Followers

Thursday 18 May 2017

Artis Sama Artis Bergasak , Yang Salah Najib ... Apa Hal ???


MEMALUKAN ! Itu ja yang MMI boleh sebut sebab insiden yang berlaku dalam program TN50 semalam melibatkan hampir seluruhnya barisan para artis dan selebriti Malaysia.

Ruang dan peluang yang digarap sedemikian rupa seharusnya dijadikan sebagai paltform untuk para artis dan selebriti ini mencipta sesuatu atau paling tidak menyampaikan hasrat hati mereka khususnya melibatkan industri seni di Malaysia.

Kalau dah sombong sangat pun tanyalah PM tentang dana yang boleh pihak kerajaan sediakan kepada para karyawan dan anak-anak seni di Malaysia untuk digunakan bagi tujuan yang baik dan berkepentingan.

Tak salah pun sebab konsep TN50 itu adalah untuk PM mendengar sendiri suara dari semua peringkat dan suara-suara ini akan di bawa dan di perbincangkan di peringkat kerajaan malah sekiranya cadangan dan pandangan tersebut mampu membantu dasar TN50 maka sudah hampir pasti ianya akan dapat direalisasikan.

MMI tak nafi selain si David bengap tu semua yang hadir semalam dan melontarkan pandangan serta idea adalah terdiri daripada kalangan mereka yang faham dan sedar bahawa ini bukan hanya soal politik semata-mata tetapi ianya melibatkan generasi dan negara dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Ini adalah dasar kerajaan BN hari ini yang mahu supaya negara Malaysia terus maju hasil daripada suara dan pandangan SEMUA pihak.Dan kerajaan sebagai sebuah badan eksekutif dalam pentadbiran negara yang dibentuk hasil daripada keputusan rakyat melalui Pilihan Raya adalah badan pelaksana yang akan memastikan dasar-dasar yang terhasil itu diuruskan dengan sepenuh kemampuan agar ianya mampu mencapai objektifnya.

Sukar sangat ker nak faham benda ni ???

Mungkin yang tak faham adalah si David bengap lah kot ... 

Sejak insiden Mat Over kasi pantun dekat si David tu macam-macam isu tular di media sosial , sampaikan TN50 yang sebelum itu trending jatuh kerana isu David dengan Mat Over lebih jadi perhatian !

So kepada gang-gang artis dan selebriti , ampa tak rasa rugi ker ???

Bukankah masa tersebut seharusnya difokuskan kepada hal yang lebih besar dan bukan dengan membiarkan Anjing Kurap yang tak berapa reti menyalak tu rampas peluang ampa semua ????

Yang MMI nak tergelak ada juga puak-puak yang salahkan Najib !!

Wehhh yang menyalak tu David beb dan yang kasi pantun tu Mat Over kedua-duanya dari kalangan anak seni tak ada kena mengena dengan PM kot !!!!!

Malahan PM masih lagi cool dan tetap meneruskan program terbabit .. 

Lebih menarik lagi PM tetap cool waktu insiden tersebut berlaku dan beliau turut memberikan isyarat kepada team pengiring aka bodyguard PM untuk stand down !

Cuba bayang kalau team tu masuk ??? Apa jadi dengan David dan Mat Over ???? Silap-silap semua yang hadir tu diminta balik sebab ada ancaman terhadap PM.

Apa pun program semalam telah mendedahkan satu perkara ... Dunia artis dan anak seni ni bukannya suci tera mana pun .. 

Tak percaya ampa view komen-komen mereka-mereka yang terlibat dalam industri ni , ampa akan jumpa komen-komen yang antaranya turut mempertikaikan tentang kehadiran semalam bukan dari kalangan anak seni tetapi lebih kepada artis dan selebriti , sebab tu insiden semacam tu berlaku.

MMI tak nak ulas lebih-lebih nanti ampa kata MMI anti artis pula !!! Cari sendiri .....

So come on lah .. Yang bergasak tu adalah sesama anak seni , tak payahlah nak main politik babitkan nama PM ! 

Kepada semua yang terlibat dalam indutsri seni ni kalau ada peluang sekali lagi , belajar sikit bab adab ni supaya kehadiran dan perkongsian itu akan lebih membawa manfaat bersama bukan mencari publisiti bodoh sampai kena lempang !

Salute Mat Over , 
Terbaik Rosyam ...

Good Job PM !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels