Followers

Sunday 24 July 2016

Wang Milik 1MDB DiCuri , Misteri Dalam Dakwaan DOJ !!!


Bukan mudah sebenarnya untuk sesiapa jua membicarakan tentang isu-isu melibatkan kepentingan syarikat-syarikat gergasi serta pengurusan dana dan aset yang mencecah berbilion ringgit jika kita tidak mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.Dalam kes 1MDB yang kini kembali panas akibat pendedahan DOJ kononnya mereka sedang menyiasat tentang kehilangan wang 1MDB ternyata menimbulkan pelbagai persepsi dan tanggapan.

Untuk membuat kenyataan mudah tetapi untuk bertanggungjawab dengan kenyataan itu parah , sebabnya ramai diluar sana yang lebih suka membuat tuduhan tanpa meneliti dan memberikan fakta yang sebenar.

Kadang-kadang MMI terfikir apakah mereka-mereka yang suka menghebahkan kenyataan mahupun membuat tuduhan-tuduhan liar itu faham dan sedar dengan apa yang sedang mereka perkatakan ?

Atau mereka itu lebih terarah kepada emosi politik terhadap individu atau parti tertentu hinggakan kebenaran daripada pertuduhan dan kenyataan yang dibuat itu jauh menyimpang daripada asasnya.

Kesian .... 

Apa pun bagi artikel kali ini MMI akan berkogsi dengan semua satu lagi pencerahan yang rasanya WAJAR di baca dan difahami oleh semua mereka khususnya yang terlalu beremosi itu supaya bisikan orang ketiga yang berada di kiri dan kanan itu dapat dinyahkan jauh-jauh.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ mendakwa berbilion wang dicuri daripada 1MDB dan melancarkan pembekuan aset kononnya bagi mendapatkan semula ‘kehilangan’ itu namun 1MDB menegaskan ia tidak kehilangan wang dan semua aset sudah dikira.

Ringkasnya, DOJ mendakwa ada orang mencuri wang anda dan mereka akan dapatkan semula wang itu, disebalik 1MDB sudah katakan, “Tidak. Ia bukan wang kami.”

Mengapa kejadian pelik ini berlaku?

Mari kita jejaki wang itu, khususnya tiga sumber dana yang didakwa DOJ, sebagai sumber wang dicuri.

Sumber Dana Didakwa Dicuri 1:

Good Star, sebagai sebahagian daripada Perkongsian antara PetroSaudi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB:
USD1.83 bilion di mana USD1.03 bilion dipindahkan kepada Good Star dan USD800 juta kepada PetroSaudi.

Apa terjadi kepada wang itu:
Usahasama itu diubah menjadi pinjaman. Pinjaman itu sudah dibayar oleh PetroSaudi kepada 1MDB melalui unit pelaburan berjumlah USD2.32 bilion (prinsipal + faedah/dividen).

Apa terjadi kepada unit pelaburan itu?
USD1.4 bilion ditebus dan digunakan 1MDB untuk tujuan modal kerja dengan bakinya sebanyak USD940 juta dalam bentuk unit pelaburan.

Apa terjadi kepada baki USD940 juta unit pelaburan itu?
Baki USD940 juta dalam bentuk unit itu dijamin oleh syarikat yang dipertikaikan Aabar Investments PJS Ltd yang diperbadankan di British Virgin Islands (Aabar-BVI) dan sudah dikenalpasti sebagai pertukaran aset dan hutang antara 1MDB dan IPIC, namun kini melalui proses timbang tara.

Hakikatnya:
1MDB tidak boleh berkata atau mendakwa wang Good Star atau PetroSaudi adalah milik mereka.

Apa terjadi seterusnya?
Tiada apa apa.

Setakat apa melibatkan 1MDB, PetroSaudi sudahpun membayar kembali pelaburannya dan tambahan USD481 juta keuntungan dan dividen. Tiada wang yang perlu dituntut daripada Good Star mahupun PetroSaudi.

Agak menariknya di sini, jika Jho Low dan Riza dinamakan dan dituduh atas salahlaku kerana menerima wang daripada Good Star, maka adalah mengejutkan mengapa Gabenor Turki sebelum ini, Putera Turki yang juga anak ketujuh Raja Abdullah dan pengasas PetroSaudi, Tarek Obaid tidak dikenakan tindakan biarpun turut disebut FBI, mereka juga menerima wang daripada Good Star.

Sumber Dana Didakwa Dicuri 2:
Syarikat dipertikaikan Aabar-BVI yang menjadi sebahagian daripada perkongsian Abu Dhabi dan 1MDB.

Apa yang dibayar 1MDB?
USD3.51 bilion kepada Aabar-BVI sebagai cagaran, pelaburan perkongsian dan opsyen penarikan diri dalam perjanjian. Sebagai tambahan, terdapat USD940 juta jaminan dalam unit pelaburan Cayman dan jaminan kepada USD1.5 bilion dana GIL seperti disyorkan bank berpangkalan di Switzerland, BSI Bank.

Apa terjadi kepada aset dijamin dan wang diberikan 1MDB?
Keseluruhan pembayaran dan jaminan USD6 bilion itu dikenalpasti sebagai aset perjanjian pertukaran 1MDB-IPIC dengan IPIC sebagaimana berikut:

Aset daripada 1MDB:
USD3.5 bilion deposit tunai dibayar kepada Aabar BVI.
USD1.5 bilion dana GIL (Pengurus dana disyorkan BSI dan dijamin Aabar BVI)
USD940 juta unit dana Brazen Sky (Dijamin oleh Aabar Investments Abu Dhabi – bukan syarikat dipertikaikan, Aabar BVI dan ini turut dinyatakan dalam laporan Ketua Audit Negara serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam, PAC).

Aset daripada IPIC:
Mengambil alih bon prinsipal 1MDB, USD3.5 bilion
Mengambil alih faedah bon 1MDB, USD1.5 bilion
Membayar tunai USD1 bilion kepada 1MDB yang dilakukan pada Jun 2015

IPIC kini sedang menafikan yang Aabar-BVI adalah syarikat mereka dan membatalkan perjanjian pertukaran aset namun 1MDB menegaskan Aabar-BVI adalah syarikat milik IPIC. Lantaran itu, ia kini melalui proses timbang tara.

Kes itu kini melalui prosiding di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London yang bermula bulan lalu.

Mengapa 1MDB memindahkan atau membuat perjanjian dengan Aabar-BVI biarpun IPIC dan Aabar Abu Dhabi tidak memiliki syarikat itu?

Ketika 1MDB menandatangani perjanjian perkongsian dengan Aabar Investments PJS di Abu Dhabi, perbincangan adalah dengan Pengerusi Aabar, Khadem Abdullah al-Qubaisi dan Pengarah Urusan mereka, Mohamed Badawy Al-Husseiny, di mana kedua-duanya juga dinamakan FBI bersama Jho Low.

Ketika perjanjian dimeterai, 1MDB turut mendapatkan peguam dalaman dan dari luar bagi mengesahkan Aabar Investments PJS Ltd di British Virgin Island dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi.

Dokumen lampiran adalah Sijil Pengesahan Pemilikan yang dikeluarkan bagi syarikat Aabar di BVI yang dipertikaikan. Sijil ini dikeluarkan oleh Offshore Incorporations Limited (OIL) beribupejabat di Hong Kong dan teraju antarabangsa dalam perkhidmatan syarikat dan perbadanan antarabangsa.


Sijil Pengesahan Pemilikan ini mengesahkan dua pengarah Aabar Investments PJS Ltd di BVI adalah Pengerusi dan Pengarah Urusan Aabar Investments PJS dan pemilik tunggalnya ialah syarikat Abu Dhabi, Aabar Investments PJS.

MENGENAI OIL:
Beribupejabat di Hong Kong, OIL juga mempunyai pejabat di BVI, Singapura, Taiwan, Shanghai, Beijing, Shenzhen, Guangzhou, United Kingdom, Cyprus dan Dubai serta mempunyai 220 kakitangan.

Oil adalah anak syarikat Kumpulan Vistra yang mempunyai 2,300 kakitangan di 40 negara dengan ibupejabatnya di Hong Kong.

Dalam dokumen rasmi perbadanannya, Pengerusi dan Pengarah Urusan daripada syarikat induk serta peguam daripada dalaman dan luar melalui proses usaha wajar (due diligence) mengesahkan kepada 1MDB, syarikat Aabar Investments PJS Ltd di BVI secara sah dimiliki Aabar Investments PJS di Abu Dhabi. Maka apa lagi yang perlu dilakukan 1MDB dan untuk mendapatkan pengesahan ia bukan sebuah syarikat palsu?

Pemilikan Aabar BVI dan pemindahan dana turut disahkan oleh audit dilakukan firma luaran, KPMG dan Deloitte selepas itu dan tiada amaran tercetus mengenai pemilikan syarikat itu. Kedua-dua firma audit itu tentunya sudah bertemu atau menghubungi Aabar di Abu Dhabi bagi mengesahkan transaksi itu.

Bagaimanapun, bagi alasan yang tidak diketahui, IPIC bersetuju kepada perjanjian pertukaran itu, membayar USD1 bilion, membayar faedah bon USD3.5 bilion dan hanya pada April 2016, selepas 10 bulan perjanjian ditandatangani dan bertahun selepas 1MDB menyatakan mereka sudah membuat kesemua pembayaran kepada Aabar dalam penyata kewangan yang boleh diakses orang awam.

Perkara Utama:
1MDB tidak boleh menyatakan atau mendakwa wang yang dipindahkan daripada Aabar BVI kepada Jho Low, Red Granite atau sesiapapun sebagaimana didakwa Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah milik mereka. Bagi 1MDB, Aabar BVI adalah sah dan dimiliki IPIC. Jika terdapat wang dicuri daripada Aabar BVI, ia dicuri daripada IPIC dan bukannya 1MDB.

Jika 1MDB mendakwa wang itu milik mereka bermakna keseluruhan prosiding timbang tara di London antara IPIC dan syarikat itu akan runtuh dan 1MDB akan terpaksa membayar berbilion manakala IPIC akan terlepas, disebalik hakikat, kedua-dua eksekutif kanan IPIC, Pengarah Urusannya daripada 2007 hingga 2015, Khadem dan Pengarah Urusan Aabar PJS, Mohamed Badawy Al-Husseiny adalah penama dalam kes penyitaan aset Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Apa akan terjadi seterusnya?
1MDB perlu focus untuk memenangi kes timbang taranya dengan membuktikan yang dua eksekutif kanan Aabar dan IPIC telah bertindak menggunakan kuasa mereka di dalam Lembaga Pengarah dua syarikat itu dan kesemua pemeriksaan telah mengesahkan Aabar BVI adalah milik Aabar Investments PJS Abu Dhabi dan IPIC.

1MDB yakin mereka mempunyai bukti mencukupi dan fakta yang kukuh bagi memenangi kes ini berikutan keengganan mereka untuk membayar faedah bon yang dijadualkan biarpun memiliki RM3 bilion dalam simpanan dan membiarkan dua bon yang dijamin IPIC untuk tertunggak hingga menyebabkan IPIC untuk membayarnya.

Jika 1MDB memenangi kes ini, aset bernilai USD4.5 bilion akan dapat dimiliki semula daripada IPIC. Jika berlaku demikian, yang kemungkinannya sangat tinggi, IPIC akan mengambil alih bon USD3.5 bilion dan membenarkan 1MDB untuk menyimpan USD1 bilion yang mereka bayar sebelum ini. IPIC kemudian akan menjadi pihak bertanggungjawab untuk menuntut semula aset USD4.5 bilion dalam Aabar BVI.

Sumber Dana Didakwa Dicuri 3:
Wang USD1.5 bilion yang dilaburkan 1MDB untuk dana pelaburan BSI Bank.

Apa yang dibayar 1MDB?
USD1.5 bilion yang dilaburkan dalam dana pelaburan berdaftar sebagaimana disyorkan BSI Bank. USD1.5 bilion ini adalah sebahagian daripada perolehan bon USD3 bilion pada 2013 (turut dikenali sebagai dana GIL 1MDB yang diraih daripada cadangan perkongsian dengan Aabar bagi memajukan Bandar Malaysia pada 2013. Baki USD1.5 bilion digunakan 1MDB sebagai modal kerja bagi membangunkan Tun Razak Exchange (TRX), Bandar Malaysia dan perniagaan janakuasa.


Putera Diraja Abu Dhabi, Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan, menyaksikan majlis pemeteraian tandantangan pada 2013.

Perjanjian perkongsian Bandar Malaysia ditandatangani pada Mac 2013 di mana 1MDB dan Aabar masing-masing dicadangkan untuk meraih USD3 bilion dan kedua pihak itu akan menyumbang kepada syarikat 1MDB-GIL bagi membangunkan Bandar Malaysia.

Berikutan kegagalan Aabar untuk meraih USD3 bilion pada tempoh ditetapkan dan perkongsian itu tidak berjalan lancer, 1MDB membuat keputusan untuk menggunakan separuh wang itu sebagai modal kerja manakala selebihnya digunakan dalam dana pelaburan bagi mengelak tanggungan negatif (atau membayar faedah bagi dana yang tidak digunakan daripada pinjaman).

Apa terjadi kepada wang yang dilaburkan dalam dana pelaburan?
Wang itu masih dilaburkan dalam dana yang asalnya dirancang untuk digunakan bagi sebahagian daripada pertukaran aset dengan IPIC memandangkan ia dijamin oleh Aabar BVI.

Apa akan terjadi seterusnya?
Memandangkan pertukaran aset itu sudah dihentikan, dana ini sudah berada dalam fasa penuntutan. Bagaimanapun, menuntut satu unit USD1.5 bilion bukanlah seperti kita mengeluarkan wang dari bank. Dana itu sendiri perlu menjual pelaburan mereka sebelum membayar 1MDB. Difahamkan, proses ini kini hampir selesai.

Berapa sebenarnya ‘Wang Rakyat’ yang digunakan oleh 1MDB setakat ini?
Modal berbayar RM1 juta dibayar oleh Kerajaan Malaysia. Baki dana sehingga RM42 bilion pada satu masa diraih daripada bon dan pinjaman bank.

Berapa banyak pinjaman yang masih ditanggung 1MDB?
Selain tiga bon, kesemua baki pinjaman, kemudahan kredit dan bon lain sudah dibayar sepenuhnya oleh 1MDB ketika proses rasionalisasi hutang yang bermula pada 2015.

Sejak awal 2015, 1MDB sudah melangsai dan mengeluarkan hutang berikut daripada tanggungan mereka:

Bayar penuh RM3.5 bilion pinjaman Powertek daripada satu konsortium bank.
Bayar penuh RM1 bilion kemudahan kredit daripada kerajaan
Bayar penuh USD150 juta pinjaman Bank Exim
Sukuk RM2.4 bilion Bandar Malaysia diambil alih oleh pembeli 60 peratus Bandar Malaysia.
Memindahkan RM800 juta pinjaman Perkeso kepada pembiayaan projek TRX. Pinjaman ini sudah dibayar.
Mengenepikan hutang RM6 bilion yang ditanggung berikutan penjualan Edra
Bayar penuh pinjaman RM2 bilion Marstan diuruskan Ananda Krishnan yang dipinjam bagi membayar pinjaman Maybank RM2 bilion
Bayar penuh USD975 juta pinjaman Deutsche Bank

Selepas kesemua pinjaman ini sudah dibayar, 1MDB masih lagi mempunyai RM2.3 bilion dalam bentuk tunai dan turut memiliki bon berikut:

RM5 bilion bon jangka panjang pada 2009 yang akan matang pada tahun 2029. Bon ini terikat kepada pembangunan berterusan TRX dan akan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan itu.

Bon 2012 bernilai USD3.5 bilion yang dijamin IPIC dan akan matang pada tahun 2022. (Jika 1MDB memenangi kes timbang tara maka bon ini akan dibeli IPIC).

Bon pada 2013 bernilai USD3 bilion yang akan matang pada tahun 2023. Bon ini terikat kepada pembangunan Bandar Malaysia di mana 1MDB memiliki 40 peratus dan diseimbangkan dengan aliran tunai pembangunan ini.

Berapa sebenarnya ‘Wang Rakyat yang hilang berikutan saman sivil Jabatan Kehakiman ini?
Tiada. Memandangkan jumlah yang didakwa dicuri adalah daripada pinjaman yang 1MDB ambil seperti di atas dan pinjaman itu tidak tertunggak, tiada wang Malaysia hilang. Ini turut mengambil kira pertikaian IPIC akan selesai dengan menyebelahi 1MDB dan bon GIL USD1.5 bilion ditebus.

Adalah penting untuk kita lihat, selain bon USD3.5 bilion yang dipertikaikan dengan IPIC, 1MDB tidak menghadapi tunggakan terhadap mana-mana pinjaman atau bon. Malah, sebagaimana dinyatakan di atas, kebanyakan pinjaman sudah dilangsaikan.

Perkara utama terakhir:
Adalah penting untuk kita utarakan, tiga sumber dana yang disenaraikan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah urusan terus dengan kerajaan serta kerabat diraja negara Arab dan 1MDB membayar secara terus kepada akaun yang diarahkan oleh mereka. Jika 1MDB ditipu, bermakna negara terbabit turut bersubahat menipu 1MDB.

Atau, jika 1MDB adalah satu penipuan, maka negara terbabit dan kerabat dirajanya turut berpakat dengan 1MDB untuk menipu.

Namun perkara utama paling penting adalah:
Jika 1MDB berjaya memenangi timbang tara IPIC dan menebus semula USD1.5bilion dana GIL, maka 1MDB benar-benar boleh menyatakan ia tidak pernah hilang wang atau wangnya dicuri.

Ini bermakna, adalah mustahil untuk Jho Low, Riza, Khadem, Malaysia Official 1 atau sesiapa sahaja dalam isu ini telah mencuri wang daripada 1MDB untuk membeli atau melabur dalam aset yang mahu disita FBI.

Tetapi ia juga mungkin bermakna ada seseorang yang ditipu. Ia mungkin IPIC Abu Dhabi atau ia adalah keuntungan sah yang dibuat daripada pelaburan dana.

Tetapi wang siapa digunakan untuk dibeli karya seni, hartanah? Ia mungkin wang IPIC Abu Dhabi, wang Arab Saudi atau ia mungkin hasil keuntungan daripada pelaburan dana.

sumber mynation.news 

3 comments:

  1. Ada baiknya MIM tidak menulis apa2 berkenaan dgn 1MDB keràna ianya akan menjejaskan reputasi anda sebagai seoràterpelajàr.Contohi mantan MK2 berdiam diri bila sedar duduk perkara sebenar. Anda bukan pakar dalam bidang ini dan jangan samakan diri anda dengan pemakan2 dedak yg lain yg diketuai oleh Salleh Keruak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 18.45. Kalau kamu bagus. Sangkalah mana yg MIM tulis tak betul. Pasal IMDB ni, penyapu sampah di jalan raya pun bercakap hal ini.

      Delete
  2. Wlpun diterangkan beribu kali khasnya kpd puak fuckatun....tak meninggalkan kesan.Kenapa?????
    Kerana 1mdb punca lubuk emas waris dan kroni mrk hilang...hingga menerbitkan rasa tidak puas hati dan dendam yg amat sgt di hati fuckatun.
    Nyata...sesen pon wang rakyat tidak digunakan atau hilang dlm isu 1mdb.

    Errrr...era mahdey dulu rasanya berbillion2 wang rakyat hilang percuma krn bailout syarikat waris dan kroni.1 sen pon tak dpt balik...ptuiiiih!!!!!

    ReplyDelete

Labels