu api dan adu domba ini...

    ReplyDelete
  3. kredibiliti dan integriti WSJ masih kekal selagi najib tak saman..

    dah beratus kali selasa !!! cakap tak serupa bikin..
    carilah lawyer yang otak cerdik sikit...jangan bagi alasan bodoh piang.

    ReplyDelete

Labels